Kali ini saya ingin tunjuk dua contoh 'twist and turn card' yang telah saya buat beberapa bulan yang lalu. Asyik bertangguh, baru hari ini dapat muat naik dan kongsi di blog. Sekeping kad tahniah untuk graduation/convocation manakala sekeping lagi kad ucap Selamat Hari Lahir. Kenapa kad ini dipanggil 'twist and turn card'? Dari luar, kad ini biasa sahaja. Tidak ada beza dengan kad ucapan lain. Cuma apabila kita buka, ada panel berlipat pada bahagian dalam kad yang akan berpusing dan paparkan sentimen/ucapan. Selain dipanggil 'twist and turn card', kad jenis ini turut dipanggil sebagai pivot card.
Ini kad tahniah untuk graduasi yang saya buat. Bahagian hadapan cuma mortar board yang dilambung ke udara. Mortar board tu saya guna foam tape untuk dapatkan efek timbul. Awan-awan comel dipotong menggunakan dies awan yang saya beli di LAZADA. Lihat entri mengenainya di sini.
Kad dibuka dari bawah (bukan jenis lipat tepi). Bahagian dalamnya pula begini.
Kiranya kad begini ada elemen pop-up jugalah. Ruang untuk menulis pun banyak. Boleh tulis pada empat panel yang timbul atau bahagian bukaan dalam kad. Tidak silap saya, saya terima tempahan kad ini untuk seorang siswa yang berjaya menamatkan pengajian master. Hasil akhir, kad ini disertakan sekali dengan glitter confettis. Jadi, apabila kad dibuka oleh si penerima, akan ada confettis yang bertaburan. Kad dengan confettis memang menarik. Tetapi, hati-hati dan fikir banyak kali sebelum buat elemen confettis pada kad ye. Jangan sepahkan tempat orang. Rumah sendiri tak apa 😉
Di bawah ini pula, kad ucapan hari lahir. Jemput tengok klip yang saya muat naik di IG ini. Inshaa Allah, kalian akan lebih faham apa atau bahagian mana yang dimaksudkan dengan 'twist and turn' tu. Kad ini saya buat untuk birthday Bott hujung tahun lepas.
Kad ini agak bulky dan tebal sedikit disebabkan elemen pivot pada bahagian tengah kad. Jika ingin jadikan kad lebih bermakna dan menarik, boleh tampal gambar-gambar pada panel kad berkenaan.
Berminat untuk buat kad sebegini buat yang tersayang? Maaf. Saya tidak sempat sediakan tutorial. Tetapi kalian boleh cari video tutorial 'Twist and Turn Card' atau 'Pivot Card' di Youtube. Ada banyak video yang tunjukkan langkah demi langkah, mudah untuk kita ikut.
Suka juga kraf ni...saya tak kreatif sangat...
BalasPadamSuka juga kraf ni...tapi saya tak kreatif
BalasPadamBelum cuba belum tahu, Sis Fida. Sis dah ada minat tu...nanti boleh cuba-cuba apabila ada kesempatan :)
Padamcantik.. sha suka tengok orang buat.. nak buat cam tak berapa nak berseni.. hehehe..
BalasPadamTu ada puteri berdua tu boleh ajak buat macam2 aktiviti seni 😊
Padamcantiknya kad ni....
BalasPadamso creative! i wish i am hardworking enough to do that..hehe
BalasPadam