Sekarang ini saya dah jarang beli barang atau peralatan kraf melainkan benar-benar perlu. Setakat kertas bercorak, hiasan-hiasan kraf (embellishments) semua hold dahulu. Tak boleh bawa masuk barang baharu selagi stok-stok lama tak dipakai/digunakan.
Clear stamps dan dies di bawah pun bukan pembelian terkini. Tidak silap saya, saya beli pada suku tahun pertama tahun ini. Waktu tu Lazada ada sale dan saya ada baucar diskaun. Jadi, sengih-sengihlah belek aplikasi Lazada dan pilih barang kraf idaman hati.
Dari kiri:
- Travel Theme Clear Stamps - Senang nak buat kad dan scrapbook tema travel. Sebelum ini saya hanya ada Postmarks Stamps keluaran Kaisercraft. Boleh baca mengenainya di sini. Jadi, set ini kiranya sebagai tambahan. Ada globe, ada film strip, postmarks, stamp, postcard,...memang puas hati!
- Clear stamps Coffee Set - Ini set kopi saya yang ketiga. Sebelum ini dah beli dua set clear stamps bertemakan kopi. Yang ketiga ini memang saya berkenan sangat sebab disertakan sekali dengan matching dies (yang paling kanan). Selepas kita cap atas kertas, tak perlu susah-susah nak potong pakai gunting. Lalukan sahaja pada die cut machine. In my case, mesin kecil Diamond Press Tool saya.
- Butterfly Dies - Sebab memang tak pernah ada die rama-rama sebelum ini. Kebiasaannya, apabila nak buat sesuatu bertemakan rama-rama, saya beli butterfly embellishment di kedai sahaja.
- Cloud Dies - Die bentuk awan kerana saya memang tak pandai buat awan sendiri!
Tengoklah kad di bawah. Awan saya crooked! Ni sebab gambar tak jelas, tak nampak sangat. Tetapi realitinya, bila tengok betul-betul, ada rasa sakit dekat mata dan kelaran halus di hati huhuu 😄 Skil saya guna gunting sangat teruk! Masa lukis, cantik je awan tu gebu. Selepas potong jadi tajam bersegi-segi. Makanya, die awan jatuh kategori wajib beli!
Haaa, di bawah ini kad raya saya buat untuk Nina. Nampak tak betapa sempurnanya awan tuh? 😄 Comel gebu je. Acik is very happy!
Bagi yang berminat, bolehlah intai-intai di Lazada. Kesemua produk di atas saya beli dari China. Murah dan berbaloi!
cantik :)
BalasPadamThanks, ejulz
PadamCantik kad untuk Nina tu.. sweet..
BalasPadamThanks, Sha 😊
PadamI love craft... =)
BalasPadamMe toooo! 😊
Padamcantiknya stamp tu..berbakat betul awak nie
BalasPadamTakdelah berbakat mana, dik. Semua benda dah ada. Akak tinggal potong-potong dan tampal je 😊
Padamtingin nak buat scrap book.. tapi dok tingin2 tu x buat2 pun hehe..
BalasPadamTak pe, ‘teringin’ tu dah ada 😆
PadamCantiknya :)
BalasPadam😊😊😊
Padamaida ada tgk jugak clear stamps ni.
BalasPadamaida kenal benda ni from farrah la.
tapi tak beli! tak pandai lah...
seram nak beli. ditakuti tak guna, farrah...
Seram nak beli? Heheh memang saya pun Aida, sebelum beli apa2 barang kraf kena bermonolog dengan diri dulu. Kalau tak semua nak beli then menyesal sebab tak guna 😊
PadamCantiknya kad tu
BalasPadamMakasih, Ekin 😊
Padamx sah kalu x de kopi hahahaha
BalasPadam