Bukan Deja Vu

Isnin, Julai 30, 2018

Pernah dengar tentang deja vu? Biasa alami deja vu tak? Bagi yang kurang jelas, deva ju ini merupakan satu keadaan yang buat kita rasa sesuatu peristiwa atau pengalaman yang sedang kita lalui telah atau pernah kita alami sebelum ini. Contohnya, apabila kita ke tempat baru. Tiba-tiba sahaja didatangi rasa familiar. Macam dah pernah kunjungi tempat tu pula. Tidak pun, kita tengah berborak dengan seseorang, then we realized that as if we had had the conversation before. Sedangkan tidak :) 


Kredit

OK. That is deja vu. Bagaimana pula kalau kita dah lalui perkara atau situasi tu berkali-kali tetapi kita sendiri yang gagal ingat? Senang cerita, what is the opposite of dejavu? Macam baru-baru ini, saya berbual-bual dengan Bott dan Cekengah. Saya sebut tentang satu perkara yang pernah berlaku beberapa kali kepada kami bertiga. Tetapi, reaksi Bott dan Cekengah seolah-olah mereka berdua tidak pernah lalui benda tu. Muka masing-masing blur dan terkial-kial cuba ingat. 

"Seriously? Dah banyak kali lah!" Saya mula angin. Diorang berdua ni kadang-kadang memang menguji sedikit hahaha.


"Eh, betul ke ni?" Si Cekengah dah mula pegang dada. Keliru. Tak ingat. Tak percaya. 


Haaa, perasaan ala ala seram (eerie) inilah yang dipanggil jamais vu. Kita rasa macam tak pernah berlaku pada kita padahal hakikatnya dah alami beberapa kali. Jamais vu ini perkataan yang dipinjam dari bahasa Perancis. Jika deja vu bererti "sudah lihat", jamais vu bermaksud "tidak pernah lihat", digunakan dalam situasi seperti yang saya terangkan di atas.

Kredit

OK, itu perkataan baharu untuk dipelajari hari ini. Siapa ada pengalaman deja vu atau jamais vu, kongsi di bawah ye :)



17 ulasan

  1. wahhhh belajar benda baru harini! Thanks :D

    BalasPadam
  2. kadang2 dejavu ni seram creepy hehe.. kalo yang baik2 tu xpela lagi. penah baca.. kdang2 orang dejavu melalui mimpi dats why kita rasa eeh mcm penah jadi je padahal belom. tapi dalam mimpi dah jadi..

    ok seram..!!

    BalasPadam
  3. biasenye dgr DejaVu je. kalini perkataan baru pulak jamis vu hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap akak kan,.. ada lagi tau dia tiga istilah yang berkenaan perasaan pelik+creepy nih. Tapi tak ingatlah 🙂

      Padam
  4. Salam kenal Farah!

    First time dengar ni. Tak sangka ada oppositenye de javu tu hihi. BTW, thanks for the info :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan, Puan Hazel. Hari ni kita belajar French sikit ye 😊

      Padam
  5. Pernah ada rasa dejavu ni. Mungkin pernah masuk dalam mimpi kot, sebab tu rasa macam eh dah pernah jadi ni tapi bila. Hahah!

    BalasPadam
  6. Biasa dengar devaju tu kak farah..

    BalasPadam
  7. jamais vu, hmm rsa mcm belum pernah alami lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun rasanya tak pernah face lagi jamais vu. Kalau lupa tu,..lupa jelah heheheh

      Padam
  8. baru tahu pasal jamais vu ini.. Deja vu tu memang selalu lah rasa..

    BalasPadam
  9. so nak sebut jamais (JAmais) atau (HAmais)?

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.