Alat kraf baru untuk saya - Diamond Press Tool. Apa bendanya ni? Familiar tak dengan mesin Bigshot atau Vagabond? It's a die-cut machine. Selama ini, walaupun Bigshot dan Vagabond memang idaman hati saya, saya tak masukkan dalam senarai keperluan kraf yang ingin dibeli. Satu, saya rasa aktiviti buat kad dan scrapbook saya tak banyak pakai die-cuts. Selalunya saya pakai craft punches atau beli embellishments die-cuts yang sedia ada di pasaran. Lainlah kalau orang yang buat business kraf felt tu. Berbaloi ada Bigshot untuk potong corak bunga, abjad, haiwan,..
Dua, harganya agak pricey. Harga satu mesin die-cut lebih kurang RM400 lebih hingga RM900. Malah ada yang lebih tinggi. Bergantung pada jenis dan jenamanya. Masalahnya, dah ada mesin, kita perlu ada dies pula. Plat besi yang digunakan untuk potong bentuk-bentuk yang kita nak. Contohnya, nak bentuk love, kena beli die love. Nak sentiment Thanks atau Congrats, kena beli dies untuk itu. Harga setiap die julatnya dari RM20 - RM150 (juga bergantung pada saiz dan jenis). Banyak ongkos nak kena prepare hanya untuk kumpul dies ;)
Raya baru-baru ini, saya ternampak di Facebook Page NJ Button Badge Kraf (ingat tak,.. siapa-siapa yang sukar nak dapatkan magnet sheet, saya sarankan beli di sini) promosi Diamond Press Tool yang sangatlah comel! Ini kira macam Bigshot versi mini dan portable! Harganya hanya RM90.00! Tak fikir panjang, sebab selama ni dah pernah tengok mengenai Diamond Press Tool di Youtube, terus saya beli :) Peruntukan beli barang kraf untuk bulan tu dah abis sebenarnya. Tetapi sebab Uje dan Cekengah kasi duit raya, akak belanja hadiah raya untuk diri sendiri!
Inilah hadiah raya saya! :D |
- Mesin Die-cut
- Blank folder (untuk apit kertas dan dies)
- 4 Scallop dies
♪♪ La la la la la ♫♪
Suka sangat dengan Diamond Press Tool ni. Sesuai dengan keperluan saya. Nak guna senang. Nak simpan pun tak makan ruang. Sekarang ini saya sibuk buat DIY embellishments (hiasan kraf) pakai lebihan kertas-kertas yang ada. Seronok ada potongan bulat scallop sebab craft punches saya tak ada design tu. Di bawah ini antara hasil DIY embellishments saya:
Diamond Press Tool ni sesuai untuk kegunaan ringan-ringan je tau!
Versi minilah katakan. Tak sesuai nak guna untuk potong felt tebal atau kertas
tebal. Kalau projek kraf anda melibatkan potong felt dan kertas/kad keras, laburkan sedikit duit untuk beli Bigshot atau mesin lain seangkatan dengannya yang lebih gagah :)
Pstt! Siapa yang berminat, bolehlah intai page Facebook di atas dan berurusan dengan Sis Najah. Cepat respon dan rajin layan kerenah customer. Servis tiptop!
kraf baru pulak ke kak farah
BalasPadamPeralatan buat kraf baru :)
Padamowh... wahhhhh syoknya ada peralatan buat kraf baru
Padamcantik kraf tu =)
BalasPadamDah ada alat nak membuatnya ;)
Padambagi mesin ni kat CT tatau nak buat apa and berapa lama bertahan heehe..
BalasPadammesin ?? hek2
PadamKalau dapat kat Firah pulak, sekejap je lah gunanya.. dah puas nanti, letak sebelah.. hehe
PadamLepas tu biar jadi tukun ye,...akak kalau tahu korang ada mesin ni dan terbiar begitu je,..akak usaha pi ketuk pintu umah masing2, amik bawak balik ;)
Padamjadi paperweight jelah nanti..haha
Padamhahaha alaaaa kira mesin la ni.. tatau nak panggil gapo..
Padamwahhh.bestnya:)
BalasPadamHihihi memang bestttt!
PadamBest gilak mende nih...
BalasPadamMemang bestttttt! Berjam-jam saya duduk mengadapnya ;)
PadamFirst time nani tengok alat tu. Hehe
BalasPadamye,..ini kira macam anak kepada mesin bigshot. :)
Padamwah menarik dan sesuai peminat kraf dan kreatif macam Farrah..
BalasPadamhihihi bolehlah buat tambah2 koleksi peralatan buat kraf, eyda :)
Padamlepas nih makin banyak hasil kraf yang kreatif daripada Farrah laa..
Padamwow! thanks for sharing
BalasPadamnanti nak beli jugak la bende alah ni.. masuk dlm wishlist dulu
BalasPadamlg bertambah rancak laa buat kraf pasni yaa
BalasPadamWah, makin bersemangat la Kak Farrah buat lebih banyak kraft lepas ni..
BalasPadamMudah dan jimat masa guna alat ni.. betul x Kak Farrah?
BalasPadamcomei..pink
BalasPadamterpikat.
BalasPadamtapi dah ada yg bleh cut felt tu.
but most of the time kakak2 buat utk kertas jer.
mau jengah jap la fb tu :)
wah syok nya benda tu
BalasPadamagak mahal bagi budak budak macam yana .. budak lagi ke
BalasPadamtapi kalau dapat pergh, entah guna ke idok le
BalasPadamseklai tgk mcm mesin buat ABC ;p
BalasPadamwarna nya sgt memikat hati wink wink wink
BalasPadambertambah koleksi alat utk buat craft
BalasPadamcantik la benda tu boleh potong bulat macam tu... rezeki akak tu dapat. dapat yg untuk mini pun dah boleh kira satu kesyukuran kan kak sbb janji ada..
BalasPadamBetul nu, Nana. Memang rezeki ternampak promosi ni. Dapatlah apa yang dihajati meskipun hanya versi mini :)
Padamdulu mase main dgn kraf mmg jadi idaman tauu bigshot ni...
BalasPadamtapi almaklumla kos yang tinggi
so simpankan impian...
Itulah kan,..kalau betul2 guna baru berbloi dibeli :)
Padam