Kaisercraft Clear Stamp - Postmarks

Selasa, Januari 30, 2018

Stamps, tidak kiralah cling stamps, clear stamps atau rubber stamps (kita biasa panggil 'cop') merupakan antara peralatan kraf kertas yang saya suka kumpul. Bagi saya, stamps ini antara keperluan tambahan yang kita perlu ada untuk hasilkan projek kraf kertas yang lebih menarik. Kebiasaannya, craft stamps ada dalam bentuk sentiments (ucapan/kata-kata) dan gambar-gambar yang comel,..yang cantik-cantik. Senang nak digunakan untuk hias kad ucapan atau hias scrapbook page

Selain itu, saya turut guna stamps saya untuk hias planner dan projek kraf kertas yang lain seperti Pek Gula-gula untuk Si Cilik dan Penanda Buku dari Kertas Buku Lama.


Lihat sebahagian daripada variasi clear stamps milik saya yang pernah dikongsikan di sini:


Terbaru, saya beli clear stamps Postmarks keluaran Kaisercraft. Pergi Spotlight, niat asal nak cuci mata sahaja. Terjumpa pula dengan clear stamp ini. Tak fikir dua tiga kali terus grab dan cepat-cepat pergi bayar di kaunter. Saya memang berniat miliki clear stamp dengan design postmarks

Beginilah rupanya Kaisercraft Clear Stamp - Postmarks. Harganya sekitar RM10-12. Tidak pasti sangat sebab masa beli ada diskaun.



Cantik kan? Dapat sekeping yang besar begini memang puas hati! 😀 Sesuai sangat digunakan untuk buat kad bertema travel dan decorate travel journal. Saya tidak kisah postmarks tu bertindan antara satu sama lain. Boleh dipotong atau dicarik-carik kepada bahagian yang lebih kecil. Seperti dalam gambar di atas, saya cap pada beg kertas terpakai. Biar nampak comot-comot ada smudge.

Kemudian, saya koyakkan kepada beberapa bahagian dan guna salah satu daripada carikan postmarks untuk kad saya.


smile today
enjoy life
choose joy

Berminat dengan clear stamps sebegini? Cari di Spotlight atau kedai-kedai yang menjual bahan/peralatan kraf ye. Beli secara online di LAZADA pun boleh. Cuma corak rekaannya tertakluk pada availability of the stock. 

Oh, jemput baca entri di bawah juga:








22 ulasan

  1. hai farrah. lama tak jejak sini.
    dek kebusyan yg ntah hape hape :)
    ari tu ke mana ekk. jumpa la clear stamp ni.
    memang tau dah sebab selalu baca kat blog farrah ni.
    nak beli ke. tak nak ke. akhir nyer tak beli.
    sebab tak tau bila nak pakai...
    nak beli tu niat utk anak-anak buat keje skola.
    tapi tu la, tak beli... lenkali kot :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai, Aida. Maaf Farrah pun dah lama tak berkunjung ke blog Aida.
      Tak mengapa. Nanti lain kali boleh beli untuk buat aktiviti with the kids. Selain untuk buat kerja/projek sekolah, kakak dua orang tu minat kraf juga kan,..bolehlah Aida dan kakak-kakak buat kraf nanti :)

      Padam
  2. hehehe
    mak saya kumpul setem
    tp sekarang dah stop lepas pencen

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abih tu, Hans tak continue ke hobi mak Hans tu?
      Boleh jadi philatelist yang berjaya heheeh

      Padam
  3. salam farrah....kita singgah jap sini jenguk farrah hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam, Sis D. Apa khabar? Lamanya menyepi. Rinduuuuuu :)

      Padam
  4. Mummy suka buat benda2 macam ni, tapi la 24 jamn dah tak cukup untuk mummy..sobss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu itulah Mummy. Macammana nak dapat extra jam ni ;)

      Padam
  5. wahhh yg mcm ni pun ada org terfikir nk buat yaa... kreatif sggh!

    BalasPadam
  6. Suka lah dengan hasil kerja kak Farrah. Kreatif. Siqah lagilah tak tahu pun wujudnya stamps camni 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun tahu pasal benda2 ni sejak terjebak dengan buat kraf, Siqah. Itu pun masih banyak lagi barang2 kraf yang akak tak tahu lagi 😊

      Padam
  7. kalau memang creative tu gitu laaa macam mana pun menjadi hehe..

    BalasPadam
  8. cantik sgt kak farrah... tlg la kt rumah ni byk bnd2 cm,ni..
    tp xpandai pakai
    ase mcm nak post semua kt kak farrah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan buang. Mana tahu si Yash besar sikit boleh buat aktiviti dengan dia 😊

      Padam
  9. wow ! benda baru ni.. selalu ke kedai buku, tak pernah singgah tempat kraft... huuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rajin-rajinlah jengah section kraf lepas ni ye. Mana tahu tersangkut minat nak buat kraf 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.