Assalamu'alaikum. Salam sejahtera.
Selamat hari Rabu! Saya masih ber-PKPB. Siapa yang sama seperti saya? Apa pun, semoga kita semua terus tenang, terus kuat dan tidak leka untuk jaga diri dan keluarga masing-masing.
Hari ini saya luangkan lebih masa kemas blog. Update entri baharu, gali-gali entri lama, blasa komen dan blogwalking perlahan-lahan. Sudah alang-alang meluangkan masa di tower ini, saya buat entri kompilasi resepilah ye. Resepi-resepi pasta dalam Bahagian 1 ini kebanyakannya merupakan entri-entri awal saya ketika mula aktif berbloging.
Baiklah, di bawah ada beberapa resepi berasaskan pasta yang pernah diterbitkan di blog ini. Jom intai-intai. Mana tahu kalian bisa peroleh inspirasi.
Penne Bakar Berempah
|
Penne Bakar Berempah
|
Asalnya hidangan ini ialah Makaroni Bakar Berempah. Satu-satunya hidangan pasta yang Cekebon suka. Cekebon tekak orang Minang. Manalah masuk pasta-pasta ini semua dengan seleranya. Tetapi, Makaroni Bakar Berempah is
an exception. Masa Cekebon
requested hendak makan makaroni bakar, stok pasta yang ada di rumah hanya penne. Makanya, jadilah Penne Bakar Berempah. Resepi ni kira
balance. N
ot too cheesy and not too spicy.
Just nice untuk orang yang tekak macam Cekebon. Pada masa yang sama penggemar pasta dan keju tetap boleh
enjoy this dish :) Resepi? Klik
sini.
Makaroni Goreng Mudah
Too complicated? Boleh cuba
Makaroni Goreng Mudah. Semudah namanya. Cara penyediaan dan ramuan memasak boleh ikut cita rasa masing-masing. Guna bahan apa yang ada di dalam dapur kalian. Pada dasarnya, pilihlah mana-mana resepi mi atau nasi goreng kegemaran kalian. Tukarkan dengan pasta. Boleh intai resepi cara saya
di sini.
|
My version of Makaroni Goreng Mudah. |
Makaroni Marmite
Inginkan kelainan? Pada masa yang sama mahu
dish simple yang cepat dimasak? Cuba
Makaroni Marmite. Dengan syarat, dua bahan utamanya kena ada di rumahlah. M&M. Mentega & Marmite. Ini antara
comfort food saya. Lazimnya, di rumah saya memang akan ada Marmite untuk dimakan dengan bubur. Mentega pun penting tau. Kalau nak hasil yang
super-duper yummy, jangan
substitute mentega dengan marjerin atau minyak sayuran.
But if you opt for a healthier version, use a good quality of olive oil.
Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino
Selain itu, boleh cuba
Resepi 'Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino'. Pedas-pedas sedikit, rasa bawang putih lebih sikit. Dah nama pun Spageti Minyak, Bawang Putih & Cili. Hidangan ini lebih lazat kalau kita guna makanan laut sebagai rencahnya. Ini kegemaran Bott.
|
Resepi 'Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino' |
Jangan lupa cuba
teknik mudah untuk merebus pasta ni. Tidak perlu guna air banyak-banyak dan jimat masa!
Enjoy The Rest of The Weekend!
Unik guna Marmite untuk perencah pasta.
BalasPadamSedap tau, NA. Nanti ada kesempatan boleh cuba.
PadamAlahai...fav SA tu kalau aglio olio seafood...
BalasPadamKalau aglio olio seafood memang sukar nak kata tidak, kan SA :)
PadamKebetulan pula, akk masak pasta for dinner tonight :) Macaroni goreng to be exact
BalasPadamKita geng! Sep sikit. Macaroni goreng ... yumms!
PadamLama tak dengar marmite.
BalasPadamTerima kasih kongsi teknik mudah merebus pasta.
Sama-sama kasih, Kak Amie.
Padammarmite yeast tu ke ??? ini sangat-sangat rareeeee..
BalasPadamjadi bahan masakan ya.. hehe..
Yes, simple tapi super duper dap dap!
PadamSpagetti oglio olio paling best. Masak basah-basah sikit.
BalasPadamYes, bila basah-basah tu extra dap dap dap!
PadamMacaroni Marmite tu nampak macam unik dan menarik untuk dicuba..
BalasPadamBest, Sha. Simple tapi menarik utk dicuba.
PadamSaya! Masih mood PKPB. Macaroni goreng tu biasa buat. Penne Bakar Berempah dan Makaroni Marmite tak pernah cuba lagi. So sedap semuanya
BalasPadammakaroni atau pasta goreng paling mudah nk masak.. campak2 dh siap. hehe
BalasPadam