The Cempedak Butter Loaf | Kek Cempedak Lemak Berkrim

Rabu, April 29, 2026

Hari ini saya hendak kongsi tentang kek cempedak kegemaran saya. Ingat lagi tak, tahun lepas bukan main popular lagi kek cempedak. Kek lapis cempedak la… kek mentega cempedak la… harga pun bukan sikit-sikit. Harga kayangan gitu.

Masa musim tengah viral tu, sempatlah saya merasa dua tiga jenis kek cempedak. Ada yang orang beri, ada yang Cekengah sendiri beli. Saya tukang makan sahaja. Cempedak memang saya suka!

Dalam banyak-banyak kek cempedak, ini yang paling kena dengan selera saya. The Cempedak Butter Loaf, produk Brown Butter Bakes (BBB).


The Cempedak Butter Loaf

Apabila dibuka penutup bekas, aroma mentega dan cempedak tu wangi semerbak memanggil-manggil! Tak akan dapat tahan diri punya.


Nampak tak cebisan-cebisan isi cempedak tu?

Bagi saya, kek cempedak The Cempedak Butter Loaf ni memang sedap! Mewah rasa mentega, rasa cempedak yang nyata. Isi cempedak yang digunakan pun banyak. Tidaklah kita tercari-cari di mana cempedaknya. 😊

Gabungan rasa antara mentega dan cempedak juga seimbang. Kek tidak terlalu manis atau berminyak. Kira kalau makan tu, memang tak cepat muak. 

In fact, rasanya orang yang tak suka cempedak pun boleh enjoy makan.


OK, andai kalian berminat, boleh dapatkan kek melalui akaun Brown Butter Bakes Shopee atau TikTok. Kena rajin intai sebab biasanya cepat habis stok. 😊 Selain itu, mereka ada jual tepung premix untuk buat kek juga tau.

8 ulasan

  1. Menarik ni. Nampak sedapp
    Cuya lama tak singgah sini.
    Akak jemput join giveaway Cuya ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Cuya! Hope life is treating you well. Sorry, dear. Akak dah lama tak jenguk blog, missed banyak benda.

      Padam
  2. tak perasan pula ada viral pasal kek cempedak tapi menarik lah kek cempedak. Boleh imagine bau wangi cempedak tu macam mana. Kalau terjumpa nanti nak try lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, ada rezeki jumpa nanti boleh cuba. Tak dapat kek mentega, kek lapis cempedak pun dap dap dap!

      Padam
  3. Aiiiiiiih kak, tak ada toko offlinenya kah? Susah kalah nak pesan online bagi saya 🤣🤣. Juni nak ke KL, pasti saya cari kalau memang ada dijual offline.

    Kalau kue butter durian, saya pernah coba, tp cempedak, blm pernah ketemu 😍😍. Biasany cempedak hanya dibuat minuman atau digoreng saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pastilah pula, Fanny. Nanti akak cuba find out untuk Fanny ya. Mana tahu Jun ini, ada rezeki Fanny merasa kek cempedak…

      Padam
  4. Salam farah, lama nya x singgah sini..

    Ok kita x pernah rasa kek cempedak. Nanti bole try juga ni cari kt TT or shoppee dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, Kak Ret. Maaf, saya pun lama tak ziarah Kak Ret. Nanti, intai-intailah kek cempedak tu… mana tahu, kena dengan selera Kak Ret.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.