Nasi Goreng Ikan dan Gajus

Isnin, Mei 31, 2021

Asalnya, hajat hati hendak buat nasi goreng nanas. Entah mengapa tekak teringin makan hidangan nasi goreng Thai ini.  Dah lama tak makan kot. Waktu mula hendak ‘berkencak’ di dapur, baru perasan macam ada bahan yang tidak cukup.

Guess what? Nanas! Nanas tak ada! Bising mulut saya mencari nanas. Rupanya nanas masih di kedai lagi. Masa inilah jelas terbayang tindakan saya pilih-pilih nanas … angkat … letak … angkat letak … tiba-tiba nampak jambu batu, saya tinggalkan sahaja nanas saya di situ. Tak bawa pergi timbang dan bayar pun. 😅

Scratch the plan. Tak ada rezeki. Kena buat nasi goreng lain. Buka peti ais, kebetulan ada lebihan lauk ikan kukus. Kita buat nasi goreng ikan dengan sentuhan ala Thai. Maka, terhasillah nasi goreng ikan dan gajus.


Untuk menyediakan hidangan nasi goreng ini, hanya perlu perisikan ikan yang telah direbus, dikukus atau digoreng. Macam saya cerita tadi, ikan yang saya guna ikan lebihan lauk semalam. Jadi, dah jimat satu langkah di situ. Saya hanya cincang halus beberapa ulas bawang putih dan sedikit parutan halia sebagai ramuan tumis. Halia saya simpan di peti dingin beku. Saya parut setiap kali hendak guna. Lebih mudah. Lihat cara menyimpan halia agar tahan lebih lama di sini.

Setelah dua bahan tadi ditumis, saya masukkan hirisan cili api, hirisan satu batang serai, isi ikan dan sedikit sos ikan. Kacau dan masak hingga sekata sebelum masukkan nasi. Goreng nasi sehingga masak. Perasakan dengan garam jika perlu. Hati-hati sebab sudah ada rasa masin daripada sos ikan. Akhir sekali, baru taburkan segenggam kacang gajus yang telah dibakar atau disangrai dan hirisan daun limau. Sedia untuk dihidangkan.

Alhamdulillah, tak dapat nasi goreng nanas dapat nasi goreng ikan dan gajus yang enak lagi mengenyangkan. Cuma saya fikir, jika saya guna halia muda mesti lebih sedap gabungan rasanya. Sedap halia muda kan lagi manis rasaya. Nanti ada rezeki suatu hari nak cuba.

21 ulasan

  1. nampak sedap nasi gorengnya kak...

    paduan dengan chasew nut dan ikan nampak menambah selera makan, terima kasih atas cerita recipenya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, gajusnya beri rasa istimewa.
      Andai punya kesempatan, bisa dicoba Mba Nita :)

      Padam
  2. ala... menarik gak idea ni... kat umh pun ada gajus... hehe, leh buat ni

    BalasPadam
  3. selalu jugk buat nasi goreng ni tapi tanpa gajus. mmg bertambah! haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan nasi goreng ikan memang wajib tambah hahaha

      Padam
  4. Gajus tu yang membuatkan bertambah sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Gajus tu buat penampilan istimewa untuk tambah keenakan nasi goreng :)

      Padam
  5. Menarikkk jugak letak gajus ni, selalu letak sayur gitu je hahaha

    BalasPadam
  6. jrg gajus letak dlm nasi goreng...suka kunyah2 gajus

    BalasPadam
    Balasan
    1. kunyah gajus kan... susah bebenor nak berhenti :)

      Padam
  7. Tak pernah try combination ikan dengan gajus. Kalau ada lauk leftover memang suka campur dalam nasi goreng je macam ni. Takdelah terbazir

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Tak bazir tu yang penting. Kadang-kadang kan, main campak-campak lauk lebih yang jadikan nasi goreng tu lebih woww!

      Padam
  8. Wowww menarik. Boleh try nty 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti dah cuba, share tau kena dengan selera Nadyya ke tidak :)

      Padam
  9. menarik lah kak farrah..boleh cuba nanti :)

    BalasPadam
  10. Nasi goreng ikan tu sedap. Ditambah dengan gajus menarik tu

    BalasPadam
  11. fuhh nasi goreng ikan dan gajus tu mmg sedap lah
    menambah2 makan nasi ya

    BalasPadam
  12. Kacang gajus tu masuk mulut dulu, kemudian barulah sudu nasi pula heheheheee.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.