Memaparkan catatan dengan label Leftover Recipe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Leftover Recipe. Papar semua catatan

Mi Udon Bolognese

Jumaat, Januari 07, 2022

Assalamualaikum. 

Nama resepi bukan main fusion lagi, kan? Mi Udon Bolognese. Konon-konon menu kacuk negara matahari terbit dengan Itali. Hakikatnya, ini hidangan leftover. Saya kelaparan. Buat kerja di komputer sampai terlajak waktu makan. Mulalah menyelongkar peti ais tengok lebihan makanan yang boleh dimakan.

Ada beberapa batang sosej ayam yang Cekengah beri. Dia pergi bersarapan di luar, pesan menu Big Breakfast. Memang betul-betul big! Dalam pinggan tu (mungkin boleh tepat lagi dulang hahaha) ada segala macam benda - telur dadar, sosej, chicken slice, beef slice, salami, pepperoni. Belum campur dengan dua tiga jenis roti, dua tiga jenis keju dan jem. Tidak ketinggalan salad. 

Terkejut jugalah Cekengah melihat saiz hidangan. Sudahnya, dia berkongsi makan dengan kawan yang turut memesan menu sama. Bahagian dia, bungkus bawa balik hantar pada Along.

Mula-mula ingat nak buat roti sosej sahaja. Tetapi, takut tak kenyang! Pagi tadi dahlah tidak ambil sarapan berat. Jadi, untuk hidangan merarap yang dah nak membawa ke waktu minum petang, saya masaklah proper meal yang mengenyangkan.

Mi Udon Bolognese

Nasi Goreng Ikan dan Gajus

Isnin, Mei 31, 2021

Asalnya, hajat hati hendak buat nasi goreng nanas. Entah mengapa tekak teringin makan hidangan nasi goreng Thai ini.  Dah lama tak makan kot. Waktu mula hendak ‘berkencak’ di dapur, baru perasan macam ada bahan yang tidak cukup.

Guess what? Nanas! Nanas tak ada! Bising mulut saya mencari nanas. Rupanya nanas masih di kedai lagi. Masa inilah jelas terbayang tindakan saya pilih-pilih nanas … angkat … letak … angkat letak … tiba-tiba nampak jambu batu, saya tinggalkan sahaja nanas saya di situ. Tak bawa pergi timbang dan bayar pun. 😅

Scratch the plan. Tak ada rezeki. Kena buat nasi goreng lain. Buka peti ais, kebetulan ada lebihan lauk ikan kukus. Kita buat nasi goreng ikan dengan sentuhan ala Thai. Maka, terhasillah nasi goreng ikan dan gajus.


Untuk menyediakan hidangan nasi goreng ini, hanya perlu perisikan ikan yang telah direbus, dikukus atau digoreng. Macam saya cerita tadi, ikan yang saya guna ikan lebihan lauk semalam. Jadi, dah jimat satu langkah di situ. Saya hanya cincang halus beberapa ulas bawang putih dan sedikit parutan halia sebagai ramuan tumis. Halia saya simpan di peti dingin beku. Saya parut setiap kali hendak guna. Lebih mudah. Lihat cara menyimpan halia agar tahan lebih lama di sini.

Pasta Fusilli Sup Ayam

Isnin, November 30, 2020

Salam minggu baharu! Saya mulakan minggu dengan mood serba lemau. Malas hendak berbuat apa-apa. Berat je rasa badan tu nak bergerak. Alang-alang tak mahu bergerak tu, kita duduklah menghadap komputer tulis entri blog. Sekurang-kurangnya, bolehlah rasa diri ni produktif juga. 

Hari ini entri resepi. Satu lagi resepi olahan pasta yang tersimpan lama dalam draf, asyik bertangguh dan tidak sempat saya hendak kongsi. Fusilli sup ayam. Haa ... kali ini hidangan pasta saya berkuah dan dinikmati dalam keadaan panas-panas.

Fusilli dengan sup ayam ni sebenarnya lebih kepada leftover recipe. Saya gunakan lebihan sup ayam hari sebelumnya. Tiba-tiba tekak terasa teringin nak makan something hot and soupy. Jadi, saya panaskan sup, masukkan daun limau dan hirisan cili api. Basically, cara penyediaan hidangan ini, kita hanya perlukan sup ayam (ikutlah resepi internet ke, resepi turun-temurun ke) dan pasta.

Sementara sup dipanaskan, rebus fusilli (boleh ikut cara mudah, cepat dan jimat ni) sehingga masak. Jika hendak pakai spageti atau makaroni pun tiada masalah sebenarnya. Pasta juga. Kebetulan ketika itu,  ada baki fusilli suku pek dalam balang. Saya capai apa yang convenient.

Apabila fusilli dah ready, masukkan ke dalam periuk sup dan biarkan masak seketika. Setelah itu, ambil satu sudu kecil tepung jagung, larutkan dengan sedikit air (saya gunakan air rebusan pasta) dan masukkan ke dalam sup untuk pekatkan kuahnya. Biar tekstur sup ada body, likat sedikit ala-ala stew gitu.


Siap!
Fusilli Sup Ayam

Nasi Goreng Sardin Cili Api

Isnin, November 23, 2020

Nasi Goreng Sardin Cili Api ini merupakan hidangan yang saya buat menggunakan leftover meal malam sebelumnya. Ada dua ketul ikan sardin lebihan sambal yang dimakan dengan nasi lemak. Nasi lemak dan sambal dah habis, jadi ikannya kita proses jadi juadah lain.

Kebetulan ada nasi dingin kelmarin. Tiba-tiba terlintas di kepala nak makan nasi goreng sardin. Di rumah ni, jarang masak sardin. Buat apabila teringin sahaja. Jadi, alang-alang bahan-bahan dah ada tu, mari kita goreng!


Nasi goreng ikan sardin saya. Nampak tak cebisan-cebisan ikan sardin yang meriah ‘berdakap mesra’ dengan nasi tu? 😂 Lebih terangkat apabila suapan tu ada hirisan cili api sekali.

Resepi Mudah - Cucur Roti Berkeju

Sabtu, Januari 16, 2016

Nak panggil apa pun boleh - cucur roti berkeju, godok roti cheese, cekodok roti berkeju, jemput-jemput cheese terpulang. Apa yang penting, hendak sediakan cucur ni sangatlah senang!

Kat rumah ni memang ada penyakit. Time tak beli roti, time tu lah masing-masing teringin nak makan roti. Tetapi, apabila ada roti di rumah - boleh terbiar tak laku sampai expired. Kerja sayalah masukkan dalam peti sejuk. Stok untuk buat roti telur, crouton atau cekodok.

Cucur Roti Berkeju

Borborygmi! Makanya, laksa goreng!

Khamis, Februari 19, 2015

Semalam dinner awal. Masa tengah mengajar, dah rasa lapar balik. Habis kelas, jatuh kategori famish. Perut dah borborygmi! Apa tu?! Heheheh borborygmi ni sebenarnya istilah latin (originated from Ancient Greek, borborygmós) yang bermaksud perut berkeriuk! Stomach rumbling lah kiranya :)

Sampai rumah, meluru masuk dapur selongkar peti ais. Bermesej-mesej dengan Dik CT Humairah pun dah pening-pening lalat sebab lapar. (Nway, thanks CT sebab ingat akak! Flying kiss sepapan mercun raya cina. Muahhhhhh!) Jumpa lebihan laksa beberapa hari lepas. Tak lakulah sebab kuah dah habis! Apa lagi,...kelentung-kelentang kelentung-kelentang,...SIAPPPPP!

Laksa Goreng Borborygmi!

Laksa Goreng Borborygmi for two! Late night supper dikongsi bersama 'lembaga-lembaga' yang dah tidur, tiba-tiba bangun dan muncul kat dapur ;)


Cekodok Roti CT Humairah

Jumaat, Januari 30, 2015

Dalam entri Resepi Cucur Roti Berkeju saya, Dik CT (Siti Yang Menaip) ada kongsikan version cucur rotinya.

Komen CT :)

Baca tang rangup macam kulit aiskrim tu sungguh menggoda, OK. Jadi, bila ada lebihan roti, memang Cekodok CT ni lah yang pertama sekali terlintas di kepala. Saya gunakan susu rendah lemak, marjerin instead of butter,...dan selepas blend roti tu saya tambah sedikit carikan-carikan roti untuk bagi tekstur pada bater. Perasakan dengan garam. Goreng!

Tattadaaaaaaa! 

Kerepek Roti Canai

Khamis, Januari 22, 2015

Menu ni akan 'muncul' di rumah apabila ada lebihan roti canai. Kebiasaannya, apabila adik-adik saya bawa Cekebon pergi 'breakfast date' di restoran mamak kegemaran Cekebon dan saya tak ikut sama, mereka akan tapaukan roti canai untuk saya. Tetapi, adik-adik risau saya tak cukup makan kot,..tapau roti macam cukup untuk stok dua tiga hari! Terlebih sudah! Berapa keping sangatlah saya mampu makan. Alih-alih masuk peti sejuk. Berhari-harilah kat dalam tu.

Jadi, apabila bersih-bersihkan peti sejuk,..maka terhasillah Kerepek Roti Canai!

Kerepek Roti Canai
Senang je nak buat. Roti canai yang ada tu dipotong kecil memanjang. Kemudian, goreng dengan minyak yang panas sehingga garing. Tuskan gorengan. Tabur dengan sedikit gula dan gaul sekata. Selalunya saya goreng guna minyak jagung atau minyak canola. Kononnya health conscious-lah hehehe.

Best tau! Rangupppp! Rasanya ala-ala kuih tiram. Oh, bagi yang ada roti canai frozen/instant pun boleh buat kerepek roti canai terlebih sudah ni :)


Epok-epok Roti

Rabu, Oktober 01, 2014

Epok-epok Roti

Ingat lagi entri saya mengenai Lauk Sengkuang dan Cendawan Shitake Masak Tumis? Lauk yang berbaki, saya tidak buang. Sayang… jadi saya buat switch-up recipe - Epok-epok roti inti sengkuang dan cendawan.