Epok-epok Roti

Rabu, Oktober 01, 2014

Epok-epok Roti

Ingat lagi entri saya mengenai Lauk Sengkuang dan Cendawan Shitake Masak Tumis? Lauk yang berbaki, saya tidak buang. Sayang… jadi saya buat switch-up recipe - Epok-epok roti inti sengkuang dan cendawan.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat epok-epok roti:

  • Beberapa keping roti
  • Lebihan lauk sengkuang dan cendawan shitake tumis (sebagai inti)
  • Minyak yang secukupnya untuk menggoreng jeluk (deep fry)

Alatan yang diperlukan:

  • Rolling pin
  • Sebatang garpu
  • Sehelai plastik bersih

Cara-cara:

  1. Potong bahagian tepi roti. Kemudian, lapikkan roti dengan plastik, dan gunakan rolling pin untuk leperkan roti. Seleper yang boleh tau! Sebab kita nak kulit epok-epok yang rangup-rangup-rapuh gitu!
  2. Letakkan sesudu inti dan kemudian katup roti rapat-rapat. Tekan bahagian tepi roti dengan garpu untuk buat kelim. Tak adalah nanti intinya terkeluar semasa digoreng.
  3. Panaskan minyak, jangan terlalu panas ye. Api sederhana. Goreng hingga warna roti bertukar keperangan. Warna epok-epok roti saya gelap sedikit sebab pakai roti mil penuh. Angkat. Tuskan di atas kertas tisu dapur. Sedia untuk dimakan. Hidangkan dengan sos cili.

*Jika tidak mahu goreng, epok-epok ini juga boleh dibakar di dalam oven. Sebelum bakar tu, sapukan campuran telur dan sedikit susu di atas permukaan roti.


Selamat mencuba!

23 ulasan

  1. salam kenal, nampak sedapnya bole cuba :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat berkenalan. cubalah, intinya boleh dipelbagaikan ikut citarasa :)

      Padam
  2. simple je buatnya. api kalau kuat boleh terhangus jadinya. hehe

    BalasPadam
  3. saya suka singgah blog akak sebab salah satunya, banyak nama resepi yang simple tapi menarik perhatian untuk dibuat. heeee...

    BalasPadam
  4. itukah epok2
    heheheh...
    pelik2 je mkann kak farrah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Epok-epok sebenarnya macam karipap tapi inti dlm sayur(mcm inti popia). Tapi ni akak panfgil epok2 roti coz kulit/pastry luarnya drpd roti :)

      Padam
  5. Epok-epok ye kak? Baru tau. Hehe. Selalu yg dalam dia sardin tu orang panggil roti sardin kan. Hehe. Ni boleh try ni. Guna taugeh pon sodap :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye budak. memang,..masuk taugeh lagi sedapppp!

      Padam
  6. alamak terliur..hari ni puasa..ternampak lak epok epok roti nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sowwiii, Kak JM! hihihi kalau dkt, saya dah hantar utk buka puasa...

      Padam
  7. Balasan
    1. Yg penting mudah nak sediakan, Shikin. Kulitnya guna roti, inti ikut apa suka :)

      Padam
  8. penah makan.. rasa mcm popia pun ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Nina. Macam popia, tapi kulit luar tulah yang beza ;)

      Padam
  9. tak pernah dengar epok epok.. bhahaha akak mesti pkir ape budak ni semua mende tak pernah dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Malaslah nak layan Dak CT nih. Semua tak pernah dengar!" Gitu?! Hahahah! Ingat akak fikir macam tu ke?

      Don't worry, CT. Kadang2 kat tempat lain, kuih ni lain namanya. Kalau tak pernah dengar sebelum ni, at least bila CT baca melalui entri akak, dapat ilmu baru, bolehlah akak tumpang dapat pahala :)

      Padam
  10. bubuh inti sardin atau tuna pun sedap ni. hehe

    BalasPadam
  11. nice resepi. nt nak try. dah lapar ni.. huhu

    BalasPadam
  12. Nampak sedap.. memang kreatif farrah..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.