Nasi Goreng Sardin Cili Api

Isnin, November 23, 2020

Nasi Goreng Sardin Cili Api ini merupakan hidangan yang saya buat menggunakan leftover meal malam sebelumnya. Ada dua ketul ikan sardin lebihan sambal yang dimakan dengan nasi lemak. Nasi lemak dan sambal dah habis, jadi ikannya kita proses jadi juadah lain.

Kebetulan ada nasi dingin kelmarin. Tiba-tiba terlintas di kepala nak makan nasi goreng sardin. Di rumah ni, jarang masak sardin. Buat apabila teringin sahaja. Jadi, alang-alang bahan-bahan dah ada tu, mari kita goreng!


Nasi goreng ikan sardin saya. Nampak tak cebisan-cebisan ikan sardin yang meriah ‘berdakap mesra’ dengan nasi tu? 😂 Lebih terangkat apabila suapan tu ada hirisan cili api sekali.


Resepi Nasi Goreng Sardin Cili Api

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Nasi putih anggaran makan untuk 2 - 3 orang
  • 2 ketul ikan sardin saiz sederhana besar (lenyek dan hancur-hancurkan)
  • 1 labu bawang besar dipotong dadu
  • 2 - 3 ulas bawang putih dihiris atau dicincang halus
  • 1 sudu besar serbuk kari 
  • beberapa tangkai cili api (jika tidak gemar pedas, tidak perlu letak) Boleh juga tukar kepada cili hijau atau cili merah.
  • 1 - 2 sudu besar kuah sardin dalam tin (optional)
  • sedikit marjerin atau mentega untuk menumis
  • garam secukup rasa 

Langkah-langkah penyediaan:
  1. Paanaskan marjerin atau mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan serbuk kari hingga naik bau.
  2. Masukkan ikan sardin dan sedikit kuahnya (jika mahu) dan hirisan cili api. Biarkan seketika.
  3. Seterusnya, masukkan nasi dan goreng sehingga semua bahan tumis tadi tergaul sekata.
  4. Perasakan dengan garam. Sedia untuk dihidangkan.


Disebabkan hidangan nasi goreng ikan sardin ini memang guna ikan sardin semata, ada protein tak ada sayur, saya makan dengan hirisan timun dan daun salad.

Alhamdulillah, kenyang!

Selamat mencuba!

19 ulasan

  1. Nasi goreng pedas cili padi memang masakan kegemaran Kak Amie. Bila bubuh sardin berambahlah sedapnya. Terliur pulak dah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selera kita sama, kak! Sardin lawan dengan cili api memang sedap! 😊

      Padam
  2. Kalau saya lebihan sardin buat inti sandwich.
    Nampak sama banyak sardin dan nasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sandwich sardin kalau buat di rumah ni kena satu tin besar tu terus, NA. Kalau tidak tak cukup 🤣

      Padam
  3. sedap ni farah... br mlm td masak sardin sbb lama dh x mkn sardin... hehehe

    BalasPadam
  4. Sejak duduk Kampung ni mula makan sardin kerap balik sebab ayah suka sardin. Sedap lebihan dibuat nasi goreng.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap, kan? Sardin ni sebenarnya makan kerap pun tak jemu heheheh

      Padam
  5. Ah.. sedap sungguh hidangan ini.. menggoda untuk dibuat.. Sha dah lama juga tak masak nasi goreng ikan sardin nie.. Tambah pula ada cili padi.. memang extra umph.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang, Sha! Akak kalau nampak apa-apa hidangan sardin memang cepat goyang! Lagi-lagi kalau ada pedas-pedas begini 😊

      Padam
  6. My all time favourite ni Farrah; nasi goreng & sardin. Bila bercampur dua ni lagilah umph!

    BalasPadam
  7. Sardin ni memang best masak macam2. Lebihan lauk sardin Cik TK buat nasi goreng sardin macam ni, masuk spagetti pun ada, makan dengan roti pun ada!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Ada sardin, macam-macam boleh olah untuk masak. Semua sedap! 😊

      Padam
  8. eheheh betul2.. selalunya nasi2 lebih semalam tu ready la nak kena guring. sardin suka cili api tak suka hahaha..

    BalasPadam
  9. smlm br masak nasi goreng tp nasi goreng sosej je...tk pernh lg masak nasi goreng sardin

    BalasPadam
  10. boleh masak untuk menu tengahari ni.. alang2 stay sorang. sedapnyaaa

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.