Cara Simpan Halia Agar Tahan Lebih Lama

Jumaat, Februari 19, 2016

Assalamu'alaikum.
Salam Jumaat.

Entri kali ini saya nak kongsi cara bagaimana untuk memastikan halia tahan lebih lama. Di rumah saya, halia memang antara ramuan yang perlu sentiasa ada di dapur. Stok tak boleh putus. Selain gunakan untuk masak, boleh buat air halia/teh halia dan sebagai salah satu ingredients utama untuk home remedy - buang angin dan penawar untuk batuk. [Petuanya di sini.]

Saya memang setiap kali beli barang keperluan dapur akan grab halia banyak-banyak. Masalahnya, kadang-kadang akan ada musim kurang/tak pakai halia. Maka terbiarlah halia tu sampai bertunas di dapur. Time rajin pergi tanam, saya tanamlah. Tetapi, dibuatnya waktu tu penyakit M melanda,...terabai 'koleksi'  halia-halia sampai kecut lisut. Masa tulah nak rasa menyesal sebab membazir,...huhuhu

So, I came up with one solution. Disebabkan saya memang suka beli halia dalam kuantiti yang banyak (seperti lemon juga, kononnya nak memastikan kelangsungan stok), saya kena pastikanlah yang halia-halia saya tahan lama. Lagi-lagi jika saya beli stok Reduced To Clear begini.


Berbaloi halia banyak begini dua ringgit lebih je. Akak suka! Akak suka! Kualitinya masih elok, boleh tahan lagi,..tapi, takkanlah kita nak masak halia ni semua sekaligus kan. Well, you can still enjoy this good bargain and have an ever ready ginger in your kitchen. Begini caranya.

Mula-mula, keluarkan semua halia. Periksa jika ada bahagian yang tak elok, potong atau buang dengan pisau. Kemudian, kupas kulitnya. Saya biasa kupas kulit halia menggunakan sudu. Mudah dan kita tidak bazir isi halia berbanding kupas dengan pisau. 

Halia yang sudah siap dikupas.
Setelah itu, basuh dan bersihkan halia. Tus hingga kering airnya. At this stage, saya akan asingkan kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dikisar, buat rencah masak. Satu lagi kita nak dingin bekukan supaya jangka hayat halia tahan lebih lama. Apa yang perlu dibuat, ambil halia yang kita hendak freeze, masukkan ke dalam plastik. Rata-ratakan susunan halia di dalam plastik supaya meleper dan tidak bertindan antara satu sama lain. Tujuannya supaya apabila kita perlukan, senang untuk kita ambil halia berkenaan. Rujuk gambar di bawah ini. Sebelah kiri untuk kisar, sebelah kanan untuk masuk freezer.

Bersedia untuk disimpan.
Apabila halia dah dipek dalam plastik, masukkan ke dalam freezer dan biarlah halia diam menghuni di situ :) Apabila nak guna, simply keluarkan banyak mana yang diperlukan. Biar pada suhu bilik buat seketika. Kemudian, boleh potong dan olah ikut resepi. Tak pun, ikut cara saya ni. Kebiasaannya, saya akan keluarkan halia dari freezer, rinse dan gunakan pemarut untuk dapatkan pati halia terus ke dalam masakan. Lagi mudah. Halia dalam masakan pun akan lebih blend in

Selamat Mencuba! Moga tips ini bermanfaat =)




53 ulasan

  1. sama-kulit halia kikis je pakai sudu@pisau..tapi saya tak pernah simpan beku dalam freezer..selalu guna halia juga dan bila tak habis kering plak..memang bermanfaat ni...TQ sharingkan..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya selalu time halia kering/habis masa tulah tiba2 nak guna halia...dah ada arni, mudah sikit :)

      Padam
  2. Bagus tips ni Kak Farah :)

    BalasPadam
  3. Wahh goods tips..halia memg wajib da kat peti sejuk lya
    Memg kerap sgt guna dlm mskn trutama buat sup hhehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun sama, Lya. Kadang2 lebihkan sikit halia utk panaskan badan :)

      Padam
  4. wahhhh thanks farahh boleh buat gini nnt

    BalasPadam
  5. Kak... letak dlm freezer... lps kuar kn x jd lembik ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pulak. Akak selalu lepas keluarkan,..time dia keras keterk tu, akak parut :)

      Padam
  6. terima kasih..boleh juga aplikasikan pada kunyit hidup ya..

    BalasPadam
  7. Haaa... kt ostrolia halia 40aud sekilo....
    uhukkkk kejam...

    Sila hargai halia d malaysia

    BalasPadam
  8. nice sharing sis... first time tahu... hehehe... leh cuba... kupas halia dgn sudu ek, akak br tahu gak... hukhuk byk tul tak tahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa, sis. Saya pun dulu tak tahu. Lebih senang kupas dengan sudu, kita kikis2 je. :)

      Padam
  9. ekin yang bertunas selalu pergi tanam... ada yang tumbuh time habis back up halia yang tanam tu hahhahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senangla ada halia backup :)

      Padam
    2. hihihihi.... ha ah sangat senang yang kunyit pun ada.. kadang2 beli gak buat garam kunyit... serai baru tanam tggu kesuburan tumbuh banyak hihihihi....

      Padam
  10. Ohhh baru tahu. Sbb saya tak suka halia sangat so kat rumah pun memang ibu beli sikit, guna bila perlu je. Berguna untuk akan datang ni, good sharing Kak Farrah! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak kat rumah memang selalu guna. Dapat pula akak ni jenis malas gi kedai. Itu yang sekali beli borong mana mampu :)

      Padam
  11. First time jumpa petua ni. Saya pasti setiap orang mengalami keadaan lebihan halia dan citrus. terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga ada manfaatnya. Tapi, cara ni tak sesuai untuk limau atau lemon. Buah-buah citrus yang nak kecut, saya perah jusnya dan jadikan ice-cubes. Bila nak guna untuk masak/buat air, cairkan ice cubes :)

      Padam
  12. SS simpan halia dalam perut.. he he he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandainyaaaaa, buat stok eh? :)

      Padam
    2. Dah tak payah beli kipas! He He He...

      Padam
    3. Mana nak dapat kipas siap aroma lagi ikhwan? Kipas berbisik namanya... He he he.,,

      Padam
  13. Kalu lah halia boleh dijadikan craft... he he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheh kita nak buat apa ye? cer kasi idea sikit ;)

      Padam
    2. Lekatkan beras pada halia... Bernas tak idea... ehhhh... Terpantun dua kerat rotan lak... ha ha ha..

      Padam
  14. Kupas dengan sudu? Lom pernah try...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila cuba try test. Kikis2 je kulit halia tu dengan sudu :)

      Padam
    2. dok kikis ngan pisau ja.. sampai isi halia trkeluar hihi

      Padam
  15. Kalu kunyit basah?
    * Matik laa tanya soklan tak de kene mengena dengan entry... he he he...

    BalasPadam
  16. Good tips ni farah.
    Halia biasa kering kecut dlm fridge aida :-) ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba buat cara ni, Aida. Segar gagah halia tu dalam freezer :)

      Padam
  17. oooo letak tampat sejuk dia xkecut noh... baru tahu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa letak tempat sejuk dia maintain tak kecut :)

      Padam
  18. Nani pun buat macam ni. Letak dekat tempat sejuk :)

    BalasPadam
  19. good sharing.. boleh cuba nih. tapi eyja sorang je yang guna xd la membeli banyak cam sis ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau setakat seorang je guna/guna sikit2 tak pelah hehehe mesti tak sempat kering kecut :)

      Padam
    2. hahaha, memang pon xsempat kering. tapi kekadang kering juga. tahu x time bila? time penyakit m tu datang. Hahahaha.. kekadang makan bulan juga penyakit tu.

      Padam
  20. Bagus tip Farrah nie..x pernah lak terfikir nak simpan dalam freezer..TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni along boleh cuba kalau ada lebihan halia :)

      Padam
  21. tapi petua yang bagus kak , incase kalu beli macam akak kan :)

    BalasPadam
  22. ok tq, bagi tips ni.. nanti buat lah..
    memang halia cepat sgt tak elok tak boleh simpan lama

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.