Isnin, Februari 16, 2015

Mulakan Minggu dengan Ceria

Assalamu'alaikum semua!

Contengan nak test gel pen :)

Berblogging dari bilik kraf pagi ni. Seperti biasa, Isnin saya tergolong dalam cuti hujung minggu ;) Tetapi hari ni ada tempahan scrapbook yang perlu disiapkan. Saya tengah 'servis' pen-pen warna saya. Siapa yang suka pakai gel pen? Biasa tak alami dakwatnya tiba-tiba semput. Keluar putus-putus. Kita yang nak menulis pun boleh hangin satu badan dibuatnya.

Saya ada beberapa tips mudah untuk atasi masalah ni. Tidak kiralah gel pen kalian tu gel pen biasa (hitam, biru atau merah) atau yang jenis berwarna-warni macam dalam gambar kat atas, boleh cuba salah satu cara di bawah:

  1. Kadang-kadang apabila lama tak digunakan, dakwat gel boleh jadi putus-putus. Jangan terus buang! Boleh digunakan lagi. Pegang pen pada bahagian hujung. Goyang-goyangkan pen beberapa kali seolah-olah kita nak goyangkan termometer klinik. Tujuannya supaya kandungan dakwat gel dalam pen akan tergaul sebati. Then, cuba tulis atas kertas. Insya Allah, dakwatnya akan keluar dengan lancar.
  2. Sekiranya masih semput-semput, lalukan tip (mata pen) pada hujung jari. Conteng-conteng hujung jari hingga dakwat keluar. Suhu pada hujung jari kita akan panaskan mata pen sekaligus clear-kan sebarang dakwat yang tersumbat.
  3. Selalunya kalau dakwat 'ball pen' macam hidup segan mati tak mahu, kita boleh bakar hujung matanya untuk lancarkan flow dakwat. Tetapi, untuk gel pen, kita hanya perlu sedut. Haaaa,...ini teman sekampus saya yang ajar. Dia memang penggemar tegar gel pen. Sedut je mata gel pen beberapa saat. Ala-ala buat CPR untuk pen lah ;) Sesudah tu dah boleh tulis seperti biasa. Hihihi kebarangkalian untuk tertelan dakwat atau merasa manis-payau dakwat tu memang ada, but it works.

Okay, itu sahaja untuk pagi ni. Enjoy your day! Jangan lupa senyum dan greet orang-orang yang kita jumpa. Let's put some smiles on their faces :)


106 ulasan:

  1. Selamat pagi !! hai info yang best , dari tak taw boleh taw :) heheh tq sharing

    jemput lah singgah blog saya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks sebab singgah sini, emma. Insya Allah, akak akan balas kunjungan dalam masa terdekat :)

      Padam
  2. hehe..bakar mata pen tu saya pernah buat..sedut ink tu kawan saya pernah buat,pastu tersedut banyak..biru mulut kejap..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kaedah sedut tu memang berkesan, tapi tang tertelan dakwat tu lah kena jaga2 ;)

      Padam
    2. buat pen wrna hitam. pas2 dok sedut sampai tertelan.. dh jadi titik titik hitam dlm hati dh.... hihi

      Padam
    3. Hikhik leh buat lirik lagu nasyid ayat Zarul nih!

      Padam
    4. ce try sedut pen warna merah..nanti bibir merah :-)

      Padam
    5. hehehe tak payah nak pakai lipstik laa kalau sedut pen warna merah..

      Padam
    6. ZF,,,, kalo nak ilangkan titik itam tu... sedut lak liquid.. hahahahha.. upss... jangan practikan k! =p

      Padam
    7. hehehe kalolah ada perisa dalam dakwat tu xpe gak =P

      Padam
  3. Thanks kak farah share.. wawa biasa buang je.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama, Wawa. Lepas ni leh cuba resuscicate pen tu dulu. Dah nazak sangat baru campak :)

      Padam
    2. resuscitate? adik beradik rescue ke :-)

      Padam
    3. Yes, sis. Adik beradik rescue. Kita cuba nak revive/kembalikan orang yg unconscious atau tetiba flatline :)

      Padam
    4. recue tu adek beradik resuscitate... revive tu cousin die... =D

      Padam
  4. Good tips. Pernah buat kesemua cara di atas ☺

    BalasPadam
  5. best la tu dia nak cuti panjang. happy holiday Farrah. btw, kita suka tengok kerja kraf Farrah sebab kita pun suka crafting jugak , cuma bila ada anak ni, masa sangat sangat sangat terhad untuk buat bende tu semua.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy holiday to you too, DP. Thanks for ur support. Cuti ni dapat berholiday ke jadual penuh dengan baca journals? Tak pelah, DP. Nanti FL besar sikit boleh berkraf sekali dengan dia :)

      Padam
    2. Baca journal? hurmm..itu bukan holiday namanya huhu

      Padam
    3. Orang buat phd memang tak leh cuti mana. Banyak kerja...

      Padam
    4. ehhehehe.. takpelah.. bersusah dulu bersenang kemudian.. =p

      Padam
    5. buat thesis memang takleh lari lah dari journal.. yang buat mini thesis pun dah rasa nak botak kepala =P

      Padam
  6. pernah apply semua tu.. klu degil jugak masuk tong sampah jawabnya.. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah degil tak boleh buat cerita,...buangkan aja :)

      Padam
    2. hok degil2 ni usah di pedulikan dia hiksss

      Padam
    3. ade jugak pen yang tak makan saman.. haa tu case die dah revive skali pastu jadik lagi.. pastu nak revive lagi tak boleh diselamatkan.. masuk jela dalam tong sampah... hehe

      Padam
  7. bab sedut ni tak leh blah.. teringat muka dengan hidung kembang bila sedut.. haha..

    BalasPadam
  8. kalo saye buang tros r.. haha..
    ok pasni blh try tips ni..
    tQ!
    =)

    BalasPadam
  9. Dakwat pen SS banyak dah keras... Didih atas dapor gas boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh SS....boleh. Air didihan tu biar cover pen tu ye hahahah

      Padam
    2. pas2 minum airnya ya SS... insyallah lega la demam SS tu... hahaaha

      Padam
    3. Bukan setakat lega demam, boleh kasi up level kepintaran otak sikit...minum air dakwatlah katakan,...

      Padam
    4. Dakwat pen SS byk yg keras..ni simpan dalam peti sejuk ke hihhi

      Padam
    5. hahaha..kalau xckup tambah ja dakwat sotong tu

      Padam
    6. sis JM.. mybe dia dok ingat sotong kot sbb ada dakwat dlm tu..tu simpan dlm peti..hihi

      Padam
    7. simpan dalam peti sejuk.. ni kes tanak bagi kawan pinjam le tu.. hahahaha.. kawan nk pinjam cakap pen rosak.. hihihihi..

      Padam
  10. Dari sekolah dulu memang Cik Mimie guna tiga2 tips ni..hehehe :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak masa kecil2 pakai ball pen je. Bila dakwat sendu, terhegeh-hegeh bakar matanya :)

      Padam
  11. chomel cendawan tu.. suka juga pakai pen tu. dah kerja baru dapat beli kalau masa belajar dulu mampu tengok sebab xmampu.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hikhik comel? Thanks, eyja. Itu je pun yang reti lukis. Samalah kita, akak dulu time2 belajar memang mampu guna ball pen je. Dah ada duit sendiri baru merasa pakai segala macam pen :)

      Padam
  12. tertelan tu yg seriau i dengar..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaah don't worry. Setakat ni belum ada kes serius melibatkan orang tertelan dakwat pen lagi :)

      Padam
    2. Anizz : tak per tertelan..HALAL...ehh..halal ke kandungan dkawat pen :-)

      Padam
    3. ahaha kira halal la ahahha.. nak buat cem mane =p

      Padam
  13. terbaik la ambil terpahan buku skrap. mesti kreatif nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak de keatif mana, Hafiz. Buat isi2 masa je :)

      Padam
  14. kalu sedut trs msk ke mulut...acaner tu? ;-)

    BalasPadam
  15. alahhh... baru ja mmbuang pen2... dulu2 saya suka kumpul pen foc ni... simpan smpai skrg.. baru2 ni nk clear kn brg.. so try mana pen yg boleh digunakan ambik... yg xmau nak lekat dibuangkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pa. Lepas ni leh cuba cara2 kat atas dulu before buang :)

      Padam
    2. ZF : yg x mau nk lekat? nk lekat kat mana eheheeheh

      Padam
    3. ishh sis ni... pen yg xmau kuar dakwat la...

      Padam
    4. Pasni kalu buat BBQ boleh panggangkan sekali pen2 tu...

      Padam
    5. Jadikan skewer boleh gak. Dakwat pen dgn pen sekali cair meresap,..

      Padam
  16. Dulu time study suka kumpul pen macam2 warna nih..sekarang yang ada pen untuk menulis jelah..bagus tips nih, boleh cuba nanti..kekadang dakwat jadi semput2 tu, nak jer bagi dia sedut gas..kot ilang semputnya..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan orang je semput kan eyda,..pen pun tau semput gak :)

      Padam
    2. Eyda : itu nama nya pen byk berjasa..perlu 'maintain' dgn baik :-)

      Padam
    3. kak Farrah : itulah, selalunya orang yang selalu semput, ini pen pun pandai semput2 jugak.. nasib tak da klinik untuk pen..

      kak JM : sebab banyak berjasa, kena jaga baik2 kan..

      Padam
    4. SS pernah ke buat CPR kat pen? nampaknya kalau pen semput2 boleh suruh SS buat CPR laa..

      Padam
  17. baru tahuu. kak farrah ni kreatif sangat orangnyaaa ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni boleh try. Kreatif? Adoyaiiiii 'kre' pun tak sampai huhuhu

      Padam
    2. Nani : mmg kreatif kak Farrah ko ni itu sbb ada org tempah scrapbook...tgn berseni nih...otak pun kreatif dan berinovasi :-)

      Padam
    3. Alamak, sis jgn puji lebey-lebey...saya ni tahap beginner je. Ramai lg orang yg pro ;)

      Padam
  18. saya pernah juga cuba hembus angin di hulu pen tapi tak pernah pada mata pen. aiyark tertelan tak apa ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, kalau tertelan sikit tak pa. Tapi kalau tertelan sikit, rasa nak telan lagi,..ha itu bahaya ;)

      Padam
    2. aRz...jgn hembus mmg x berkesan...beli je yg baru heee

      Padam
    3. letak ja kipas angin la Arz Moha..byk angin sikit hihi

      Padam
    4. angin jangan di hembus... angin biarkan keluar secara semulajadi... He He He...

      Padam
  19. silap sedut kuat sangat tertelan dakwat tu hahaha

    BalasPadam
  20. Gel Pen? x pernah guna dan x pernah beli..biasa guna pen dakwat biasa itu pun setahun belum tentu habis sbb keje byk guna komputer heee

    BalasPadam
  21. tips no 3 selalu guna. sampai kadang tu bibir pun dah bewarna dakwat pen tu. hehe. tulisan akak cantik! :D

    BalasPadam
  22. apa ke nama patong hijau tu ea kak . suka tgk muka patung tu sebab muka dia blur tahap rasa nak kena sepak je muka tu . hahahaha

    BalasPadam
  23. Nice tips akak.. sejak dh tamat belajar ni pen2 semua terbengkalai dlm pensil box. Heheh

    BalasPadam
  24. Haha part bakar tu pernah buat. Geram sangat sampai apa pun xleh sbb terbakar sekali batang dia yg plastik. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun pernah alami macam tu. Dah tertakdir pen tu kena maduk tong sampah gak,.. :)

      Padam
  25. ohhh... baru tau ni kalo lalu kan kat jari boleh panas kan ink.. luna salu pinjam lighter kawan je panaskan.. heheh =p bergune betul tips kak farrah ni!!! tengkiuu!!

    BalasPadam
  26. hahahaha... haaa.. gelak besaq dah...

    akak yang no 3 tu macam tak gamak je nak buat...

    percuma tertelan ink...

    BalasPadam
  27. ehehe haruslah suka pen kaler2.. yang dari sekolah menengah pun ada lagi Kak Farrah tau.. kan ada kedai rm5 yang jual pencil case kain macam2 design tu.. beli borong sebab nak isi pen.. suka stabilo yang mata halus tu.. tapi tak ada motif simpan. just suka sebab kalerpul =)

    BalasPadam
  28. khaty selalu buat yang no 3..kalau tak jadi siap pasang lilin boh mata pen kat api,mesti dakwat kuar..jgn lama2 nanti terus terbakor..

    BalasPadam
  29. Tapi... gel pen tu tak beracun ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya tak. Tapi kalau nak ambil langkah precaution, lepas sedut pen, pergi kumur cepat2 :)

      Padam
  30. kalau ball pen biasa applicable tak ? sadis ~ banyak pen ink kedekut nak keluar

    BalasPadam
  31. Wow, tips yg sgt berguna! Akak kagum tengok 'contengan' dlm gmbr tu - cantik!

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.