Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu. Selamat bersantai dan beristirahat.
Kalian biasa atau tidak lihat buku tulis atau buku latihan anak-anak tercabut di bahagian tengah? Terpisah terus halaman dari buku. Biasalah, anak-anak kita ni… kadang-kadang terlasak lebih, terkasar lebih, buku dah tak jadi buku. Sakit mata juga tengok halaman yang tercabut tu. 😂
Inilah kerja saya petang semalam. Tolong baiki buku-buku anak seorang teman.
Buku yang telah siap dibaiki. |
Dahulu, semasa buat tuisyen, inilah kerja saya saban minggu. ‘Pulihara’ buku si cilik. Ada sahaja calon-calon yang datang dengan muka comel bawa buku. Jika buat begini, dapatlah kita satukan semula halaman-halaman yang tercabut. Tidaklah tercicir-cicir ilmunya.
Untuk baiki buku tulis yang muka suratnya ‘terpisah nyawa dari badan’, kita hanya perlukan pengokot (stapler), jalur kertas dan getah pemadam.
Ingin tahu lebih lanjut? Saya pernah tulis entri mengenainya suatu masa dahulu. Jemput baca di sini.
dulu2 sy pun buat macam ni... seronok tgk bla buku dah ok😁
BalasPadamp/s farrah apa khabar?
BalasPadamSaya belum pernah lakukan. Tapi kalo nanti buku anak2' ada saya lihat sobek, atau tercerabut, boleh lah saya ikuti tutorial kakak 👍
BalasPadam1 lg buku teks pun sy suka jugak pulihara semula... selalunya cover tertanggal atau uzur teruk.. kalau x boleh repair sy rela beli baru tuk anak²
BalasPadam