Selasa, November 14, 2023

Kad Ucapan Tahniah

Antara entri blog yang semakin jarang saya tulis ialah entri berkenaan seni dan kraf terutamanya kad ucapan handmade yang saya buat. Selalu lupa hendak ambil gambar hasil akhir. Kadang-kadang tu, gambar sudah ada… saya lupa tulis entri mengenainya.

Kad ucapan tahniah ini telah saya siapkan beberapa bulan lepas. Belakangan ini memang tidak ambil sebarang tempahan kad. Insya-Allah, apabila ada kelapangan kelak, barulah buka untuk tempahan semula.

Congratulations Card

Bahagian hadapan kad.

Tema kad tahniah ini bunga dengan gabungan pilihan warna hitam dan putih. Kad ini merupakan kad tiga panel. Saiz seperti kad ucapan biasa cuma ada ruang menulis yang lebih besar.

Bukaan kad yang pertama.


Bahagian dalam.

Kad tiga panel begini biasanya khusus buat yang hendak tulis dan sign ramai-ramai. Kad untuk teman pejabat ke… rakan sekolah ke… ahli keluarga ke… Jadi, pengirim-pengirimnya, bolehlah tulis ucapan panjang sedikit, ruang luas. Tak sesak berhimpit-himpit. Nak tulis sajak atau surat cinta pun lepas ni. ðŸ˜‚

12 ulasan:

  1. ya Allah...cantiknya sis...kita suka sgt kraf mcm nie...tp xd masa nk membuatnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mengapa. Cuci mata dahulu. Nanti ada kelapangan, idea dah ada… tahu2 siap je 😊

      Padam
  2. lama dah tak menghantar....walau kad raya sekalipun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang ni memang dah kurang trend hantar2 kan. Tengoklah kos mengeposnya pun berapa 😂

      Padam
  3. Comel dan menarik..
    Kalau buat kad ucapan perpisahan dari semua rakan sekerja, menarik nie..

    BalasPadam
  4. Bestnya ad material buat kad.......nice kak!

    BalasPadam
  5. Kreatiif kak ❤️👍. Memang beda rasanya menerima kad kalau dibuat aendiri kan. Terasa lebih personal. Saya tak sabar nak buat hal begini, jadi lebih suka beli saja 😅

    BalasPadam
  6. dulu-dulu zaman bercintan cintun sukalah buat DIY mcm ni.. lps tu x lah malas.. haha... org kreatif mcm farrah mmg suka benda DIY mcm ni kan?

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.