Stainless Steel Litter Box | Bekas Keluli Tahan Karat untuk Najis Haiwan Peliharaan | Sepanjang 13 tahun bela Yuri, saya memang tidak pernah ada masalah dalam menguruskan najisnya. Bekas najis Yuri kecil sahaja, tidak makan ruang. Beberapa kali tukar pun, bekasnya bekas plastik biasa. Tidak silap saya, bekas najis sekarang ini, Bott beli di Eco Shop sahaja.
Yuri pula jenis kucing tertib. Tiap kali melepaskan hajat, dia memang akan kambus habis-habisan. Jadi, bau hancing kencing dan bau najis jarang-jarang jadi isu di rumah. Kiranya, setakat untuk Yuri, tidak perlulah saya melabur beli litter box yang mahal-mahal tu.
Rhea 😺 |
Cekengah pun bising, kompelin hidungnya rosak kerana bau poo dan pee Rhea. Dia sampai consider untuk beli litter box automatik yang seribu lebih tu.
Stainless Steel Litter Box
Saya cuba cari penyelesaian untuk perkara ini. Melalui pembacaan di internet, rupa-rupanya kita disarankan guna bekas keluli tahan karat untuk litter box bagi mengurangkan bau yang mengganggu ketenangan hidung. Lagi-lagi untuk indoor cats.
Dipendekkan cerita, setelah survey punya survey, banding jenama, banding harga di Shopee dan Tiktok, hantar ‘proposal’ kepada tuan si Rhea… beberapa hari kemudian….
Tinggg!
Tempat poo dan pee baru Rhea dah sampai! Besar juga benda ni.
Stainless Steel Litter Box |
Setelah unboxing, beginilah rupanya.
Purr-fect! 👌 |
Harganya tidak silap saya dalam RM90.++. Tidak sampai seratus dan separuh daripada harga bekas keluli tahan karat jenama Pottycats tu. Berbaloilah, kan?
Saiz 60 x 40 x 20cm. Ada pilihan untuk beli bumbung sekali tetapi Cekengah tak beli. Serik! Bumbung-bumbung pun, bau busuk boleh menerobos keluar. 😂
Bekasnya sturdy. Rekaannya, boleh tahan. Cukup besar dan selesa untuk Rhea, tetapi agak tinggi untuk kucing berpangkat nenek seperti Yuri. 😂 Tak mengapa, Yuri. Yuri maintain guna bekas biasa ya.
Setakat beberapa hari guna memang ada perubahan yang ketara. Tiada bau-bauan kurang menyenangkan yang menyengat hidung atau mengancam kesejahteraan paru-paru.
Kiranya, saya boleh cakap, peratus bau ‘hacem’ tu menurun sehingga 80-90%. Kadang-kadang, saya tidak sedar pun kucing adik saya ni sudah melepaskan hajat. Kena goncang-goncang bekas baru perasan ada najis.
Alhamdulillah, masalah bau najis kucing di rumah berjaya diatasi dengan jayanya. Kalau kalian alami masalah yang sama, bolehlah pertimbangkan stainless steel litter box seperti ini. Saya turut letak sedikit deoderizer pada pasir kucing. Nanti, ada kesempatan saya kongsi produk itu pula.
ish ish ish engkau ni Rhea muka dah helokkkkk tp poo poo pee pee bau semerbak satu rumah pulakkksss hehehe
BalasPadamsekali tgk mcm bekas letak lauk catering tu pada halll hahahaha
BalasPadamko mmg kan rhea! sajaaa je buat org pening.
sik baik cun dari yuri!
larikkkkkkkkkkkk
hahahaha
Ooooo baru tahu kena cari bekas macam ini untuk kurangkan bau kekucingan especially najis dia ^^ thanks share!
BalasPadamAssalamualaikum sis, terima kasih share, boleh sampaikan solusi kat anak buah, baru teringait sabun stainless steel dari Daiso juga nyahkan bau. Amazing kan..
BalasPadamOhhhh saya jadi nak beli jugaaaaa 😍😍😍. Sebenarnya tak selalu kotoran anak2 bulu saya di rumah berbau. Lebih sering tak. Tapi terkadang pernah, apalagi ada anabul yg agak malas mengubur poo nya dia 🤣.
BalasPadamMacam2 memang tingkah mereka kan. Kayak manusia juga. Ada yg malas, ada yg rajin.
Nak juga lah tambah litter box stainless macam nih. Saya pakai yg biasa juga.
Hai kucing salam hangat
BalasPadamTu dia.. Bekas besi terus ye kak.. okaylah dah tak ada bau..
BalasPadamComelnya Rhea ni <3
BalasPadam