Resepi Mudah Ubi Rebus Goreng Berempah

Jumaat, Jun 07, 2024

Assalamualaikum.
Salam Jumaat. Apa khabar, semua?

Sebelum ini, saya pernah tulis mengenai menu sarapan ubi rebus goreng saya. Saya memang suka benar makan ubi kayu goreng. 

Ubi rebus goreng berempah
Dahulu, masa kecil-kecil, saya biasa makan ubi yang digoreng terus tanpa direbus dan dirempahkan. Itu sudah cukup sedap bagi saya meskipun adakalanya terdapat potongan ubi yang agak keras.

Ubi rebus dimakan dengan kelapa parut dan ikan masin, lagilah menjentik selera. Pilihan lain, kita lawankan ubi dengan sambal tumis ikan bilis. Sepotong dua tak akan cukup. 

Di bawah ini saya kongsikan resepi dan cara-cara untuk sediakan ubi rebus goreng berempah yang enak, rangup di luar, lembut isi dalamnya.


Resepi Mudah Ubi Goreng Berempah

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 - 3 batang ubi 
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng jeluk (deep fry)

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Ubi kayu dibuang kulitnya lalu dipotong lebih kurang 4 inci panjang.
  2. Setelah dibersihkan, rebus potongan-potongan ubi sehingga empuk. Tuskan. Biarkan sejuk. 
  3. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan biji ketumbar. Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga jadi pes perapan yang sebati.
  4. Belah ubi yang telah sejuk kepada 3-4 bahagian. Setelah itu, perap ubi dengan pes perapan yang dibuat sekitar 20 - 30 minit. 
  5. Panaskan minyak masak sehingga betul-betul panas. Goreng sehingga potongan ubi menjadi perang keemasan. 

Selain biji ketumbar, kita juga boleh menggunakan jintan manis dan jintan putih. Agak-agak sahaja sukatannya lebih kurang sama banyak dengan ketumbar. Kadang-kadang, saya turut masukkan kedua-dua jintan ini untuk perap ubi goreng saya.

Tetapi, jika ingin yang versi mudah, bawang merah, bawang putih dan serbuk ketumbar sahaja sudah memadai.

Psstt! Insya-Allah, hujung minggu nanti saya blogwalking ke blog kalian. Jaga diri!

13 ulasan

  1. morning dear...salam jumaat
    emm, dap nya.. MA pun suka makan ubi mcm ni..dap nak pulak kalau ubi tu jenis yg lembut kan..memang layan, cicah plak kuah kicap cili api...best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhh, cicah kuah kicap cili api! Ini memang boleh layan juga ni. Terus terliur bayangkan ubi dengan cili kicap. Yummehhh

      Padam
  2. kalau tak silap orang kelantan panggil ubi goreng ni tapai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ye ke… baca komen Anies ni tiba-tiba teringin nak makan tapai goreng!

      Padam
  3. Lamanya tak makan ubi. Ok jom cari xD

    BalasPadam
  4. Suka makan ubi goreng macam ni. Memang layan bila dah mula mengunyah..sedapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susah nak berhenti makan, kan? Auto tak berhenti mengunyah :)

      Padam
  5. Ok save duluuuu recipe nya 😍😍. Saya juga suka ubi goreng. Tapi jarang beli. Biasanya baru makan saat mudik ke Medan, mama yg buat 😄

    BalasPadam
  6. Selamat pagi. Mudah cepat dan simple

    BalasPadam
  7. Pergh!! Menu yang sedap bersama secawan kopi.. kikiki..

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.