Kudus Palestin - Lah Ahmad x Inteam

Isnin, Jun 10, 2024

Hari ini, seawal pagi hati sudah sayu mendengar lagu Kudus Palestin, kolaborasi antara Lah Ahmad dan InTeam. Lirik ditulis oleh Ito Lara manakala gubahan lagunya oleh ahli Inteam sendiri, Syah. Lagu dan klip videonya boleh ditonton di saluran Youtube Inteam Digital. Baru sahaja released petang semalam. Boleh juga dengar di platform muzik digital seperti Spotify.

Teruskan berdoa untuk mereka di sana ya kawan-kawan. 
Insya-Allah, ada dalam kalangan kita yang Allah angkat doanya.

Kredit Imej - Saluran Youtube Inteam Digital

Lirik Lagu Kudus Palestin - Lah Ahmad x Inteam

Lagu: Syah Inteam | Lirik: Ito Lara



Allah bersamamu Ya Palestin

bumi anbiya’ dan mujahidin

Dia hanya menguji dan menanamkan yakin

akhir zaman ini jalan syahid




Mereka tak pinta air mata

buat merungkai duka derita

cukup untuk mereka doa-doa yang kudus

yang lahir dari hati yang tulus




[Reff]

Terima kasih dunia, kau pedulikan Gaza

hingga bebas dan merdeka

pasti suatu ketika kita sujud bersama (sujud bersama)

aman di Masjidil Aqsa

aman di Masjidil Aqsa



اللهم إنا نجعلك في نحور اعداءنا Ya Allah, kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami ونعوذ بك من شرورهم dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم Ya Allah hancurkan kumpulan mereka dan pecahkan pakatan mereka وشتت کلمتهم وزلزل أقدامهم Leburkan pendirian mereka dan musnahkan langkah mereka وسلط عليهم کلبا من کلابك Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka يا قهار يا جبار يا منتقم يا الله Wahai yang Maha Memaksa, yang Maha Perkasa, yang Maha Membalas, Ya Allah


[Reff]

Terima kasih dunia, kau pedulikan Gaza

hingga bebas dan merdeka

pasti suatu ketika kita sujud bersama (sujud bersama)

aman di Masjidil Aqsa

aman di Masjidil Aqsa



Terus bermunajat dan berdoa

Carilah ibrah dan hikmahnya

Oh ada antara kita yang paling istiqamah

Al-Mujib menjawab doanya.


7 ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.