Minggu Baharu | Hold On to What Keeps You Warm

Isnin, Jun 10, 2024

Assalamualaikum.
Selamat memulakan hari dan minggu baharu!
Semoga semuanya lancar dan baik-baik sahaja untuk kita semua.

Hold On To What Keeps You Warm

Hold on to what keeps you warm. Saya suka kata-kata ini. Sebenarnya, saya jumpa scrapbook paper di Spotlight yang ada banyak quotes. Salah satu daripadanya quote inilah. Jadi, saya potong-potong dan buat penanda buku. 

This one is my favourite. Penanda buku untuk kegunaan junk journal saya.

Hold on to what keeps you warm
Jika ditanya secara spontan, what keeps you warm? Apa jawapan kalian? 

Saya akan jawab,  a cup of Joe. Kopi!

Kopi saya untuk pagi ini - a cup of flat white.


Tetapi, kita semua tahu, something that keeps you warm is more than just a cup of coffee. Ada banyak perkara lagi (bukan sekadar makanan atau minuman) … perasaan tenang, rasa composed and in control, perasaan dipunyai, tempat kegemaran, barangan peribadi yang disayangi… the list is endless. Berbeza ikut individu. Setuju, tak?


Berpagi-pagi dengan Anak Bulus

Selepas subuh saya dah sibuk menguruskan kucing-kucing sebelum saya mula buat urusan saya. Hari ini hari ambil dos imun dan timbang berat untuk kedua-duanya.

Yuri Van Houtten | 13 years old, 3.6 kg

Alhamdulillah, kucing senior saya ini sihat dan baik-baik sahaja. Berat maintain. Lepas selesai timbang, makan vitamin, dia sambung bobok. Ambal ini jadi port baru kegemaran Yuri sekarang. 

Rhea Cruzee | 1 year 10 months old, 5.05 kg

Kesayangan Cekengah ni membesar bagai johan. Datang pada saya dengan paws yang basah. Baru lepas main air di bilik air. 

Berat dah sama dengan satu pek beras Herba Poni Taj Mahal tu. Something that keeps her warm - food, wet food, kibbles, more food, sejadah Cekengah, cadar tilam yang  tegang berkemas dan makanan Yuri.

Okey, waktu untuk teruskan hari! Sebelum itu, tolong respons sedikit. What keeps you warm?


10 ulasan

  1. amboi...seronok ya dia duduk dekat cadar yang tegang...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha memang seronok… lagi2 dengan paw basah dia tu 😂

      Padam
  2. Teruslah upload pertumbuhan kucingkucing yang lucu. Sehat selalu

    BalasPadam
  3. Ini yg saya tak suka ni!
    kenapa rhea lg berat dr yuri? kenapaaaaaaa
    kenapaaaaaaa
    hahahahha

    BalasPadam
  4. Secawan kopi di pagi hari..
    Pelukan hangat dari Amani & Imani.. dan banyak lagi.. :)

    BalasPadam
  5. amboi Rheaaaaa sakan engko ye~

    BalasPadam
  6. Memang baca pun tenang ja hold on to what keeps you warm, minuman panas, lengan penuh beads, mata hala kehijauan, lepas tu ada ja orang panggey hehe.. sejuk gedi jadinya.. Rasa bersalah pula tak kemas cadar tegang🤭

    BalasPadam
  7. uihhhh bukan main lagi rhea punya berat ye. yuri tu walaupun dah tua maintain je berat. kamu jangan obese ye rhea.

    what keeps me warm? my husband ahahkssss...lari

    BalasPadam
  8. Samalaaah kak. Bagi saya kucing2 saya yg membuat hangat hati. Saat saya sedih , marah, kecewa, dengan memeluk mereka saja dah langsung reda semuanya. Mereka bagai magnet yg menarik semua sedih dan sakit hati 🩷

    BalasPadam
  9. Rhea ni kucing baru kak Farrah ke? Sebelum saya menghilang dulu, saya tahu Yuri je.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.