Beli Material untuk Jurnal dan Scrapbook

Rabu, Jun 05, 2024

Saya ni, kalau scroll TikTok, tidak sah kalau tidak teracun. Cadang hendak cuci-cuci mata sahaja. Tahu-tahu dah rambang mata, tersangkut beli beberapa item. 

Jumpa satu seller yang jual paper packs dan sticker cantik-cantik yang saya berkenan. Harga berpatutan pula tu. Setelah berperang dan rukyahkan diri sendiri supaya tidak terlalu galak masukkan item ke dalam ‘troli’, alhamdulillah, barang-barang yang saya beli masih boleh dikira dengan jari. 🤣

Inilah material baharu yang saya beli buat hias jurnal dan scrapbook.

Total 6 item sahaja 😊

Dua paper pad (Flora Collect),  mengandungi kertas bertema yang lawa-lawa. Cetakan kertasnya depan belakang. Tiga pek sticker bunga, termasuk pek paling kecil tu. Satu pek deco papers

Semua ini saya dapatkan di TikTok Shop - Eryns Creative Shop. Selain di TikTok, boleh cari seller ni di Shopee juga.


Deco papers

Deco papers begini memudahkan kerja hias jurnal atau scrapbook. Ada banyak rekaan kertas. Tinggal ambil dan letak gam, tampal-tampal buat layering pada journal spread.


Flora Collect Paper Pad


Paper pads ni memang cantik-cantik kertasnya. Total ada enam buku tidak silap saya. Tetapi, saya beli dua dahulu. Saya berkenan dengan paper pack yang warna pink, tetapi habis stok pula. Lain kalilah.

Ini contoh journal spread saya yang guna kertas dari Flora Collect.

Rise up and stand tall in what you do.


Happy with my purchase. Berbaloi-baloi!

9 ulasan

  1. Menarik...ada sesetengah orang memang minat dengan kerja2 halus , creative dan comel ni...macam SA suka tapi SA x creative bab ni...

    BalasPadam
  2. cantik2... MA pun suka tgk but x kreatif la plak bab tu ..

    BalasPadam
  3. paper pads ni material dia macam mana? lebih tebal daripada kertas biasa ke? ke ada ciri-ciri yang lebih menarik berbanding kertas biasa?

    BalasPadam
  4. geram kan...dulu2 linda pun termasuk dalam golongan nie lah...hihihi..skang tak boleh dah, anak nampak je, merata dia lekat...

    BalasPadam
  5. NIce..Dah lama x buat journal..Kena cari semula buku journal sy tu =)

    BalasPadam
  6. Ana pon jenis mudah terachunnn jugakkk hehehe

    BalasPadam
  7. sy pun tgah tunggu material jurnal sampai... tak sabar nak buat jurnal

    BalasPadam
  8. Salam hangat, semoga terus konsisten dan sehat selalu

    BalasPadam
  9. Aissssh saya bersyukur juga tak hobi jurnaling.🤣. Krn memang deco papers utk journaling ini menggoda mata sangaaat 😄😄😍. Kemarin itu saya ke KKV store dan pusatnya lah Deco journaling di sana. Ya Allah Rambang mata.. yg tak nak journaling pun jadi macam suka lihat aneka Deco nya 🤣😄

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.