Tips Dapur - Cara Simpan Halia, Kelapa Parut dan Susu

Rabu, Ogos 25, 2021

Hari ini saya ingin kongsi semula beberapa tips penyimpanan bahan-bahan masakan seperti halia, kelapa parut dan susu segar supaya tahan lebih lama. Faham-faham sahajalah dengan situasi semasa, kita masih tidak boleh kerap keluar untuk dapatkan barang dapur dan keperluan harian. Maka, bahan apa yang boleh dipanjangkan hayat dengan cara penyimpanan tertentu, kita usahakanlah ya. 


  • Halia

Di rumah ini, kami memang suka guna halia baik dalam masakan mahupun minuman. Jadi, insya-Allah tidak akan berdepan dengan masalah halia lama terbiar tidak digunakan sehingga mengecut dan mengering. Disebabkan banyak guna halia,  saya biasanya akan beli halia dalam kuantiti yang banyak (lama sikit nama halia tidak akan muncul dalam shopping list) dan lakukan seperti di bawah ini.

  1. Kupas kulit halia dan bersihkan.
  2. Masukkan ke dalam plastik pembungkusan makanan seperti plastic Ziploc atau bekas yang sesuai.
  3. Simpan di dalam peti dingin beku. Apabila hendak digunakan, keluarkan halia dan parutkan halia ke dalam masakan. 


  • Kelapa parut

Secara peribadi, saya lebih gemar menggunakan santan yang diperah sendiri dari kelapa parut berbanding santan di dalam kotak atau santan serbuk. Terserah pilihan masing-masing. Santan kotak dan santan serbuk mudah disimpan dan sedia digunakan. 

Saya sendiri akan simpan beberapa kotak santan kotak sebagai stok. Bilamana rasa malas atau  habis kudrat hendak perah santan, kita gunalah sesuatu yang convenient. Tetapi, santan serbuk yang kena bancuh air sebelum digunakan itu saya memang cuba elak. Untuk hasilkan santan serbuk, pengeluar akan letak maltodextrin ke dalam produk. Tak mahulah tambah kandungan gula yang tidak perlu ke dalam makanan kita. 

Berbalik kepada kelapa parut, lihat apa yang saya lakukan  agar kelapa parut tahan lebih lama.


Baca juga: Kiub Cili untuk Memasak


  • Susu

Susu, tidak kiralah sama ada susu pasteur, steril atau UHT, sebaiknya disimpan tidak lebih 3 atau 4 hari di dalam peti ais setelah dibuka. Ini bagi mengelakkan kita daripada terkena keracunan makanan dengan minum susu yang rosak.

Dengan isi rumah sekarang yang hanya dua orang, agak mustahil untuk kami habiskan sekotak 1 liter susu dalam tempoh tersebut. Guna untuk masuk dalam kopi, teh, overnight oat dan puding biji chia banyak mana sangatlah kan. Bila angin suka minum susu datang okeylah, tetapi apabila sebaliknya ... lama susu sejuk tidak berusik. Jadi, ini yang saya lakukan.

  1. Setelah kotak susu dibuka, bahagikan 1 liter tu kepada dua atau tiga bahagian bergantung kepada penggunaan kalian. Masukkan ke dalam botol bersih atau bekas bertutup dan selebihnya dibiarkan di dalam kotak.
  2. Bahagian susu yang akan digunakan dalam masa terdekat disimpan dalam peti sejuk manakala yang lain kita dinginbekukan. Susu akan membeku dan boleh tahan lebih lama.
  3. Setelah susu di peti sejuk habis digunakan, pindahkan susu beku kita ke peti sejuk. Biar susu mencair perlahan-lahan sehingga sedia untuk digunakan.


 Semoga bermanfaat!

15 ulasan

  1. Bagus tipnya, sama dengan yogurt, bahagikan letak di atas bahagian beku,sejak beli yogurt tanpa rasa, tak ramai yang serbu hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sesuai juga untuk yogurt. Hahaha yogurt asli tak laku ye... tak kena serbu.

      Padam
  2. Bagusnya tipd-tips ni. saya pun tak tahu macam mana nak simpan halia dengan betul.

    BalasPadam
  3. Ok bagus. Memang susu segar itu kena pastikan memang betul-betul hendak minum. Ada tips bolehlah kalau rasa lambat habis.

    BalasPadam
  4. Terima kasih kongsi tips. Setuju, sebenarnya memang suka guna kelapa parut untuk dapatkan santan. Cuma nak cepat, on je santan kotak.

    BalasPadam
  5. Good info. X pernah simpan halia mcm tu. Boleh cuba ni. Sebab kalau terbeli halia tua cepat dan mudah rosak.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. tips yang berguna.. tq kak farah sudi berkongsi..

    BalasPadam
  7. Saya ingatkan halia kalau dibiar dengan kulit akan tahan lebih lama. Rupanya tidak. Thanks share. All 3 tips menarik. Santan serbuk tu tak pernah guna.

    BalasPadam
  8. Tips yang bermanfaat. Berguna cara simpan macam ni mengikut kekerapan kegunaan tu. Macam saya jarang guna halia. Beli pun dalam kuantiti sikit jelah. Susu pulak beli jenis pek air kotak biasa tu. Senang nak gunakan untuk masak atau minum. Tapi kurang jimat sebab harga pek besar lagi berbaloi. Datang mood nak minum susu lebih beli pek besar tapi habiskan segera.

    tq share tips ni kak farrah :)

    BalasPadam
  9. Tq Farrah. Kak Amie pun suka beli halia banyak-banyak. Halia muda dan halia tua.
    Oooo untuk tahan lama rupanya kena kupas kulitdan simpan dalam freezer. Tq for sharing ya.

    BalasPadam
  10. Guna zip bag senang je kan. jimat ruang juga dari guna container

    BalasPadam
  11. Nice sharing kak farrah! Saya biasa letak gitu je halia dalam plastik dan dalam peti sejuk bahagian sayur sayur tuuu hehehe. Kelapa parut jauh sekali sebab selalu guna santan dalam kotak.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.