Baru-baru ini, ada rezeki kami dapat pau frozen. Saya pun dengan gembiranya menunggu pau sampai ke depan pintu rumah. Sewaktu hendak masuk semula ke rumah, adalah pula si Dobuli. Kucing yang kami gelar Dobuli ini kekasih tak dianggap si Yuri. 😂 Seperti biasa Dobuli tidak pernah putus asa dengan percubaan-percubaannya untuk masuk rumah.
Struggle jugalah saya di pintu gelangsar nak mengelak Dobuli dan pada masa yang sama cuba menghalang kucing tu daripada lolos masuk. Umpan dengan makanan treat pun tak jalan!
Malangnya, setelah berjaya masuk, pau-pau di tangan saya yang diisi di dalam beg kertas bobos satu per satu jatuh ke lantai. Menjeritlah saya "5 second rule! 5 second rule!" sambil sibuk mengutip 8 biji pau yang bergelimpangan. Mujurlah pagi tu Bott baru lepas sapu dan mop kawasan depan pintu. Kira boleh diterima pakai konsep 5 second rule saya hahaha
Inilah pau bobos saya. Ada pau kaya, pau kacang, pau rendang ayam dan yang paling istimewa pau bolognese. Saya paling teruja hendak rasa pau bolognese. Dok bayang kombinasi roti pau yang lembut dengan inti daging bersos bolognese yang masam-masam manis ... lazatnya!
Makan tengah hari merangkap minum petang saya. Dua biji pau bolognese dan sebiji pai ayam cendawan. Alhamdulillah, dua-dua sedap.
Pau bolognese menepati jangkaan saya. Inti banyak, rasa masam manis dan peppery sos bolognese seimbang. Memang puas hatilah! Cuma saya kurang pasti sama ada ini saiz sebenar pau atau boleh jadi lebih gebu.
Saya sebenarnya baru beli ketuhar gelombang mikro yang ada pelbagai fungsi termasuk gril dan kukus. Malas hendak guna pengukus biasa, ini pertama kali saya guna fungsi kukus pada ketuhar tersebut untuk kukus pau. Jika diikutkan, pau sudah lembut dan dikukus sempurna. Mungkin boleh gebu lagi kalau saya tambah masa kukusan atau memang saiznya begitu. Apa pun, gebu atau tak cukup gebu, pau sedap ini dah selamat masuk mulut.
Tiba-tiba rasa macam nak cari stok pau frozen buat makan-makan. Sekarang ada pelbagai perasa pau di pasaran selain daripada perasa biasa seperti kaya dan kacang merah. Ada keju, BBQ, cendawan, marinara dan macam-macamlah. Kalian suka pau perasa apa?
Hahaha. 5 second rule tu entahlah betul atau tidak tapi ramai percaya termasuk saya. Peminat Yuri punya pasal lah ni sampai bobos beg kertas
BalasPadamHahaha! Samalah kita. Walaupun hakikatnya by the time akak habis kutip pau-pau tu, 5 saat akak dah lapsed 😂
PadamPeminat Yuri yang ini memang susah sikit nak handle.
Macam-macam versi pau diolah tapi yang pasti nampak sedap.
BalasPadamSuka dengan isi pau moist camtu, tengok gambar mengundang rasa betul, hehehe :)
Tak pasal bergelimpangan pulak segala pau selepas struggle nak masuk berjaya. Lawak kak 5 second rule tu. Haha..kalau makanan jatuh cepat cepat ambil dan tiup. Kadang terlebih 5 saat sebab dok fikir lagi nak ambik ke x.
BalasPadamRare inti bolognese. Sebagai peminat bolognese, saya rasa mesti akan suka kot. Frozen food ni beli banyak sikit buat stok okay jugak. Mana nak kena dengan selera boleh restock kan.
Sedapnya.. Memang suka sangat kalau bolognese macam ni.
BalasPadamBeraneka pau sekarang ni, ada tertonton dalam tv, belum merasa lagi, tentu sedap, pau lembut diisi dengan isi yang sedia femes dan digemari ramai.. Pau pun naik saham kan..
BalasPadamsedapnya pau
BalasPadamsatu kelainan pau
biasa suka pau kaya je cik nur ni
Luaran citarasa nusantara, di dalamnya rasa Barat.. Fuh!
BalasPadamSaya suka pau dengan kacang merah.
BalasPadamMenarik inti bolognese sebab suka sos bolognese.
Fuhh terliur tengok . Dah pernah rasa semua pau kaya, ayam daging, tapii tapiiii pau bolognese ni belum cuba ..mana ada jual ni . Hehe
BalasPadamlama xmakan pau...suka pau kacang merah..mama buat niaga stock frozen
BalasPadamSedapnyaaa
BalasPadamLama tak makan pau
ya Allah sedapnyaaa, i really love bolognese. saya belum pernah jumpa lagi orang buat pau bolognese ni.
BalasPadamingat lagi masa zaman dulu viral pau bentuk cendawan tu, isi dalam dia creamy2 rasa macam kuah carbonara atau sup cendawan. saya suka gila pau inti tuu. tapi sekarang dah lama tak jumpa :(
Wah.. Pau blognese... Kalau ada jual di sini pasti sha beli.. hehehe..
BalasPadamNampak bolognese tu pun dah macam perghhhhhh confirm sedap.
BalasPadamDari dulu sampai sekarang still guna rule tu kann. Apa apa jatuh mesti cecepat kutip sebab kuman tak sempat naik hahahaha.
BalasPadam