Puding Biji Chia untuk Sarapan dan Pencuci Mulut

Khamis, Ogos 26, 2021

Biji chia atau chia seed banyak manfaatnya untuk kesihatan. Mengandungi serat, antioksida, Omega-3, protein dan pelbagai vitamin dan mineral, pengambilan chia seed baik untuk jantung, sistem pencernaan, otot dan tulang, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan membantu kita mendapatkan kulit yang lebih sihat.


Disebabkan khasiatnya, tidak hairanlah jika biji ini selalu dimasukkan ke dalam diet pemakanan harian.

Contoh hidangan mudah yang menggunakan biji chia:

  1. Air chia seed. Masukkan chia seed ke dalam minuman kalian. Air kosong, jus buah segar, air lemon, kopi atau teh tanpa gula dan biar seketika sehingga chia seed kembang. Saya suka buat teh dengan sedikit parutan halia atau hirisan lemon. Segar dinikmati dingin. Oh,  lagi satu, jadikan salah satu bahan untuk lai chi kang pun sesuai.
  2. Taburan di atas roti bakar atau salad. 
  3. Puding biji chia

Di bawah ini, chia seed pudding saya.

Cara penyediaan puding biji chia amat mudah. Kita rendam biji chia dengan susu dan biar sehingga biji chia mengembang sehingga membentuk tekstur seperti puding. Ada pelbagai resepi puding biji chia dengan kepekatan dan tekstur berbeza. Di bawah ini resepi asas chia seed pudding yang kena dengan selera saya.

Resepi Chia Seed Puding

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu besar biji chia. Saya selalu beli biji chia di Mahnaz Food. Boleh dapatkan di Lazada atau Shopee
  • 1/2 cawan susu
  • bahan-bahan tambahan seperti hirisan buah, granola dan pemanis pilihan

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Tuang susu ke dalam mangkuk atau botol kaca kecil. 
  2. Masukkan biji chia dan kemudian kacau sebati.
  3. Biarkan seketika pada suhu bilik selama 5 - 10 minit untuk beri ruang biji chia mengembang dan serap susu. 
  4. Kacau lagi keseluruhan campuran susu dan biji chia sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
  5. Sejukkan sekurang-kurangnya empat jam atau semalaman sebelum sedia untuk dinikmati.

Saya memang akan sediakan puding kosong begini sahaja. Apabila hendak makan barulah saya letak bahan-bahan lain. Ini bahagian untuk satu orang. Tetapi, saya lebih suka bahagi dua untuk dua kali makan.


Pelbagai Olahan Resepi Chia Seed Pudding


  • Epal dan Kayu Manis
Dalam gambar di atas, itu puding biji chia epal dan kayu manis. Guna resepi asas. Kemudian, letakkan 1/2 biji epal hijau yang dipotong dadu, 1/2 sudu teh serbuk kayu manis. Saya tidak guna sebarang pemanis. Ambil manis susu dan epal sahaja. Jika mahu, boleh masukkan madu atau sirap mapel sesuai selera.

  • Coklat dan Pisang
Untuk puding biji chia coklat dan pisang, saya buat sekali harung. Jika biji chia sudah mengembang baru nak masukkan serbuk koko, sukar pula nanti nak larutkan serbuk koko. 

Guna resepi asas. Masukkan satu sudu besar serbuk koko. Kacau sehingga serbuk koko larut sekata. Masukkan hirisan pisang dan pemanis pilihan jika mahu. Setelah itu, barulah dimasukkan bancuhan puding ke dalam peti sejuk.

Apabila hendak makan, boleh tambah hirisan pisang lagi.

Maaf, messy sedikit. Dah sedap menyuap baru terfikir nak ambil gambar. 😅

  • Strawberi dan Krim Keju
Ini pula seolah-olah kita makan strawberry cheesecake. Guna resepi asas. Sudukan puding ke dalam gelas atau mangkuk kecil. Lapiskan dengan sedikit krim keju dan hirisan strawberi. Ulang langkah yang sama sehingga gelas penuh. Letak beberapa hirisan strawberi di atas puding dan lelehkan sedikit madu.



Puding biji chia sesuai dibuat sebagai menu sarapan atau pencuci mulut. Penggunaan susu boleh dipelbagaikan. Tidak semestinya guna susu segar. Susu coklat boleh, susu oat, susu badam, santan pun sedap! Saya kalau hendak beri ganjaran manis berlemak buat diri, saya akan buat puding biji chia coklat dan pisang guna santan. 

Selamat mencuba!

Pstt! Saya blogwalking ke blog kalian nanti ya. Sekarang tak ada angin nak tinggal komen sebab apabila pakai telefon, komen tak muncul.



22 ulasan

  1. Menu ni nampak menyelerakan kan . Chia seed pun ada juga khasiat tertentu untuk tubuh badan . Boleh cuba laa menu ni

    BalasPadam
  2. Menarik ni, lazat dan berkhasiat juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting, mudah untuk masuk dalam menu 😁

      Padam
  3. Chia seed terkenal dengan khasiatnya, jadi puding bercoklat, keju, sejuk segar, tergoda pula..

    BalasPadam
  4. Oh dalam kopi boleh letak rupanya.
    Kalau ada nanti boleh letak dalam kopi susu :)
    Haha masa adik perempuan ada di rumah sebelum ini tidak tergerak untuk minta chia seed daripada dia.

    BalasPadam
  5. wah byk betul menu guna chia seed eh....
    slalu beli yg letak dalam minuman je

    BalasPadam
  6. menggoda betol..
    kena try lps ni.. chia seed mmg byk khasiat..
    xrugi kan kalo try.. ihihih

    BalasPadam
  7. Nampak sedap .... bw malam2 sebelum tido lapar pulak jadinya. Haha

    BalasPadam
  8. Selalu confused chia seed dan selasih. Best pulak tengok olahan resipi chia seed kak Farrah ni. Kena mencari stok chia seed dulu lah. Betul lah kak, kalau guna phone komennya tak muncul. Buat penat dan hilang mood je. Kejap tadi ada tinggalkan komen yang terus appear guna dekstop, bila refresh hilang pulak komen tu. Pulak dah. buat hal kotak komen ni kan.

    BalasPadam
  9. Simple je nak membuatnya. Saya terpikat yang coklat dan pisang tu walaupun gambarnya comot

    BalasPadam
  10. Tak pernah cuba. Nampak macam sedap.. Boleh cuba ni.. sebab simple..

    BalasPadam
  11. wow chia seed! makanan diet xD rasa macam makan biji selasih

    BalasPadam
  12. chia seed pun boleh dijadikan menu yang sedap..
    menarik idea resepi akak nie..

    BalasPadam
  13. Macam2 ya boleh buat dengan chia seed ni. Sellau uat air je. letak dalam sirap heheh

    BalasPadam
  14. Chia seed ni sama ke dengan telur katak kak farrah? Selalu tertukar ke sama aje hahahaha. Nampak sedappp la yang coklat pisang tu walaupun messy gambarnya. Malam malam tengok entri ni, bergendang pulakk perutnya >.<

    BalasPadam
  15. Menarik..nampak sedap dan pastinya berkhasiat kan..

    BalasPadam
  16. Sejak habis botol pertama tahun lepas kot.. Ammi lupa nak top up. Kena cari semula sbb mmg suka letak dlm air.. Rasa mcm bijik selasih gitu

    BalasPadam
  17. rasa ingin pula nak mencuba..

    nampak macam sedap

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.