2021 tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tik tok tik tok. Dari kelmarin saya sibuk hias planner untuk digunakan. Memandangkan saya lebih gemar guna planner yang kosong (berbanding yang ada banyak ciri-ciri tambahan seperti monthly cashflow, goals, inspiring quotes and etc), sekaranglah masanya untuk set up planner supaya boleh digunakan ikut kesesuaian saya.
Selain ruang To Do List, saya juga ada cetak beberapa lembaran sebagai inserts tambahan seperti Fitness Journal, Gifts Tracker, To Blog List dan yang paling penting, satu ni - Jadual Qadha Solat.
Ini Jadual Qadha Solat bulanan. Saya tidak pasti siapa/pihak mana yang hasilkan jadual ini tetapi saya peroleh jadual ini melalui perkongsian di Facebook beberapa tahun lepas. Credit goes to the original owner. Moga Allah memberikan ganjaran yang berlipat ganda atas perkongsiannya ini.
Berbalik kepada qadha solat, saya perlukan jadual ini supaya saya dapat keep track berapa solat yang saya dah ganti untuk setiap bulan. Dulu-dulu, waktu muda zaman belajar, banyak tinggal solat terutamanya solat subuh. Malam selalu tidur lambat, jadi subuh memang lau lah. Kalau dapat bangun untuk subuh pun, orang-orang dulu kata subuh gajah! Itu belum kira solat yang bolong, versi catuk ayam dan yang tidak sempurna perlaksanaannya.
Jadi, sementara ada masa dan nyawa ini, gantilah mana yang mampu. Ini hutang dengan Allah. Seingat saya (ikut apa yang pernah saya pelajari), jika kita tahu bilangan solat yang perlu digantikan, hendaklah qadha solat mengikut bilangan tersebut. Tetapi, jika tidak pasti bilangan yang tepat, bolehlah kita buat anggaran bilangan solat yang tertinggal. Buat perkiraan bermula sejak akil baligh, gantikan secara berperingkat. Apabila sudah yakin bilangan solat yang diganti telah mencukupi, barulah berhenti.
Bilakah waktu yang sesuai untuk qadha solat? Tidak ada waktu yang tertentu. Boleh dilakukan pada bila-bila waktu. Lazimnya, saya jadikan rutin untuk qadha satu solat setiap kali selesai satu solat fardhu. Misalnya, selepas solat Zuhur, saya akan cuba qadha satu solat Zuhur. Jika ada masa, gantilah beberapa solat lagi. Sesudah itu, tanda tick pada ruangan di jadual qadha solat. 😊 Mudah dan lebih sistematik bukan?
Jom kita sama-sama qadha solat!
Intai juga entri Countdown 2021 yang lain:
Supaya tidak terlupa jumlah tertinggal atau sudah digantikan.
BalasPadamBetul. Bab lupa tu yang nak kena ingat hahahah
Padamtq for sharing
BalasPadamMy pleasure, mama tisya 😊
PadamTerima kasih perkongsian yang sangat bermanafaat. Nak follow jadual macam tu jugaklah.
BalasPadamMrs. A pun pernah dengar pasal qadha solat ni tapi tak ingat dari ustaz mana bila cari balik dah tak jumpa. Semua solat yang kita tertinggal dari zaman akil baligh wajib qadha Allahu semoga kita sempat bayar hutang-hutang tu
Jom sama-sama kita qadha mana yang mampu, Mrs. A 😊
Padambagusnya template qada solat ni... semoga bertambah pahala owner yg membuatnya
BalasPadamMudah-mudahan owner template akan memperoleh ganjaran berlipat ganda daripada Allah.
Padambagus inisiatif mcm ni... semoga pencipta jadual ni beroleh sedekah jariah berpanjangan...
BalasPadamAminnn. 😊
Padam