Countdown 2021 - Book Challenge

Selasa, Disember 29, 2020

Bagi kalian yang gemar membaca, apa kata untuk 2021, kita buat Book Challenge? Saya suka juga buat Book Challenge atau turut dikenali sebagai Reading Challenge ini. Tetapi, disebabkan sibuk yang entah apa-apa, sudah beberapa kali cabaran ini terkandas di tengah jalan. Tahun lepas tak buat langsung! Tahun sebelumnya, saya cuba buat Goodreads Reading Challenge, konon-konon hendak ikut jejak dinda Sha Mohamed. Baca buku tu baca. Masalahnya, satu buku pun saya tak log dekat Goodreads. Akaun Goodreads saya pun dah berkurun saya tak masuk. Maka, sampai ke sudah saya masih di titik mula.

Jadi, tahun ini pasang tekad untuk melaksanakan Book Challenge dengan jayanya. Saya akan cuba baca sebanyak buku yang boleh mengikut senarai cabaran yang ditetapkan. Senarai mana? Terpulang. Ada banyak book challenge dan reading challenge yang kalian boleh ikut. Seperti beberapa tahun dahulu, saya selesa memilih cabaran yang dianjurkan oleh POPSUGAR. 

2021 POPSUGAR Reading Challenge.


Di bawah ini senarai buku yang perlu dibaca untuk melengkapkan cabaran ini. In case gambar di atas kurang jelas.


2021 POPSUGAR Reading Challenge

  • A book that's published in 2021
  • An Afrofuturist book
  • A book that has a heart, diamond, club, or spade on the cover
  • A book by an author who shares your zodiac sign
  • A dark academia book
  • A book with a gem, mineral, or rock in the title
  • A book where the main character works at your current or dream job
  • A book that has won the Women's Prize For Fiction
  • A book with a family tree
  • A bestseller from the 1990s
  • A book about forgetting
  • A book you have seen on someone's bookshelf (in real life, on a Zoom call, in a TV show, etc.)
  • A locked-room mystery
  • A book set in a restaurant
  • A book with a black-and-white cover
  • A book by an Indigenous author
  • A book that has the same title as a song
  • A book about a subject you are passionate about
  • A book that discusses body positivity
  • A book found on a Black Lives Matter reading list
  • A genre hybrid
  • A book set mostly or entirely outdoors
  • A book with something broken on the cover
  • A book by a Muslim American author
  • A book that was published anonymously
  • A book with an oxymoron in the title
  • A book about do-overs or fresh starts
  • A magical realism book
  • A book set in multiple countries
  • A book set somewhere you'd like to visit in 2021
  • A book by a blogger, vlogger, YouTube video creator, or other online personality
  • A book whose title starts with "Q," "X," or "Z"
  • A book featuring three generations (grandparent, parent, child)
  • A book about a social justice issue
  • A book in a different format than what you normally read (audiobooks, ebooks, graphic novels)
  • A book that has fewer than 1,000 reviews on Amazon or Goodreads
  • A book you think your best friend would like
  • A book about art or an artist
  • A book everyone seems to have read but you
  • Your favorite prompt from a past POPSUGAR Reading Challenge


Advanced

  • The longest book (by pages) on your TBR list
  • The shortest book (by pages) on your TBR list
  • The book on your TBR list with the prettiest cover
  • The book on your TBR list with the ugliest cover
  • The book that's been on your TBR list for the longest amount of time
  • A book from your TBR list you meant to read last year but didn't
  • A book from your TBR list you associate with a favorite person, place, or thing
  • A book from your TBR list chosen at random
  • A DNF book from your TBR list
  • A free book from your TBR list (gifted, borrowed, library)


Kalau dilihat dari senarai cabaran ini, sukar juga hendak cari buku yang menepati kriteria tertentu. Misalnya, buku yang tajuknya merupakan oxymoron atau yang latar masa sepenuhnya di luar (outdoor). Tetapi, tidak mustahil, bukan? Target saya, jika tidak mampu lengkapkan cabaran ini secara menyeluruh pun ... sekurang-kurangnya,  bilangan buku yang saya baca pada 2021 mesti lebih banyak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dapat cross off 70% daripada senarai di atas pun kira OKlah.

Nanti kalau rajin, buku-buku yang saya dah baca bolehlah buat entri. 😊


Psst! Lelaki Langit Bumi qualified untuk 'A book set in multiple countries'. Hehehe aci tak baca buku sendiri? 

16 ulasan

  1. Mrs. A awal-awal lagi dah surrender kalau kisahnya reading challenge memang tak menang lah jawabnya huhuuuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe it’s ok, Mrs A. Boleh jadi cheerleader untuk saya, bawa pompom dan sepanduk 😊

      Padam
  2. tgk list tu mmg mencabar betol... kalau farah accept challenge tu kakmim akn support bg cdgn buku je boleh? hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecil tapak tangan, tower blog saya tadahkan, Kakmim! Sarananmu amat kualu-alukan 😘

      Padam
  3. Unik dan pelbagai genre. Hehe.

    BalasPadam
  4. Banyak juga kategori buku/genre nak kena baca ye? Good luck!

    BalasPadam
  5. Wah.. cabaran yang menarik nie kak.. Nak joint jugalah.. Hehehe..
    Boleh baca lagi sekali LLB ini.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom...jom. Mari kita buat reading challenge sama-sama 😄

      Padam
  6. chaiyok chaiyokkkkk!! x dpt kalahkan sha dpt baca 100 buah buku thn ni pun dah kira hebat tu hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Anies. Semangat nih ada tukang sorak 😂

      Padam
  7. Wah.. Good luck kak Farrah. Nanti share progress la dari time to time. Nak join taklah, tapi mana tahu boleh contribute suggest buku ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks so much, Sal. Insya-Allah, will do. Harap ada progress dan tak kandaslah. Yes, sarananmu amat kualu-alukan!

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.