Rabu, Januari 06, 2021

Dapat Jurnal Libresse Percuma

Antara entri hujung tahun saya sebelum ini ada cerita tentang planner dan jurnal untuk 2021. Hari ini masuk cerita jurnal lagi. 🤗 Saya dapat sebuah jurnal cantik melalui pembelian Libresse hujung tahun lalu. Saya beli ketika flash sale untuk produk berkenaan di Lazada. 

Saya selalu barang-barang pakai dan keperluan harian akan masukkan dalam cart siap-siap. Mudah sedikit hendak dapatkan good bargain sambil jaga kelangsungan stok hehehe. Kebetulan saya masih miliki baucar penghantaran percuma yang belum digunakan. Lancar sahajalah jari jemari ini menekan butang 'Check Out'. Masa tu tak perasan pun ada hadiah percuma dengan pembelian. 

Barang dah sampai baru saya perasan ada extra item as free gift. Senyum sampai telinga tengok jurnal baharu. Cantik pula tu! Bertambah stok buku contengan saya. 

Libresse keluarkan tiga rekaan berbeza. Saya dapat yang ini.

Berkulit keras, bersaiz sederhana kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Tang cover tu yang mahal! Holografik tu! 😁

Apa yang lebih menarik, kita bukan setakat dapat buku percuma. Jurnal ini dilengkapi sekali dengan kertas bercorak dan pelekat yang boleh digunakan untuk menghias jurnal.

Tengok ni. 👇🏻

Bagi hantu kertas seperti saya, tentulah teruja dan mula berkira-kira dalam kepala hendak buat apa dengan jurnal yang satu ini.

Secara peribadi, saya suka jurnal percuma libresse sebab rekaannya yang cantik dan manis. Sebelum ini saya pernah dapat satu pada tahun 2018. Boleh lihat reka bentuk di entri ini. 

Disebabkan cantik dan comel, rasa-rasanya jurnal ini saya hendak gunakan untuk kelas menulis saya. Tidak pun saya jadikan commonplace book. Tulis quotes menarik yang saya jumpa melalui pembacaan. 

Bagi yang suka tulis planner dan jurnal tu, dah mula hias jurnal kalian?

14 ulasan:

  1. Sesuai untuk yang suka hias dan tulis.
    Saya sudah tulis dalam planner saya. Saya tidak hias sebab planner itu sudah cantik.

    BalasPadam
  2. librese selalu bagi free gift yg best² kan? kotex pun sama.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kadang2 saya decide nak beli Kotex atau Libresse berdasarkan free gift yg ditawarkan. 😂

      Padam
  3. x dinafikan mmg cantik... puaslaa nnt menulis mcm2 dlm planner tu hahahaha

    BalasPadam
  4. Bestnya! Saya dapat planner prudential je. Cukuplah tu. So far hari-hari tulis. Harap istiqamah dan semoga takde halangan macam PKP yang boleh potong mood rosakkan semua plan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, mari kita sama-sama istiqamah! 💪🏼💪🏼💪🏼

      Padam
  5. Cantik dan comel planner libresse ni. Memang sayang nak menulisnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu itulah dilemanya bila dah cantik sangat. Sayang nak guna 😂

      Padam
  6. Cantik jurnal tu.. Best dapat as freegift kan. Hehe.

    BalasPadam
  7. aida xde jurnal or planner peribadi, farrah.
    tak terbuat kalau ada. passion xde lah.
    bergantung penuh kpd diari rasmi ofis. mostly keje ofis la kena catat.
    then, hal anak-anak, aida coretkan di kalendar.
    kalendar aida besar kat rumah ni. memang niat nak tulis-tulis.

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.