Buat Terung Wrap

Khamis, Januari 07, 2021

Assalamu'alaikum. Hari ini entri tentang makanan. Saya buat terung wrap. Ini antara menu pilihan saya apabila saya putus idea hendak makan apa. Kadang-kadang tekak teringin makan sesuatu yang berbeza, jadi kita olahlah buat wrap ikut cita rasa.



Wrap terung saya. Abaikan plating feeling-feeling perasan masuk Masterchef itu. Untuk bahagian inti wrap terung, saya ada beberapa cara. 

Cara pertama - Inti ringkas

Inti terung yang ini memang mudah dan ringkas penyediaannya. Saya guna resepi inti untuk sandwic terung saya. Cuma instead of guna roti bakar, saya gulung inti terung di dalam wrap.


Bahan-bahan (agak-agak ya ikut banyak mana yang hendak disediakan):
  • hirisan terung secukupnya
  • hirisan tomato mengikut cita rasa
  • hirisan bawang besar mengikut cita rasa
  • keju keping atau parutan keju
  • daun salad
  • sedikit mayones
  • sedikit minyak zaitun
  • garam secukup rasa
  • serbuk lada hitam secukup rasa

Langkah-langkah Penyediaan:
  1. Sapu sedikit minyak zaitun pada terung dan panggang atas gridle pan (atau pan biasa hingga terung masak dan lembik). 
  2. Sapukan sedikit mayones di atas permukaan wrap. Kemudian, letaklah daun salad, hirisan terung, bawang besar, tomato dan keju. 
  3. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
  4. Gulung dengan kemas.

Cara Kedua - Inti Terung Bersantan

Yang ini, panjang sedikit langkah-langkahnya berbanding versi ringkas. Wrap terung dalam gambar di atas, saya buat menggunakan lebihan hidangan terung bakar bersantan yang saya sediakan pada hari sebelumnya. Ini antara hidangan terung kegemaran saya. Terung bakar bersantan sedap dinikmati baik dalam keadaan panas mahupun setelah didinginkan di dalam peti sejuk. Jika buat wrap menggunakan inti terung bersantan, rasa roti kita akan jadi lebih mewah berbanding inti terung ringkas disebabkan teksturnya agak basah, tidak terlalu kering. 


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 - 4 biji terung. Tidak kiralah sama ada terung bulat ataupun terung panjang. Untuk resepi ini saya gunakan terung bulat.
  • 1 biji kelapa parut - perah untuk dapatkan santan pekat. Agak-agak untuk tenggelamkan aras terung. Jika ingin guna santan kotak pun tak ada masalah.
  • Beberapa tangkai cili merah dihiris nipis. Boleh juga tukar kepada hirisan cili hijau.
  • 1 biji bawang besar, dimayang/dihiris halus
  • Perahan air limau nipis secukupnya
  • Garam secukup rasa


Langkah-langkah penyediaan:
  1. Bakar terung di atas dapur hingga kulitnya bertukar kehitaman. Sejukkan sebentar dan siat bahagian kulit yang hitam.
  2. Terung yang telah disiat kulit luarnya kemudian dipotong kepada ketulan kecil sebelum dimasukkan ke dalam periuk sederhana besar.
  3. Tuang santan, masukkan bawang dan hirisan cili merah atau cili hijau. Masak seketika di atas dapur sehingga santannya masak. Ada sesetengah orang perut tak tahan makan santan mentah. Jadi, masaklah sekejap. 
  4. Akhir sekali, masukkan jus perahan air limau nipis dan perasakan dengan garam. Kacau sebati.

Oh, untuk wrap pula, saya guna Mission Onion & Chives.



Ingin cuba resepi berasaskan terung yang lain? Klik pautan ini.

15 ulasan

  1. Balasan
    1. Sedap, Kak Mim. Tapi bagi orang yang tak gemar terung is a No-No lah

      Padam
    2. Kakmim mkn terung sambal, yg dimasukkan dlm dalca atau kari dan goreng tempura... lain2 menu jarang mkn

      Padam
  2. Itulah banyak taman terung di rumah sampai tidak tahu hendak buat apa selain masak gulai.
    Ok juga buat sebagai inti roti atau wrap.

    BalasPadam
  3. wah.. bagus idea guna terus dalam wrap ni. biasa terus buat masak gulai ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat wrap, buat sandwich ... tukar angin sekali-sekala

      Padam
  4. dah lama sy tggu nk mkn...kenapa x smpi2 lg ni hahahaha

    BalasPadam
  5. Mesti sedap ni. saya peminat terung. Boleh cuba tiru gaya terung wrap kak farrah ni. Tq kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayyy! Geng suka makan terung! Nanti cuba ya.

      Padam
  6. 1st time tgk terung wrap...slalu mkn chicken wrap

    BalasPadam
  7. Wrap inti terung ni agak menarik. Sebab Eza suka makan sayur terung sambal atau terung panggang then buat ulam. Mesti rasa lemak-lemak terung ni..

    BalasPadam
  8. terung ni, aida pernah buat lapis-lapis lasagna.
    wrap gini, lom try.
    now, jarang dah aida beli terung, farrah.
    dulu kerap jugak. sambal terung. terung panggang buat ulam...
    sebab asben tak boleh makan terung plak tetiba.
    perut dia akan berangin aje lepas makan terung :(

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.