Isnin, Disember 10, 2018

Resepi Terung Bakar Bersantan

Hari ini saya ingin kongsi satu lagi variasi juadah menggunakan terung. Kita buat terung bakar bersantan. Apa yang menariknya hidangan terung bakar bersantan ini sedap dinikmati dalam keadaan dingin (disejukkan sebelum dihidangkan) mahupun panas-panas.


Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 - 4 biji terung. Tidak kiralah sama ada terung bulat ataupun terung panjang. Untuk resepi ini saya gunakan terung bulat.
  • 1 biji kelapa parut - perah untuk dapatkan santan pekat. Agak-agak untuk tenggelamkan aras terung. Jika ingin guna santan kotak pun tak ada masalah.
  • Beberapa tangkai cili merah dihiris nipis. Boleh juga tukar kepada hirisan cili hijau.
  • 1 biji bawang besar, dimayang/dihiris halus
  • Perahan air limau nipis secukupnya
  • Garam secukup rasa


Langkah-langkah penyediaan:
1. Bakar terung di atas dapur hingga kulitnya bertukar kehitaman. Sejukkan sebentar dan siat bahagian kulit yang hitam.


2. Terung yang telah disiat kulit luarnya kemudian dipotong kepada ketulan kecil sebelum dimasukkan ke dalam periuk sederhana besar.


3. Tuang santan, masukkan bawang dan hirisan cili merah atau cili hijau. Masak seketika di atas dapur sehingga santannya masak. Ada sesetengah orang perut tak tahan makan santan mentah. Jadi, masaklah sekejap. 


4. Akhir sekali, masukkan jus perahan air limau nipis dan perasakan dengan garam. Kacau sebati.


Boleh dihidang terus atau dinginkan di dalam peti sejuk. Apabila nak makan baru dikeluarkan. Saya suka dua-dua versi. Yang panas, makan dengan nasi panas. Yang sejuk pula, ratah begitu sahaja (macam cold salad) atau makan dengan roti pun sedap. Apa yang penting, santannya jangan terlalu cair. Lagi pekat lagi berperisa.


14 ulasan:

  1. Sedapnya.Suka mkn terung tapi tak boleh makan. Pernah cuba makan jadi gatal2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC alah pada terung ye. Tak mengapa, boleh tukar guna daging, ayam atau kentang :)

      Padam
  2. Nampak sedap.. Macam kerabu pun ada..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, lebih kuranglah. Nak lagi sedap boleh letak kerisik sedikit + hirisan bunga kantan dan serai :)

      Padam
  3. tetiba sy teringin nk mkn lauk ni dgn ikan masin bulu ayam hhehehe

    BalasPadam
  4. Dok mkn terung bakar ja la. .Xpernah dh bakar pas2 lain pulak. .

    BalasPadam
  5. CT suka hidangan terung. kecuali pajeri terung =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa ada kecuali tuh? Pajeri nanas suka tak? Ke kuah pajeri tu sendiri yang Siti tak gemar?

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.