Nasi Goreng Petai dan Mangga

Isnin, Jun 28, 2021

Kadangkala apabila rasa macam malas atau tiada idea hendak masak apa untuk makan malam, saya akan buat nasi goreng. Mudah sebab tak perlu fikir banyak. Buka peti ais, tengok bahan apa yang ada untuk dijadikan ramuan nasi goreng.

Kali ini saya buat nasi goreng petai. Kebetulan masih ada stok petai di dalam peti dingin beku. Kami di rumah ni memang suka makan petai. Belum pun siap masak, masing-masing dah teruja hendak makan nasi goreng apabila memikirkan petai sebagai hidangan. 🀀


Masih dan Kekal Begitu

Ahad, Jun 27, 2021

 

Credit - Grammarly Cards


Please and thank you are still magic words.



Setuju tak? Bagi saya, 'Tolong' dan 'Terima Kasih' memang masih 'magic words' dan akan kekal begitu. Sepantas mana pun gaya hidup sekarang, sepesat mana pun kemajuan teknologi mengubah dunia, dua frasa ini akan tetap relevan dan sesuai diguna pakai sampai bila-bila. 

Cuma terpulang pada kita untuk amalkan atau tidak. Saya kurang setuju dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan tidak perlu berbasa-basi guna perkataan tolong atau ucap terima kasih kerana dengan masa sekarang yang terlalu pantas bergerak, orang akan faham jika kita tidak menuturkannya.

Kacang Kuda dalam Menu Sihat Anda

Khamis, Jun 24, 2021

Assalamualaikum.

Ada tak dalam kalangan teman-teman saya di sini yang gemar makan kacang kuda? Biasa tak masukkan kacang kuda dalam diet dan menu harian kalian?

Kacang kuda mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin dan mineral, kacang kuda selalu jadi pilihan sebagai sumber berkhasiat dalam pelbagai jenis diet. Antaranya, diet rendah glisemik, diet suku-suku separuh dan clean eating. Tetapi, bagi pengamal diet rendah karbohidrat, tidak bolehlah ya. 


Antara resepi kacang kuda yang pernah saya kongsikan di blog ini ialah:



Projek Soldadu - Lupa BTS

Rabu, Jun 23, 2021

Assalamualaikum. Salam tengah minggu!

Ini merupakan entri susulan mengenai tempahan projek kraf saya yang terkini - Projek Soldadu. Entri sebelumnya di sini dan di sini.

Seperti yang dirancang, pagi Sabtu lepas saya masuk bilik kraf untuk memulakan kerja sebaik sahaja selepas sarapan. Semangat keluarkan barang dan peralatan yang diperlukan,  susun dan letak satu per satu di atas meja.

Ini pelan asal.

Saya gunakan kertas pembungkus BTS Meal sebagai latar utama. Bahagian tengah saya tampal dengan kertas kraf untuk rekaan quilling yang membentuk logo BTS.

Ikan Bilis Dekat Tapi Jauh

Sebenarnya, ini kali pertama saya beli ikan bilis secara atas talian. Saya teringin hendak masak sambal kering ikan bilis buat makan dengan roti atau bubur. Semasa pergi beli barang dapur, tak ada pula ikan bilis yang cantik. 

Jadi, saya pun survey di Lazada. Jumpa satu kedai ni - HPI Consultants Sdn. Bhd. Harga, ikan bilisnya cantik, ada beberapa pilihan dan ulasan-ulasan yang diberi oleh pembeli majoritinya okey.

Saya beli Ikan Bilis Kopek Gred A Tawau sebanyak 500g. Sejujurnya, saya tidak pandai menilai betul ke ikan bilis tu dari Tawau ke dari Langkawi atau dari mana-manalah. Tidak langsung pandai bezakan. Bagi saya asalkan ikannya cantik, segar, tidak tengik dan hancur, sudah cukup baik bagi saya.

Harga untuk 500g ikan bilis ini ketika itu RM16.50. Saya ada baucar diskaun RM5, penghantaran percuma kemudian buat pembayaran menggunakan Lazada Wallet dapat instant discount RM0.50. Jadi, jumlah yang perlu di bayar cuma RM11. 

Berbaloi-baloi! 😊

Roti Sardin Gulung Air Fryer

Isnin, Jun 21, 2021

Roti sardin gulung ini saya sediakan untuk hidangan minum petang. Asalnya hendak buat sandwic biasa. Dah siap dah inti sandwicnya. Tinggal nak sapu roti dengan mentega dan mayones, tiba-tiba ternampak serbuk roti. Terus tukar arah, buat roti sardin gulung.

Resepi Sardin Gulung Air Fryer

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 tin kecil sardin
  • 1/2 - 1 biji bawang besar, dihiris
  • beberapa tangkai cili merah, cili hijau atau cili api terserah selera, dihiris
  • perahan jus limau kasturi secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1 biji telur
  • serbuk roti secukupnya. Serbuk roti saya bukan berwarna jingga, sebaliknya jenis yang berwarna putih keluaran Meriah. 
  • beberapa keping roti

Barang untuk Projek Soldadu

Sabtu, Jun 19, 2021

Assalamualaikum.

Ingat lagi tentang Projek Soldadu yang saya ceritakan minggu lepas? Bahan dan peralatan untuk siapkan hadiah istimewa buat seorang peminat BTS ini semua saya beli secara online. Lebih mudah dan jimat masa. Jika tidak, saya perlu pergi ke beberapa buah kedai berlainan. 

Jadi, selepas klik klik apa yang patut di Lazada, sepanjang minggu ini saya setia menanti ketibaan barang-barang yang saya pesan. Datang pula bukan sekali gus hari sama. Satu bungkusan satu hari. πŸ˜‚

Merasa Makan Sukun Goreng

Khamis, Jun 17, 2021

Assalamualaikum. Semoga kalian semua ceria-ceria selalu.

Hari ini cerita tentang sukun. Saya memang gemar makan sukun sejak kecil. Sukun goreng, kerepek sukun... beri sahaja pada saya. Sekejap sahaja boleh habis saya makan.

Buah sukun. Kredit imej.

Dahulu semasa sekolah, Cekebon ada seorang kawan yang ada banyak pokok sukun. Jadi, setiap kali pokoknya berbuah, Cekebon akan dapat banyak buah sukun. Masa tu hanya kami bertiga di rumah - saya, Baba dan Cekebon. Adik-adik semua di asrama. Memang puaslah saya ulang-ulang makan! πŸ˜‚

Fasa ini jugalah saya akan rajin bawa bekal ke sekolah. Jika semalam sukun goreng, hari ini cekodok atau cucur sukun. Esoknya, sukun rebus cecah sambal tumis ikan bilis.

Sekarang, susah hendak cari sukun di kawasan saya. Kerepek sukun lagilah tak payah cerita. Sudah buahnya pun tak nampak bayang, macam mana nak jadi kerepek, kan? 

Baked Oat - Resepi Viral Tik Tok

Rabu, Jun 16, 2021

Sebenarnya, sejak mula-mula resepi baked oat ini viral di Tik Tok, saya hendak cuba buat. Teringin juga mahu pelbagaikan hidangan oat selain dibuat bubur dan overnight oat. Masalahnyasetiap kali beli pisang, pisang habis dahulu sebelum sempat jadi apa-apa juadah.

Baru-baru ini, beli sesisir pisang terus saya asingkan siap-siap. Enggan pisang berbuah dua kali hahaha πŸ˜‚Alhamdulillah, dapat pun cuba resepi ini. Saya dan Bott menikmati baked oat untuk sarapan pagi.

Resepi Baked Oat

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 cawan rolled oat
  • 1 biji pisang
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu besar madu asli
  • 3 sudu besar susu
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik 
  • secubit garam
  • coklat cip dan hirisan pisang secukupnya sesuai selera

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Kisar semua bahan di dalam pengisar selama beberapa minit sehingga sekata.
  2. Tuangkan ke dalam ramekin, dulang mufin atau cawan kertas.
  3. Bakar di dalam ketuhar pembakar (oven) atau air fryer pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 18 minit atau sehingga benar-benar masak. Ambil lidi dan cucuk ke bahagian tengah kek. Jika lidi keluar dalam keadaan bersih, dah masaklah tu. Jika ada kesan bater, tambah lagi beberapa minit. 
  4. Sedia untuk dihidangkan.


Memandangkan kita guna oat, tidak digalakkan untuk bakar hidangan ini terlalu lama. Seelok-eloknya bawah 20 minit kerana dikhuatiri oat akan jadi terlebih kenyal atau keras.


Ini rupa setelah bahan-bahan dikisar. Saya guna pengisar smoothie je. 


Isi dalam paper cup. Beria-ia punggah barang cari ramekin, tak jumpa pula. Saya tambah hirisan pisang dan taburan cip coklat. Selain itu, boleh letak kekacang seperti gajus dan badam, kismis, beri biru atau beri goji. Satu adunan ini dapat 3 cawan. Kalau pakai ramekin dapat dua.

RASANYA? Sedap! Saya suka. Seolah-olah kita dapat makan kek untuk sarapan tetapi yang bagusnya, kek versi lebih sihat. Cuma disebabkan kita pakai tepung oat, teksturnya tidaklah ringan gebu gebas. Agak dense sedikit.

Ini cuma salah satu variasi resepi baked oat yang ada di luar sana. Ada banyak versi lain dengan cara olahan yang berbeza. Selamat mencuba! 


Halusinasi - Fieya Julia (Easy Guitar Chords)

Selasa, Jun 15, 2021

Hujung minggu lepas, selepas keletihan main gulung-gulung kertas untuk Projek Soldadu saya (Baca mengenainya di sini.), saya berehat sebentar dengan Si Kapok. Sempat tukar tali, lap body ... dah cantik berseri kita meriahkan suasana rumah, mainlah lagu barang sebuah dua. 

Ini merupakan lagu terbaharu Fieya Julia. Ditulis dan digubah sepenuhnya oleh Fieya sendiri. Demo version katanya. Yang official belum keluar lagi. Saya suka dok ulang-ulang lagu ni di Youtube. Lembut je suara Fieya menerjah indera. Ada bahagian tertentu lagu ini yang mengingatkan saya pada lagu Kau Pergi Jua - Adam Ahmad.

Kord gitar Halusinasi di bawah bukan original chords. Saya sudah transposed ke versi yang lebih mudah. Selamat berdendang.


Kord Gitar dan Lirik Lagu Halusinasi - Fieya Julia


[Intro]

C C


     C                F

Dirimu hadir bagaikan mentari

        G           C

kau pergi dan kembali

        A                Dm

tak pernah engkau kekal setia bersamaku

     F            G       C

ku tahu engkau bukan milikku

Resepi Air Fryer - Ubi Bakar Cajun

Isnin, Jun 14, 2021

Satu lagi resepi mudah untuk disediakan yang sangat sedap dibuat kunyah-kunyah, Ubi Bakar Cajun. Untuk resepi ini, saya menggunakan dua jenis ubi - ubi kentang dan ubi keledek oren. 

Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak. Cuma ubi, sedikit minyak, beberapa ulas bawang putih dan rempah cajun secukupnya. Jika tiada rempah cajun, boleh ditukar kepada thyme atau rosemary. Tetapi, dah tak boleh panggil ubi bakar cajun lah ya. 

Projek Soldadu BTS

Assalamualaikum. 

Saya terima tempahan projek kraf baharu. Sebenarnya , jika diikutkan saya dalam fasa berehat tidak ambil apa-apa tempahan kraf. Tetapi, disebabkan yang meminta ni seseorang yang sangat baik dengan saya, selalu ingat saya ... jadi saya okeykan sahaja. Tak sedap hati pula nak tolak. Tambahan pula, projek ini tidak mendesak. Saya boleh ikut kesesuaian masa saya sendiri untuk siapkan.

Lama juga kerah otak cari idea. Setelah idea dasar dan sketch siap, saya menung sekejap. Masalah saya ialah projek ini melibatkan dua perkara yang tidak berada dalam lingkungan pengetahuan saya:

Kredit

1) BTS (Ya, kalian tidak salah baca. Memang BTS.)

2) Quilling  - seni menggulung dan membentuk kertas.


Saya tahu tentang quilling. Tetapi, tidak pernah tergerak hati untuk belajar quilling kerana bagi saya seni ini agak remeh dan memerlukan fokus yang banyak. Dua hari ini, kerja saya saya tonton video tutorial di Youtube dan buku kraf lama. Mata pun sampai berpinar-pinar dok menggulung kertas. πŸ˜…

Dendangan terbaharu daripada Marsha Milan, Cinta merupakan lagu ciptaan Akim dan Stacy. Lagu ini menjadi salah sebuah lagu runut bunyi untuk drama Masih Ada Rindu, gandingan Farid Kamil dan Mimi Lana yang sedang ditayangkan di TV3. Saya rajin juga tonton apabila ada episod baharu tersedia di iFlix. 

Ada siapa-siapa yang ikuti cerita ini? Saya rasa macam pernah baca novel Masih Ada Rindu suatu masa dahulu tetapi ingat-ingat lupa jalan ceritanya.

Kord Gitar dan Lirik Lagu Cinta - Marsha Milan (OST Masih Ada Rindu)

Ciptaan Bunga Cantik & Hang Nadim


[Intro]

Am F Dm E


Am           

Detik berganti

F              Dm

tak akan kembali sudah

          E      

walau darah air mata

Mencintaimu - Jom Selawat bersama Rabbani

Sabtu, Jun 12, 2021

Sekitar penghujung April yang lalu, kumpulan Rabbani melancarkan lagu baharu mereka yang bertajuk Mencintaimu. Lama juga tidak mendengar karya baharu mereka setelah Santun, lagu penyertaan mereka dalam APNI.

Mencintaimu mengajak kita untuk mengenang dan menyuburkan lagi rasa cinta kepada Nabi Muhammad S.A.W. Melalui lagu ini juga, kumpulan Rabbani bekerjasama dengan Pondok AlBari' untuk mengumpul dana sebanyak RM800,000 untuk menyiapkan pondok pengajian, madrasah dan musolla. Ustaz Ridhwan dari Pondol AlBari' turut menyumbangkan suara untuk lagu ini.

Klip video Mencintaimu boleh ditonton di Youtube. Jika ada yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kepada Pondok AlBari', segala maklumat dan butiran ada di sana. Mudah-mudahan melalui usaha ini, Madrasah Pondok Pengajian AlBari’ dapat segera didirikan dengan sempurna.


Sentuhan segar tetapi tetap menyentuh perasaan.

Bagi saya, antara tarikan lagu ciptaan Daqmie dan Ustaz Neezam AlBanjari/Jart Hassan ini ialah susunan muziknya yang segar, dapat memikat cita rasa pendengar pelbagai lapisan usia. Kerancakan bahagian korusnya akan menggamit kita untuk sama-sama berselawat. Mesej yang terkandung dalam lirik juga jelas dan mudah sampai kepada semua.

Hadiah Top Commentator Mei Blog Ako Tetap Ako

Jumaat, Jun 11, 2021

Assalamualaikum. Selamat Hari Jumaat! 
Salam 30 Syawal!

Awal bulan hari tu, melalui salah satu entri, Kak Ret tinggal komen maklumkan yang saya merupakan salah seorang top commentator di blog Ako Tetap Ako untuk Mei 2021.


Wah, tak sangka betul! Yelah, dalam keadaan tenggelam timbul… sekejap ada sekejap hilang… blogwalking pun ikut mana sempat je … berjaya juga saya menyelitkan diri tembus carta. Ini kira satu pencapaian! πŸ˜‚ Selama ini memang jarang-jarang nak jumpa nama saya dalam senarai pengomen terbanyak blog kawan-kawan.


Merasalah duduk selesa di kedudukan ke-3. 😊

Teringin Makan Steamboat

Khamis, Jun 10, 2021

Ini kisah minggu pertama raya. Lama diam dalam draf, baru sekarang sempat hendak terbitkan. Setelah beberapa hari puas menikmati juadah raya, Bott teringin hendak makan steamboat. Nak betulkan alignment tekak katanya hahaha. Jadi, waktu ke pasar raya untuk beli barang dapur, kami belilah serba sedikit bahan-bahan steamboat. 

Kebiasaannya, kami akan makan bebola-bebola dengan sos cili Lingam’s atau sambal hijau. Dapat pula kalau ada bawang goreng dalam minyak tu, memang lagi syoklah. Tetapi, Bott kata kali ni dia nak cuba buat sambal sendiri. Kalau dah semangat berkobar-kobar begini, mesti dia ada ternampak kat IG atau Youtube. Bott punya feed di IG dan Youtube semua tentang makanan. πŸ˜‰

Bukan main gigih orang teringin haa... rajin siap buat plating bagai. Saya di mana? Saya ingat, masa ini saya dah macam buaya tembaga tersadai di atas permaidani di ruang tamu. Kepenatan pergi beli barang dapur konon-kononnya. Pakai pelitup muka semasa keluar benar-benar buat saya exhausted

Happiness is ... THE HAPPY MAILS

Selasa, Jun 08, 2021

Biskut Mentega Bawang Putih dan Lemon untuk Minum Petang

Isnin, Jun 07, 2021

Baru-baru ini, sewaktu tengah kebosanan tidak tahu hendak buat apa, saya putuskan untuk bakar biskut. Kebetulan cuaca panas petang tu dan perut pun mula menunjukkan simptom-simptom lapar; bergegaslah saya ke dapur untuk lihat bahan apa yang ada. Seronok juga kalau dapat makan sesuatu yang lemak enak bermentega untuk minum petang.

Saya buat biskut mentega. Tetapi, ini bukan biskut mentega rangup tau sebaliknya jenis cakey, lebih kepada honey butter biscuits yang macam Texas Chicken jual tu. Disebabkan tak rasa macam nak makan biskut manis bermadu, saya buat perasa bawang putih, lemon dan oregano.

Jangan Terlalu Hukum Diri

Saya tertarik dengan tips ini  - How To Not Be Hard on Yourself. 


Sebenarnya dalam hidup, kita tidak boleh terlalu menekan diri kita. Kadang-kadang, apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, kita cenderung untuk salahkan diri secara berlebihan. Mengakui kesilapan dan menerima kelemahan memang nilai yang baik, tetapi tidak perlulah keterlaluan menyalahkan diri.

Lebih teruk lagi jika kita sampai ke tahap bersusah payah semata-mata kerana mahu diterima di mata orang. Kita kena akur, sesetengah perkara ada batas malah dalam sesetengah keadaan, kita tidak perlu sedih atau rasa bersalah andai kita tidak dapat memenuhi jangkaan orang lain terhadap kita.

Macam mana hendak bersikap lebih terbuka dan tidak terus-terusan menghukum diri? Lihat di bawah ini:


Credit goes to Anna Vital.

Sentuhan Magis Alien Oren

Ahad, Jun 06, 2021

Assalamualaikum. Salam santai Ahad.

Perasan tak sebarang perubahan pada tower saya? Sudah beberapa hari blog saya ini bertukar paras rupa. Ini semua Alien Oren (AO) punya kerja! Apa yang kelakar, saya tidak sedar pun blog dah bertukar wajah. Semasa hendak terbitkan komen, saya sendiri pelik apabila Kak Sheila Adziz, NA dan Kak Ret  sentuh tentang template baharu. πŸ˜‚

Rupa-rupanya pada masa itu, AO tengah ‘menyihirkan’ tower saya dengan sumpahan biru lembut.

Perubahan blog ini merupakan hadiah #luckyblog contest yang dianjurkan oleh AO. Alhamdulillah, ada rezeki menang tempat kedua. Baca lanjut mengenainya di sini

Hadiah yang dimenangi ialah:

  • 1 template Etsy bernilai RM30 + blog header + colours customization

Tentu-tentulah saya teruja. Jika ikut saya, selamanya tower ni kekal suram dan hambar sedemikian rupa. Saya tak pandai nak godek-godek.


Berurusan dengan AO sangat mudah. Saya pilih template yang saya inginkan di Etsy, beritahu serba sedikit apa yang saya mahukan untuk blog, beri akses blog pada AO dan selebihnya AO guna kepakaran dan magisnya untuk mengubah rupa  tower saya.

Borong Yarra Farm Full Cream Milk

Sabtu, Jun 05, 2021

Susu antara produk yang sentiasa kena ada di rumah saya. Guna untuk bancuh kopi, buat overnight oat, smoothie, peram yogurt dan juga untuk baking. Saya pagi-pagi kalau tak dapat secawan latte terasa bagai pincang hari yang dilalui hehehe. 

Sewaktu Bott kata susu tinggal satu kotak sahaja yang berbaki, lajulah jari-jemari ini 'bersiar-siar' di Lazada. Waktu susah hendak ke kedai dalam tempoh PKP kena pastikan kelangsungan stok.

Ini pembelian terbaharu saya. Yarra Farm Full Cream Milk. Borong terus 6 kotak. Sekotak (1 liter)  cuma berharga RM4.80. Dapat pula ada baucar penghantaran percuma. Memang pembelian berbaloilah!

Puas hati dengan pembungkusan. Kemas, bubble wrap tebal dan kesemua enam kotak susu sampai dalam keadaan selamat. πŸ‘


UHT vs Pasteur

UHT atau Pasteur? Sebenarnya, saya lebih gemar susu pasteur berbanding susu UHT. Susu pasteur ini biasanya diletakkan di bahagian chiller produk tenusu. Susunya memang perlu sentiasa dalam keadaan sejuk. Jika tidak, akan cepat rosak. 

Kad Hari Lahir Burung Flamingo

Jumaat, Jun 04, 2021

Assalamualaikum. 

Saya buat satu lagi kad flamingo. Seronok sebenarnya apabila sekali-sekala ada tempahan kad bertemakan burung flamingo. Warna merah jambunya mengundang ceria. 😁 Nama flamingo datang dari perkataan latin 'flamenco' yang bermaksud flame (fire atau api), merujuk kepada warna terang bulu dan pelepahnya. Burung yang punya tabiat berdiri dengan satu kaki ini sering dikaitkan dengan perkara dan perlambangan positif seperti keberanian, keseimbangan dan sikap terbuka. Tidak hairanlah jika kita jumpa banyak quotes (kata-kata menarik) yang dikaitkan dengan flamingo.


Berbalik kepada kad ucapan tadi, saya pernah buat rekaan yang sama sebelum ini. Jenis kad yang sama (bridge card) menggunakan material yang sama. Tuan yang menempah memang minta design tersebut. Kebetulan bahan-bahan yang diperlukan ada dalam stok, tiada masalahlah. Cuma ada sedikit penambahan yang dibuat supaya lebih menarik.

Happy June

Rabu, Jun 02, 2021

Assalamualaikum. Salam 2 Jun. 😊


Diam tak diam, tahu-tahu dah hampir setengah tahun kita dalam 2021. Mudah-mudahan hari-hari mendatang untuk bulan baharu ini indah dan baik-baik buat kita semua. Paling penting, semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah dari jangkitan wabak ini.

Sarapan 1 Jun. Lempeng oat dan pisang.