Rabu, Jun 16, 2021

Baked Oat - Resepi Viral TikTok

Sebenarnya, sejak mula-mula resepi baked oat ini viral di Tik Tok, saya hendak cuba buat. Teringin juga mahu pelbagaikan hidangan oat selain dibuat bubur dan overnight oat. Masalahnyasetiap kali beli pisang, pisang habis dahulu sebelum sempat jadi apa-apa juadah.

Baru-baru ini, beli sesisir pisang terus saya asingkan siap-siap. Enggan pisang berbuah dua kali hahaha 😂Alhamdulillah, dapat pun cuba resepi ini. Saya dan Bott menikmati baked oat untuk sarapan pagi.

Resepi Baked Oat

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/2 cawan rolled oat
  • 1 biji pisang
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu besar madu asli
  • 3 sudu besar susu
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik 
  • secubit garam
  • coklat cip dan hirisan pisang secukupnya sesuai selera

Langkah-langkah penyediaan:

  1. Kisar semua bahan di dalam pengisar selama beberapa minit sehingga sekata.
  2. Tuangkan ke dalam ramekin, dulang mufin atau cawan kertas.
  3. Bakar di dalam ketuhar pembakar (oven) atau air fryer pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 18 minit atau sehingga benar-benar masak. Ambil lidi dan cucuk ke bahagian tengah kek. Jika lidi keluar dalam keadaan bersih, dah masaklah tu. Jika ada kesan bater, tambah lagi beberapa minit. 
  4. Sedia untuk dihidangkan.


Memandangkan kita guna oat, tidak digalakkan untuk bakar hidangan ini terlalu lama. Seelok-eloknya bawah 20 minit kerana dikhuatiri oat akan jadi terlebih kenyal atau keras.


Ini rupa setelah bahan-bahan dikisar. Saya guna pengisar smoothie je. 


Isi dalam paper cup. Beria-ia punggah barang cari ramekin, tak jumpa pula. Saya tambah hirisan pisang dan taburan cip coklat. Selain itu, boleh letak kekacang seperti gajus dan badam, kismis, beri biru atau beri goji. Satu adunan ini dapat 3 cawan. Kalau pakai ramekin dapat dua.

RASANYA? Sedap! Saya suka. Seolah-olah kita dapat makan kek untuk sarapan tetapi yang bagusnya, kek versi lebih sihat. Cuma disebabkan kita pakai tepung oat, teksturnya tidaklah ringan gebu gebas. Agak dense sedikit.

Ini cuma salah satu variasi resepi baked oat yang ada di luar sana. Ada banyak versi lain dengan cara olahan yang berbeza. Selamat mencuba! 


27 ulasan:

  1. sedapnya! tak pernah lagi nak mkn baked out mcm ni, hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh cuba. Madu tu tukar dengan #gulaka Cik Timm pun okey gak.

      Padam
  2. Balasan
    1. Alhamdulillah. Kenalah dengan cita rasa saya :)

      Padam
  3. yummiess kak farrah ..sedapnyee :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti boleh try, Shida. Bahan toppings tu boleh tukar-tukar sesuai selera :)

      Padam
  4. sedap nye tgok..kek versi sihat..bleh try ni :)

    BalasPadam
  5. Masalah pisang habis dimakan sebelum sempat jadi juadah tu masalah sama di rumah saya. Sayalah culprit. Hehe

    BalasPadam
  6. Nampak so yummy. Boleh cuba buat untuk breakfast anak2 :)

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. Alhamdulillah, ada pisang ada coklat cip memang dap dap dap!

      Padam
  8. Nampakkk sedapp lah! Haah nampak macam kek tapi versi sihat hahaha, bagus olahan resepi ni :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang akak suka tu... Rasa kurang bersalah sikit makan kek di pagi hari hahaha

      Padam
  9. Hahahaha, makan sekali sekala takpe kak farrah. Dimaafkan :P

    BalasPadam
  10. nampak sedapppp, nanti nak cuba gak!

    BalasPadam
  11. wahh kalau sedap nak try la.. sebab oat kan tak sedapp hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahah betul-betul. Selamat mencuba, Nard 😊

      Padam
  12. Maaf bertanya, susu tu susu tepung atau fresh milk ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya gunakan susu UHT sahaja. Fresh milk boleh, low fat milk boleh, hendak guna yang berperasa pun boleh. Jika hendak guna susu tepung, boleh larutkan dengan air terlebih dahulu supaya amaun tetap dapat sekitar 3 sudu besar 😊

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.