Credit - Grammarly Cards Please and thank you are still magic words. |
Setuju tak? Bagi saya, 'Tolong' dan 'Terima Kasih' memang masih 'magic words' dan akan kekal begitu. Sepantas mana pun gaya hidup sekarang, sepesat mana pun kemajuan teknologi mengubah dunia, dua frasa ini akan tetap relevan dan sesuai diguna pakai sampai bila-bila.
Cuma terpulang pada kita untuk amalkan atau tidak. Saya kurang setuju dengan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan tidak perlu berbasa-basi guna perkataan tolong atau ucap terima kasih kerana dengan masa sekarang yang terlalu pantas bergerak, orang akan faham jika kita tidak menuturkannya.
Pendapat saya, semua itu tetap perlu dizahirkan. Tidak salah mengungkapkan 'Tolong' di pangkal ayat jika kita perlukan bantuan. Tidak surut nilai diri seandainya menuturkan 'Terima Kasih'. Banyak perkara baik akan menyusul dengan dua frasa ini. 😊
Satu lagi perkataan 'maaf'. Mengaku kesilapan diri dan memohon maaf tidak akan merendahkan nilai diri kita. Sebaliknya apabila kita sedar, mengaku kesalahan tersebut, kita sebenarnya menyerlahkan satu sisi baik kita.
Secara peribadi, saya akan ada soft spot pada anak-anak muda yang tahu cakap 'tolong' dan 'terima kasih'. Dalam kelas pun, kalau ada murid cilik saya yang cakap sorry, terus berbunga-bunga hati ... jadi jinak singa yang kononnya tadi nak mengamuk. Hilang tak bersisa rasa marah sebab dah sejuk hati.
Ada kilas kagum mengenangkan anak-anak ini telah dididik baik oleh orang tua yang mengasuh mereka dan nilai itu kekal dalam diri, dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Saya faham ada sesetengah ibu bapa yang mahu mendidik anak mengikut cara tertentu. Ada yang selesa membiarkan anak mengekspresikan diri sendiri. Tidak perlu hendak disuruh cakap terima kasih atau guna perkataan tolong. Tahulah dia belajar sendiri.
Ini pun saya kurang setuju. Bab adab, bab budi bahasa, kita memang kena ajar. Kena tunjuk contoh yang baik pada mereka. Perkara ini bukan boleh diterapkan dalam sehari dua, malah perlu dilentur sejak kecil. Barulah mereka terbiasa dan tidak kekok untuk amalkan.
Arwah nenek saya memang agak particular tentang ini. Antara pesanannya yang malar segar di ingatan - Muka buruk tak cantik tak apa ... jangan adab kita yang buruk. 😁
Moga anak-anak kita, generasi akan datang tahu apa erti 'tolong', 'terima kasih' dan 'maaf'.
Selamat menempuh hari! Jangan lupa untuk senyum =)
sejuk skit hati bila dgr org ckp tq kalo kita dh tlg org tu..
BalasPadamsy sllu ajr ank sy sruh ckp tq..
kalo slh kena ckp sorry..
Setuju. Ucap maaf apabila buat silap dan terima kasih apabila terima sesuatu.
BalasPadamthis is so trueee
BalasPadamMaaf, terima kasih memang harus dikekalkan, menjadi penyejuk hati apabila diungkapkan. Tolong pula, juga harus dikekalkan, namun sebelum meminta tolong, harus menolong diri sendiri dahulu, jika sudah tidak mampu barulah meminta pertolongan orang lain.
BalasPadamSetuju sangat. Kadang-kadang kita taklah harapkan sangat ungkapan tu, tapi sangat rasa dihargai kalau orang cakap "tolong" "terima kasih". Kita nak tolong pun rasa senang hati :)
BalasPadambetul tu kak. saya pun jadi lembut hati bila dengar magic words ni...tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..
BalasPadamSetujuuuuu 100%. Dengar perkataan tolong tu, sejuk sikit telinga mendengar. Ini kalau main cakap je, rasa macam diarahkan (bagi diri sayalah). Jadi, tak salah pun sebut 'tolong' kalau nak minta pertolongan dari kita. Dan terima kasih. Even benda kecik je, apa salahnya sebut terima kasih. Budi bahasa budaya kita kan kak farrah ;)
BalasPadambetul.. sangat setuju
BalasPadamsetujuuu sgt... dulu sy rs awkward sgt nk ckp terima kasih. sbb x biasakan diri dr kecik. tp bla msk dunia pekerjaan, sy tgk kwn2 membudayakan adab ni. jd sy pn terikut2. alhamdulillah hlg da rs awkward tu😊
BalasPadam3 perkataan ajaib yang mampu menyejukkan hati kan kak Farah..
BalasPadamPernah baca artikel yang suggest kita kurangkan say sorry, lagi-lagi dalam dunia pekerjaan supaya tak nampak lemah. Huhu. Zaman sekarang macam-macam pendapat. Kita ikut ajaran orang tua jelah, agar selalu merendah diri tapi jangan sampai dipijak orang
BalasPadamBetul! Nadya setuju 100% 😉
BalasPadamBetul. Sokong sangat sebab ini la magic words yang patut semua orang terapkan dalam diri. Hee
BalasPadambetul..kak farrah setuju! nk citer skit..pagi ni saya jual kuih tau kak farrah..ade laki ni beli..selesai bayar saya ucap terima kasih..ermm dia bls sama2 kasih syg..terus seram hahaaa ^_^
BalasPadamBetul setuju! Magic word yang perlu dipratikkan
BalasPadam3 word ni memang ajaib, farrah.
BalasPadamaida memang titikberatkan kat anak2.
biar la korang pandai camne pun, adab takde, bye bye lah...