Tips Pilih Cili Benggala
Jumaat, April 15, 2022
Kredit imej : Tesco |
Tips #1 - Warna dan Rasa
- Hijau - Lada benggalanya agak bitter. Kita dapat rasa the bitterness kat hujung-hujung lidah. Tetapi, yang warna hijau agak crunchy berbanding yang lain. Saya selalu guna untuk salad dan buat sandwic. Ada kalanya, saya guna untuk masak nasi goreng Cina.
- Kuning dan oren - Fruity taste, less bitter than the green one.
- Merah - Paling flavourful dan manis. Lada benggala merahlah yang paling sedap kalau kita gril dan masukkan dalam salad atau hidangan BBQ.
Popia Tuna Frozen
Khamis, April 14, 2022
Assalamualaikum. Kisah buat popia tuna frozen ini kisah sebelum puasa sebenarnya. Sengaja saya buat beberapa jenis kuih frozen buat stok. Saya ni kurang gemar ke bazaar Ramadan. Jadi, kalau rasa hendak makan kuih untuk berbuka puasa atau moreh, adalah kuih dalam peti dingin beku yang boleh dimasak. Tidak pun, buat goreng dan kongsi-kongsi dengan jiran sebagai salah satu hidangan tambahan berbuka puasa.
Rancangan asal hanya ingin buat popia goreng biasa sahaja. Bab buat popia, sebenarnya saya tukang buat inti sahaja. Sayalah yang akan parut semua bahan-bahan, tumiskan, tuskan supaya tidak berair... apabila inti sedia, proses selanjutnya akan disudahkan oleh Bott. Dia ada 100 biji popia yang hendak digulung.
Resepi Popia frozen boleh lihat di sini.
Sementara Bott gulung popia, saya kemas pantri. Terjumpa beberapa tin tuna. Dari situlah tergerak hati hendak buat popia tuna. Saya potong dadu bawang Holland setengah biji, masukkan beberapa sudu mayones, serbuk lada putih dan garam secukup rasa kemudian gaul semua bahan sehingga sekata.
Inilah inti popia tuna saya.
Inti popia tuna |
Rezeki Kuih Angku
Rabu, April 13, 2022
Antara bungkusan yang dibawa balik, ada sebekas kuih angku. Pernah makan tak? Kuih ini dinamakan angku atau red tortoise cake. Bentuknya comel seperti kura-kura 😊. Dahulu semasa di sekolah menengah, saya selalu makan kuih ni. Kawan sekelas saya ni peranakan baba nyonya, selalu dia bawa untuk saya. Saya pula tahu makan je. Banyak tau kuih baba nyonya lain yang saya berpeluang rasa tetapi tak pernah ambil tahu pun apa nama kuihnya. Dah tua-tua nilah baru ambil maklum, ini kuih angku.
Angku | Red tortoise cake |
Assalamualaikum. Sudah mula fikir tentang kad raya? Saya ingin kongsikan 5 idea kad raya DIY yang menarik untuk dicuba. Apa kata tahun ini kita hidupkan semula tradisi pemberian kad raya macam dulu-dulu dengan kad raya DIY hasil tangan kita sendiri. Tidak perlu dapatkan bahan atau material yang mahal-mahal, hanya dengan bahan yang minimum kita boleh hasilkan kad hari raya yang cantik dan bermakna.
5 Idea Kad Raya DIY Kreatif
Di bawah ini, saya kongsikan idea-idea kad raya mudah menggunakan beberapa bahan yang senang diperoleh.
1. Balang Kuih Raya
Ini kad hari raya yang saya buat pada tahun 2019. Guna kertas kraf yang tebalnya 230gsm, kemudian cetak gambar balang kuih raya. Disebabkan saya malas hendak fikirkan kuih raya apa yang patut 'diisi' di dalam balang berkenaan, saya letak Fakta Nutrisi Lebaran. Tidak perlu pening kepala hendak lukis kuih tart atau biskut makmur. 😂
Kad raya - Fakta Nutrisi Lebaran |
Nampak tak, nilai peratus harian saya melampau betul peratusannya. 😅 Sepatutnya apabila dijumlahkan dapat 100%, tapi saya buat ikut kepala sendiri sebab saya rasa 100% tu tak cukup banyak untuk gambarkan kegirangan hari raya. Jika berminat hendak buat kad raya bentuk balang kuih ini, boleh intai entri saya di sini ya.
2. Kelarai (Anyaman Mudah)
Salam Syawal, Salam Lebaran |
5 Idea Hidangan Ayam untuk Menu Berbuka Puasa
Ahad, April 10, 2022
1. Ayam Daun Kari
Ayam Daun Kari |
Bento Ayam Panggang Pencok
Isnin, April 04, 2022
Assalamualaikum. Salam Ramadan ke-2.
Bento Ayam Panggang Pencok ini kisah beberapa hari sebelum puasa. Sebenarnya sudah agak lama saya teringin hendak makan ayam pencok. Sesetengah orang panggil ayam panggang pencok, ada juga yang panggil pencok ayam.
Entah mengapa, tiba-tiba pula rindu menu ayam panggang yang direnih dengan kuah pekat sehingga mengering ni. Manalah nak cari lauk ayam pencok ni? Saya siap cakap dengan Bott, tak apalah kalau tak jumpa… nanti untuk raya cari kalau-kalau ada yang open order.
Hendak dijadikan cerita, saya keluar jumpa kawan atas urusan kerja. Kawan saya pesan makanan tengah hari untuk dirinya. Tahu-tahu ada rezeki untuk saya juga.
Bukan calang-calang rezeki tau! Rezeki ayam panggang pencok!
Ayam Panggang Pencok Bento
Bento Ayam Panggang Pencok ini dari De Wan, restoran milik Chef Wan. Tidak silap saya, ayam panggang pencok antara signature dish di situ.
Ayam Panggang Pencok Bento |