Assalamualaikum. Sudah mula fikir tentang kad raya? Saya ingin kongsikan 5 idea kad raya DIY yang menarik untuk dicuba. Apa kata tahun ini kita hidupkan semula tradisi pemberian kad raya macam dulu-dulu dengan kad raya DIY hasil tangan kita sendiri. Tidak perlu dapatkan bahan atau material yang mahal-mahal, hanya dengan bahan yang minimum kita boleh hasilkan kad hari raya yang cantik dan bermakna.
5 Idea Kad Raya DIY Kreatif
Di bawah ini, saya kongsikan idea-idea kad raya mudah menggunakan beberapa bahan yang senang diperoleh.
1. Balang Kuih Raya
Ini kad hari raya yang saya buat pada tahun 2019. Guna kertas kraf yang tebalnya 230gsm, kemudian cetak gambar balang kuih raya. Disebabkan saya malas hendak fikirkan kuih raya apa yang patut 'diisi' di dalam balang berkenaan, saya letak Fakta Nutrisi Lebaran. Tidak perlu pening kepala hendak lukis kuih tart atau biskut makmur. 😂
Kad raya - Fakta Nutrisi Lebaran |
Nampak tak, nilai peratus harian saya melampau betul peratusannya. 😅 Sepatutnya apabila dijumlahkan dapat 100%, tapi saya buat ikut kepala sendiri sebab saya rasa 100% tu tak cukup banyak untuk gambarkan kegirangan hari raya. Jika berminat hendak buat kad raya bentuk balang kuih ini, boleh intai entri saya di sini ya.
2. Kelarai (Anyaman Mudah)
Salam Syawal, Salam Lebaran |
3. Mari Mewarna (Guna Colouring Book)
Idea buat kad raya menggunakan buku mewarna atau colouring pages ni muncul sebab saya tengok buku mewarna saya lama terdampar di penjuru bilik kraf.
Kad raya tema hitam putih |
Tema hitam putih yang cukup manis. 😊
Kad raya guna buku mewarna |
Jika rajin, bolehlah diwarnakan sekali. Kad di atas ini, saya potong kertas mewarna yang berbeza dan buat empat panel. Kemudian, saya hanya warnakan satu daripada panelnya sebagai focal point kad. Lihat tutorial di sini.
4. Pita Washi atau Pita Hiasan (Washi Tapes or Decorative Tapes)
Bagi yang suka mengumpul washi tapes atau decorative tapes, inilah masanya menggunakan pita-pita milik kalian sebaiknya. Pita-pita ini boleh didapati dengan harga yang murah di Mr. DIY, Daiso, kedai Eco dan secara atas talian di Lazada atau Shopee.
Washi tapes
Kad raya guna washi tape |
Satu keistimewaan menggunakan pita-pita sebegini, kalian tidak perlu pecah kepala memikirkan tema atau konsep warna. Koyak koyak tampal ... siap!
Salam Syawal |
Lihat tutorial di sini.
Decorative Tapes
Kad raya - Syawal Datang Lagi |
Lihat tutorial di sini.
5. Menggunakan Craft Punches
Biasa lihat penebuk kertas untuk kraf (craft punches) yang ada bermacam-macam bentuk tu? Gunakanlah hasil tebukan craft punch tersebut untuk hias kad raya. Kad di bawah ini saya guna penebuk kertas bulat dan bunga daisy.
Happy Eid - Celebrate |
Lihat tutorial di sini.
Aktiviti Ramadan yang Boleh Dilakukan di Rumah Bersama Anak-anak Anda
Kalau jaman dulu2, kiriman kad raya ni memang meriah
BalasPadamKalau jaman dulu2, kiriman kad raya ni memang meriah
BalasPadamKreatifnya.
BalasPadamTentu seronok penerima kad raya begini.
wah..comel. kreatif sgt!
BalasPadamsaya simpan lagi semua kad raya akak bagi sebab unik. kalau pergi kedai cari kad raya biasa pun susah jumpa
BalasPadamTerserlah kreativiti tu .
BalasPadamMenarik idea idea kak Farrah. Suka bentuk balang kuih tu dengan craft punches. Ehhh semua sukalah tengok. Cantik cantik.
BalasPadamComel-comel belaka idea yang kak farah tunjukkan nie..
BalasPadamsemuaaaaa cantik semuaaaa kreatiffff
BalasPadam