Rezeki Kuih Angku

Rabu, April 13, 2022

Baru-baru ini balik kampung jumpa Cekebon. Seperti biasalah, macam-macam yang Cekebon dan Cekengah bekalkan. Saya kalau balik sana memang kena bawa beg tambahan. Nak mengangkut oleh-oleh, lauk-pauk, snek kunyah-kunyah dan macam-macam lagilah.

Antara bungkusan yang dibawa balik, ada sebekas kuih angku. Pernah makan tak? Kuih ini dinamakan angku atau red tortoise cake. Bentuknya comel seperti kura-kura 😊. Dahulu semasa di sekolah menengah, saya selalu makan kuih ni. Kawan sekelas saya ni peranakan baba nyonya, selalu dia bawa untuk saya. Saya pula tahu makan je. Banyak tau kuih baba nyonya lain yang saya berpeluang rasa tetapi tak pernah ambil tahu pun apa nama kuihnya. Dah tua-tua nilah baru ambil maklum, ini kuih angku.

Angku | Red tortoise cake
Comel, kan?

Inti kuih angku
 

Dalam dialek Hokkien, angku bermaksud red tortoise. Kuih angku biasanya berbentuk bujur atau bulat, seolah-olah menyerupai kura-kura yang sedang berehat. Kuih tradisi kaum Cina ini biasanya dihidangkan semasa keraian-keraian istimewa mereka.

Resepi kuih angku menggunakan pewarna merah semula jadi yang diambil dari ubi bit (beetroot). Selain itu, kuih ini turut dihasilkan dalam warna lain, juga menggunakan pewarna asli dari buah-bahan atau sayur-sayuran. Misalnya daun pandan dan bunga telang.

Inti kuih angku menggunakan kacang hijau yang telah dibuang kulit. Saya tidak pasti apa namanya tetapi boleh dibeli di kedai yang menjual bahan-bahan kek dan masakan. Tekstur kulit luarnya pula seakan-akan kuih koci kerana diperbuat daripada tepung pulut. Jika ikut resepi orang Peranakan, mereka akan tambah sedikit santan pada adunan angku supaya rasa kulitnya lebih lemak.

Nanti ada kesempatan, saya akam muat naik resepi mudah kuih angku di sini ya.

18 ulasan

  1. Sedap.. Pernah makan tapi tak tau nama kuih hehe..

    BalasPadam
  2. dalam tu isi kacang merah? ke telo?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang ini kacang hijau tapi kulit tu dibuang. Ada gak inti kacang merah rasanya...

      Padam
  3. Cantik kuih ni. Kuih tradisional masyarakat Cina kalau tak silap. Ada inti dan diperbuat daripada tepung pulut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, kak. Luarnya tu kenyal-kenyal macam kuih koci :)

      Padam
  4. entahlah pernah makan ke tidak. kadang-kadang makan tapi tak tau nama

    BalasPadam
  5. Nampak macam salmon sushi pulak rupanya

    BalasPadam
  6. First time dengar kuih angku dan tengok rupa dia. Nampak macam kuih bulan pun ada ni.

    BalasPadam
  7. Comel dan menarik.. tapi tak pernah jumpa dan makan.. hehehe

    BalasPadam
  8. sy nampak kuih ni mcm manis leting hehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.