Assalamualaikum. Kisah buat popia tuna frozen ini kisah sebelum puasa sebenarnya. Sengaja saya buat beberapa jenis kuih frozen buat stok. Saya ni kurang gemar ke bazaar Ramadan. Jadi, kalau rasa hendak makan kuih untuk berbuka puasa atau moreh, adalah kuih dalam peti dingin beku yang boleh dimasak. Tidak pun, buat goreng dan kongsi-kongsi dengan jiran sebagai salah satu hidangan tambahan berbuka puasa.
Rancangan asal hanya ingin buat popia goreng biasa sahaja. Bab buat popia, sebenarnya saya tukang buat inti sahaja. Sayalah yang akan parut semua bahan-bahan, tumiskan, tuskan supaya tidak berair... apabila inti sedia, proses selanjutnya akan disudahkan oleh Bott. Dia ada 100 biji popia yang hendak digulung.
Resepi Popia frozen boleh lihat di sini.
Sementara Bott gulung popia, saya kemas pantri. Terjumpa beberapa tin tuna. Dari situlah tergerak hati hendak buat popia tuna. Saya potong dadu bawang Holland setengah biji, masukkan beberapa sudu mayones, serbuk lada putih dan garam secukup rasa kemudian gaul semua bahan sehingga sekata.
Inilah inti popia tuna saya.
Inti popia tuna |
Popia yang sedia untuk didinginbekukan. |
Popia Tuna Sedap
Popia tuna yummeh! |
Sedap! Makan begitu sahaja tanpa sebarang sos pun dah enak. Saya bayangkan lain kali jika ingin buat popia tuna saya akan masukkan hirisan cili api. Barulah terangkat! Batch yang ini memang tidak letak cili sebab nak beri orang lain makan.
Selepas ini, andai ada masa saya hendak cuba buat Crab Rangoon yang viral tu, tapi kita 'popia' kan.
Okey, itu sahaja untuk hari ini. Insya-Allah, saya akan terjah blog kalian dalam masa terdekat. Dua tiga minggu ini memang tidak larat berblogging. Apatah lagi hendak blogwalking. Kita jumpa nanti!
ada stock frozen mmg senang...nk2 bln puasa..trus goreng..kt rumh ni MIL beli popia frozen carbonara
BalasPadamBetul. Ada stok frozen, dah tak payah pening soal kuih sangat. Uishh, popia carbonara memang dap dap dap!
Padamwah rajin nya diaaa....!
BalasPadamKita beli je frozen ni hahaha tahap kemalasan tu menghantui :D
Kebetulan barang ada, kak. Kena rajinkan diri buat kalau tak nanti mulut sunyi hahahah
Padamuniknya. nak cuba jugaklah. tapi ganti dengan sardin. rajinnya Bott menggulung popia sampai 100
BalasPadamSelamat mencuba, Sal. Kak Bott bab-bab ni memang surprisingly dia rajin dan teliti. Dapat kat akak, baru gulung 5 dah kecoh penat dah...
Padamnampak sedap..buh cili api lg ummph..
BalasPadamSemestinya.... letak cili api lebih terangkat!
PadamNampak sedap je .
BalasPadamAlhamdulillah, memang dap dap dap!
PadamPandainya gulung popia, pernah gulung popia tapi masuk minyak,sedap tu isi sardin, nak cuba la juga.
BalasPadamSelamat mencuba, babYpose. Tak mengapa, boleh terus cuba sampai dapat versi yang tak masuk minyak.
PadamWahh,sesekali pekena begini nikmat tak terkata jugak. ^^
BalasPadamMemang nikmat tak terkata hikhikhik
PadamMenarik ni . Boleh cuba . Siap boleh buat frozen lgi .
BalasPadamSelamat mencuba, CCL!
PadamSedapp.ni
BalasPadampopia goreng
Kalau makan tak cukup sekadar satu ni, Cik Nur :)
PadamNak cuba jugalah...
BalasPadamKemasnya gulungan popia Farrah ni :)
Selamat mencuba, PH. Gulungan popia saya yang tak kemas kena sorok kat bawah hahaha
PadamMakan panas-panas nikmat.
BalasPadamSetuju sangat!
PadamSenang ada stok frozen kuih. Kemas betul balutan popiah kak Farrah. Sedap tu popiah inti tuna. Popiah premium gitu.
BalasPadamSekali-sekala kita premium hehehe Balutan yang kemas Kak Bott punya, akak punya kemas untuk 5-6 yang pertama je hahaha
Padambelum pernah cuba goreng popia dalam AF..ammi cuba fry drummet ayamas tu jadi lemau kulitnya..tapi nugget semua tu jadi sedap
BalasPadamMungkin sebab suhu kena pakai tinggi sedikit untuk drummet tu, Ammi. Air fryer ni tulah dia... kita kena pandai2 begakan suhu.
PadamOkay.. save dulu.. menarik untuk dicuba..
BalasPadamSila sila... ada masa boleh cuba :)
Padammcm ada lebih je tu? ok jap lg sy sampai
BalasPadam