Tercari-cari menuu hidangan ayam untuk berbuka puasa? Di sini saya kongsikan 5 idea hidangan ayam yang sesuai dijadikan juadah berbuka puasa. Dari ayam daun kari sehinggalah ke ayam masak lada hitam, kesemuanya sedap belaka.
1. Ayam Daun Kari
|
Ayam Daun Kari |
Resepi Ayam Daun Kari
Bahan-bahan:
- Setengah ekor ayam (diperap dengan sedikit serbuk kunyit dan garam kemudian digoreng hingga masak)
- 2 biji bawang besar (potong bulat)
- 5 - 7 tangkai cili kering (dipotong kepada beberapa bahagian)
- 3 tangkai daun kari
- 1/4 cawan kicap pekat
- 1/4 cawan kicap manis
- Sedikit air asam jawa
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Langkah-langkah Penyediaan:
- Panaskan beberapa sudu minyak masak. Masukkan bawang, cili kering dan daun kari. Tumis hingga bawang lembut dan daun kari jadi garing.
- Kemudian, masukkan ayam yang telah digoreng, diikuti dengan kicap pekat, kicap manis dan air asam jawa. Kuantiti air asam jawa bergantung kepada kadar kemasaman yang kita mahukan.
- Biarkan masak di atas dapur buat seketika hingga kuahnya memekat. Perasakan dengan garam.
- Sedia untuk dihidang.
2. Ayam Goreng Mamak
|
Ayam Goreng Mamak |
Resepi Ayam Goreng Mamak
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Ayam 500 - 600g
- 5 - 7 ulas bawang putih
- 3 sentimeter halia
- 3 sudu besar tepung beras
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1 - 2 sudu besar cili giling/pes cili/serbuk cili. Cili giling/pes cili ni kena agak-agaklah ye. Jika nak pedas, tambah lebih. Jika tak mahu pedas sangat, kurangkan.
- 1 1/2 sudu besar serbuk kari
- 1 biji telur
- 1 sudu besar serbuk lada putih
- beberapa tangkai daun kari
- garam secukup rasa
- minyak masak yang secukupnya menggoreng (deep fry)
Langkah-langkah penyediaan:
- Kisar bawang putih dan halia dengan sedikit air. Jika hendak tumbuk sahaja pun boleh. Tumbuk kedua-duanya hingga lumat.
- Masukkan bahan kisar tadi ke dalam sebuah mangkuk sederhana besar. Campurkan dengan bahan-bahan lain - tepung beras, tepung jagung, cili giling, serbuk kari, serbuk lada putih, daun kari, telur dan garam. Gaul sehingga semuanya sebati.
- Setelah itu, masukkan ayam ke dalam mangkuk dan perap ayam dengan bahan perapan sehingga sekata. Perap ayam sekurang-kurangnya 30 minit hingga ke dua jam sebelum digoreng.
- Panaskan minyak. Goreng ayam sehingga masak dan warna kulit luarnya bertukar kecoklatan. Boleh juga dimasukkan beberapa tangkai daun kari lagi ke dalam minyak gorengan supaya lebih wangi. Daun kari yang digoreng dihidangkan sekali dengan ayam yang sudah siap. Saya memang suka letak daun kari banyak-banyak. Sedap makan dengan nasi.
3. Ayam Adobo
|
Ayam Adobo |
Resepi Ayam Adobo
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 300g - 400g ayam
- 1 cawan cuka
- 3/4 cawan kicap (saya guna kicap lemak manis Jalen je. Bukan kicap pekat, bukan kicap cair.)
- 1/2 labu bawang putih (asingkan, titik dan buang kulitnya)
- 1 - 2 sudu teh lada hitam biji - Tidak perlu ditumbuk/dihancurkan kerana kita mahu rasa lada hitam yang tidak terlalu kuat. Just nice.
- 2 - 3 keping daun salam.
- Garam (jika perlu)
- Sedikit minyak untuk menggoreng ayam.
Langkah-langkah penyediaan:
- Bersihkan ayam. Perap ayam bersama cuka, kicap, lada hitam, bawang putih (jangan lupa titik/tumbuk dulu untuk keluarkan rasa garlicky-nya) dan daun salam. Ada yang perap semalaman supaya perapannya lebih mesra. Saya perap 2 - 3 jam je. Dah cukup dah, insya-Allah.
- Setelah diperap, gunakan frying pan (kuali leper) dan panaskan sedikit minyak. Sedikit sahaja tau! Goreng ayam hingga masak dan bahagian luarnya crispy sedikit. Balik-balikkan ayam supaya gorengan sekata.
- Setelah ayam masak, masukkan kuah perapan tadi dan didihkan seketika sehingga liquidnya reduced dan memekat sedikit. Perasakan dengan garam (jika perlu). Jika mahu kerangupan bahagian ayam dikekalkan, keluarkan ayam dari kuali sebelum reneh dan pekatkan kuah. Apabila nak dihidangkan baru masukkan ayam ke dalam kuahnya. Dua-dua cara pun boleh.
- Sedia untuk dihidangkan.
4. Ayam Tumis Kari Bercili
|
Ayam Tumis Kari Bercili |
Resepi Ayam Tumis Kari Bercili
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1/2 ekor ayam (potong kecil, kunyit dan garamkan)
- 4 siung bawang putih (cincang halus)
- 1 biji bawang besar (potong bulat)
- 5 batang cili merah (tumbuk kasar) *Tukar dengan cili hijau pun tak apa.
- 5 batang cili padi (tumbuk kasar) *Jika tak mahu pedas, tidak perlu letak.
- 7 biji belimbing buluh (belah dua)
- 1 - 2 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh gula
- 100ml air
- 100ml santan
- 2 sudu besar minyak masak utk menumis
Langkah-langkah penyediaan:
- Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak. Tetapi jangan sampai garing. Ketepikan.
- Tumis bawang besar, bawang putih diikuti dengan cili yang telah ditumbuk. Masukkan serbuk kari, serbuk lada hitam dan gula. Tumis seketika.
- Kemudian masukkan ayam. Kacau hingga semua bahan sekata.
- Masukkan air dan santan diikuti dengan belimbing buluh. Masak sampai meresap.
5. Ayam Masak Lada Hitam
|
Ayam Masak Lada Hitam |
Resepi Mudah Ayam Masak Lada Hitam
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 500g potongan ayam
- 2 biji kentang (dibelah menjadi wedges dan digoreng terlebih dahulu)
- 2 labu bawang besar/5 biji bawang merah (dihiris nipis)
- + 2 - 3 cm halia (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- 2 - 3 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
- 3 - 4 sudu besar minyak masak
- 2 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 biji tomato (dibelah menjadi wedges)
- garam mengikut citarasa (hanya jika perlu)
Langkah-langkah penyediaan:- Potong ayam dan bersihkan.
- Panaskan minyak. Tumis bawang besar/bawang merah, halia dan bawang putih sehingga naik bau.
- Sesudah itu masukkan ayam dan gorengkan sehingga ayam masak. Api dapur biar sederhana besar. Terbalik-terbalikkan ayam ketika menggoreng supaya masaknya sekata.
- Setelah ayam masak, masukkan kicap pekat, sos tiram, serbuk lada hitam dan bancuhan tepung jagung. Jika perlu, masukkan garam.
- Biar seketika hingga kuah memekat. Kemudian, masukkan belahan tomato dan kentang yang telah digoreng. Kacau sekata.
- Sedia untuk dihidangkan.
*Boleh juga guna hirisan cili merah, cili hijau, daun sup dan daun bawang untuk memeriahkan lagi masakan.
Selamat mencuba!
First time dengar ayam adobo tu
BalasPadamMcm2 menu ayam
BalasPadamanak2 ni hari2 ayam je yg diminat
semua sedap dan simple. ayam adobo tu menarik. jarang masak pakai daun salam
BalasPadamSemua menu nampak sedap.. Adobo tu first time dengar.. hehehe
BalasPadamtenkiu share resepi , dah tahu nak masak apa petang ni utk berbuka
BalasPadamBoleh cuba ni..
BalasPadamUnik nama ayam adobo tu. Gambar first tu tempting betul tengoknya.
BalasPadamKalau tak silap ayam adobo itu masakan Filipina. Betulkah Farrah?
BalasPadamni sesuai sgt utk kita sbb memang menu ayam je tiap2 hari sahur.. tq for sharing!
BalasPadamfuhhhh semua lauk pauk ni pekena dgn nasi panas fuhhhhh terangkat!
BalasPadam