Bento Ayam Panggang Pencok

Isnin, April 04, 2022

Assalamualaikum. Salam Ramadan ke-2. 

Bento Ayam Panggang Pencok ini kisah beberapa hari sebelum puasa. Sebenarnya sudah agak lama saya teringin hendak makan ayam pencok. Sesetengah orang panggil ayam panggang pencok, ada juga yang panggil pencok ayam. 

Entah mengapa, tiba-tiba pula rindu menu ayam panggang yang direnih dengan kuah pekat sehingga mengering ni. Manalah nak cari lauk ayam pencok ni? Saya siap cakap dengan Bott, tak apalah kalau tak jumpa… nanti untuk raya cari kalau-kalau ada yang open order

Hendak dijadikan cerita, saya keluar jumpa kawan atas urusan kerja. Kawan saya pesan makanan tengah hari untuk dirinya. Tahu-tahu ada rezeki untuk saya juga.

Bukan calang-calang rezeki tau! Rezeki ayam panggang pencok!

Ayam Panggang Pencok Bento

Bento Ayam Panggang Pencok ini dari De Wan, restoran milik Chef Wan. Tidak silap saya, ayam panggang pencok antara signature dish di situ.

Ayam Panggang Pencok Bento

Ada tiga pilihan nasi tersedia untuk dinikmati bersama ayam panggang pencok. Nasi putih biasa, Nasi Telur Terengganu dan Nasi Lemuni Seri Perlis. Mine was nasi lemuni. 😊


The whole set.

Sedap tak?

Sedap! Cukup rasa. Kalau biasa baca review pelanggan mengenai hidangan-hidangan di De Wan, ada menu tertentu yang dianggap so - so sahaja. Adik-adik saya yang beberapa kali makan di sana pun berpendapat sesetengah hidangan yang disajikan kind of overrated.

Tetapi, tidak yang ini. Lima bintang untuk ayam panggang pencok! Memang ayam pencok autentik. Rasa smoky ayam yang dipanggang menggunakan arang bergabung serasi dengan kuah pekat yang kaya dengan campuran rempah-ratus akan beri pengalaman manis pada tunas rasa kita. 😊

Makan pula dengan nasi lemuni. Nasi ini ditanak dengan jus daun lemuni. Sesuai sangat buat makan dengan ayam pencok. Saya memang suka nasi lemuni. Biasanya nasi lemuni ni dimasak untuk hidangan orang yang sedang berpantang disebabkan khasiatnya.

Saiz hidangan agak besar. Cuma kalau saiz ayamnya besar sedikit barulah padan dengan portion nasi yang diberi. Apapun, kenyang saya dan Bott makan berdua.

Untuk set bento ini, boleh add on air dan pencuci mulut. 6 pilihan untuk air - Asam Boi Pineapple Mojito, Fruity Sangria, Rosey Pandan, Rosey Bandung, Spiced Pineapple Tonic dan saya punya Mint Lychee Soda. Dua pilihan untuk pencuci mulut pula ialah bubur pulut hitam dan buah-buahan.

Alhamdulillah, craving ayam panggang pencok satisfied. Andai ada antara kalian yang teringin hendak ayam panggang pencok, dah tahu nak cari di mana, kan? 😊

22 ulasan

  1. alhamdulillah rezeki..
    1st time dgr ayam pencok..
    sy tau ayam panggang je.. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti lepas ni ada rezeki jumpa boleh cuba :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Menarik, kan? Akak pun berkenan dengan nasi tu sebab warnanya :)

      Padam
  3. Belum pernah makan rasany ayam pencok ni...
    Selamat berpuasa buat Farrah sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana tahu lepas ni ada rezeki PH jumpa ayam pencok...
      Selamat berpuasa juga buat PH dan keluarga. Moga Ramadan tahun ini lebih indah dan bermakna.

      Padam
  4. Ok kita pestime dengar ayam panggang pencok ni hehehe

    Dia mcm ayam bakar biasa tu la kan.. Pencok tu spesel nama dr mana2 tmpt ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah Kak Ret. Dia macam ayam panggang dan ayam perciklah cuma kuah gravy tu yang lain sikit rasanya. Saya tak pasti pula pencok tu apa atau datang dari mana...

      Padam
  5. Balasan
    1. Alhamdulillah, Cik Nor. Kenalah dengan selera saya :)

      Padam
  6. wah..bukan beshe beshe ni, by De Wan. Saya tak pernah lagi try makan di restoran Chef Wan ni. Teringin jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe akak ni pun Sal, kalau tak ada orang belanja tak merasa. Moga suatu hari ada rezeki Sal makan hidangan yang disajikan di De Wan. Aamiin!

      Padam
    2. dan moga orang belanja. orang belanja lagi sedap

      Padam
  7. sedap la tgk set nasi tu.. warna nasi lain dr yg lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Warna nasi tu yang memikat selera heheheh

      Padam
  8. Pertama kali dengar ayam pencok ni! Teringin nak cuba!

    BalasPadam
  9. Ayam panggang pencok tak pernah dengar.. Nasi lemuni sedap..

    BalasPadam
  10. Pertama kali dengar ayam pencok. Nampak macam ayam percik gitu kan. Ayam panggang dengan kuah pekat. Macam tahu tahu je kak Farrah teringin macam ayam pencok. Alhamdulillah rezeki dapat ayam pencok idaman. Dapat yang bukan biasa biasa pulak tu kan.

    BalasPadam
  11. Belum pernah makan nasi lemuni. Harap satu hari nanti ada rezeki untuk menikmatinya. Ingatkan pencok tu pencuk ala-ala acar. Rupanya nama ayam panggang.

    BalasPadam
  12. sama...1st time dgr ayam pencok tu...emmm...kena cuba ni

    BalasPadam
  13. wahhhh nampak lain daripada yg lain menu ni

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.