Assalamu'alaikum.
Hari ini saya nak tunjuk beberapa idea membuat kad ucapan menggunakan washi tapes. Tutorial ini bukan step-by-step ye. Mudah sangat nak buat! Jadi, saya rasa,...daripada saya tunjukkan satu demi satu cara untuk menghasilkan sekeping kad, lebih baik saya kongsi beberapa keping kad yang dihasilkan menggunakan washi tapes/masking tapes dan jelaskan sedikit sebanyak bagaimana cara nak membuatnya. Dah bersedia?
Hari ini saya nak tunjuk beberapa idea membuat kad ucapan menggunakan washi tapes. Tutorial ini bukan step-by-step ye. Mudah sangat nak buat! Jadi, saya rasa,...daripada saya tunjukkan satu demi satu cara untuk menghasilkan sekeping kad, lebih baik saya kongsi beberapa keping kad yang dihasilkan menggunakan washi tapes/masking tapes dan jelaskan sedikit sebanyak bagaimana cara nak membuatnya. Dah bersedia?
Oh, sebelum itu, saya harap jangan ada yang salah sangka. Tutorial kraf kertas yang saya kongsi di blog ini kebanyakannya melibatkan kos yang rendah. Maknanya, saya cuba tunjukkan cara untuk hasilkan sesuatu dengan kos minima supaya lebih ramai yang boleh enjoy crafting and treasure the act of giving for keepsake. Ada ibu-ibu yang nak buat kad ucapan supaya anak-anak boleh beri kad hari guru pada setiap guru yang mendidik mereka. Ada teman-teman blogger yang bermurah hati nak kirim sesuatu pada rakan-rakan dan pembaca blognya. So, yes. My crafts are affordable.
OK, berbalik kepada kad ucapan menggunakan washi tapes. Apa yang diperlukan hanyalah
- Washi tapes/Masking tapes
- Base Card
- Sebarang hiasan kraf yang anda ada
Teknik yang digunakan, koyak-koyak tampal sahaja. Itu yang seronok guna washi tapes. Kita boleh koyak guna jari, boleh lekat, cabut balik dan boleh reposition kedudukan tape tu.
Kad 01
Hanya ada satu gulung washi tape? Tak ada masalah! Boleh buat kad juga. Untuk kad di atas, saya gunakan base card berwarna putih. Kemudian, saya potong sekeping kad putih bersaiz lebih kecil dan tindan di atas kertas berwarna hitam untuk wujudkan efek kontra warna. Setelah itu, koyak dan tampal washi tapes ikut citarasa. Final touch, saya guna font stickers untuk 'Just A Note' dan not muzik menggunakan craft punch. Just a simple card. Jika mahu lebih cantik, boleh hias dengan reben hitam atau buat lengkungan di tepi kad guna corner rounder punch.
Kad 02
Kad yang kedua ini pula sebenarnya mock-up card. Kalau tahun lepas, saya buat kad raya kelarai mudah (boleh intai di sini), tahun ni konon-kononnya nak buat kad hari raya dengan tema washi tapes. Base card saya guna kad berwarna merah jambu. Tampal beberapa jenis washi tapes, ikutlah nak panjang yang mana, nak pendek yang mana. Kemudian, sudahi dengan sentiment 'Salam Syawal'. Saya guna alphabets clear stamps.
Kad 03
Kad yang ini lebih kurang sama macam kad nombor satu tadi. Cuma, washi tapes yang saya gunakan semuanya hitam putih. Saya turut gunakan hiasan bunga dan bakers twine daripada tona warna yang sama serta adhesive diamentes berwarna hitam. Boleh tulis ucapan atau sentiment pada bahagian kosong berhampiran adhesive diamentes tu.
Kad 04
Kad ini saya buat kerana saja nak cuba kertas wood design yang saya baru beli. Suka tengok corak kayu. Tak pe, kertas ni kita cerita lain kali. Kebetulan, masa tu ada doily depan mata. Tampal doily yang telah dilipat kepada dua bahagian di tengah kad. Lekatkan beberapa jalur washi tapes. Kemudian, saya sudahkan dengan bentuk love (guna craft punch) dan bakers twine yang diikat jadi reben. Kad belum siap sepenuhnya. Nanti, bila nak guna, barulah saya letak ucapan/ kata-kata yang sesuai :)
Kad 05
Base card hanya guna manila kad berwarna buff (pale yellow). Kemudian, di bahagian hadapan kad saya tampal dengan sekeping kad berwarna kuning yang tepinya dikemaskan dengan decorative border punch. Potong sekeping kad buff bersaiz lebih kecil. Koyak dan tampal washi tapes secara menegak. Sudahi dengan rama-rama felt dan adhesive diamentes biru. Akhir sekali, tampal di atas kad kuning menggunakan dimensional tape supaya bahagian kad tu tinggi sikit.
Kad 06
Kad yang terakhir ini saya gunakan decorative border punch juga. Mula-mula, potong bahagian hadapan kad dan rapikan dengan decorative border punch. Lebihan kad yang dipotong tadi jangan buang ye. Nanti kita nak sambung balik. Setelah itu, ambil satu keping kad yang ukuran lebarnya sama seperti base card. Ukuran tinggi, boleh agak-agak. Tampal sejalur demi sejalur washi tapes pada kad tadi. Kemudian ambil lebihan kad yang dipotong dan trim dengan decorative border punch. Selarikan kedudukan ketiga-tiga kad sebelum ditampal. Potong lebihan kad jika perlu. Final touch - serikan dengan adhesive diamentes.
Bagaimana? Senang je kan? Selamat Mencuba! Jika ada mana-mana bahagian yang tidak jelas, tanya saya ye.
Psstt!! Tag @faidamf di Instagram dengan sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini. Gunakan hashtag #famftowercrafts. Anda mungkin layak memenangi hadiah istimewa daripada saya :)
comellah. creativenya akak!
BalasPadamHihihi yang simple dan senang begini, retilah akak buat, Mazni :)
Padammemang mudah sangat buat kad guna washi tapes ni..dengan kreativiti sendiri boleh hasilkan kad ucapan yang cantik sangat dan comel..sukanya tengok keja kak farrah!!! :)
BalasPadamWana pun boleh buat,..ajak anak2 buah buat sekali. Mesti diorang suka :)
PadamKreatif !
BalasPadamBiasa-biasa aja :)
Padamkreatifnyaaaa!! tak tahu lah jadi ke tak kalau buat. tangan tak berseni langsung. cantik, cantik..
BalasPadamAla Siqah,..janganlah rendah diri sangat. Senang je nak buat,..confirm cantik :)
PadamSalam nampak mudah. semua bahan ada kat rumah ni
BalasPadamBoleh lah dik yana buat.....hihi
Padamtapi yana punya washi tapes tak cantik macam akak punya hahahha
BalasPadamDont worry! Asal ada washi tape, memang boleh jadi. Jangan risau corak,..mesti cantik kalau kena gayanya :)
Padamkalau malas buat tu alasan la banyak banyak ahahaha
BalasPadamHahaha tau takpe!
Padamnak kad birthday please...hehe,tetibe
BalasPadamBirthday Sal bulan ni ke? Dah lepas ke belum?
Padamari tu aida gi daiso tau.
BalasPadamtry carik washi tapes ni.
tak reti.
sebab tak nampak nama nyer.
memang byk tapes yg ada. tapi tu la.
tak pandai carik.
Tekstur washi tape ni macam masking tape putih (yg selalu orang guna utk art project/ nak cat2 rumah). Jenis yg boleh koyak begitu sahaja guna jari. Tak yah guna gunting. Memang kalau kat daiso ada washi tapes, ada gak printed/decorated tapes. The later one macam cellotape and normally kena potong guna gunting.
PadamSalam singgah sini Farrah.....mudahnya nak buat kad ucapan guna Washi Tapes..semua comel yang Farrah buat....tapi tak tau lah kalau MD yang buat mcm mana kecomelan nya....hihi
BalasPadamThanks sudi singgah sini, MD. Memang mudah,.MD buat pun pasto comel! :)
Padamcantik kad tu
BalasPadamtp tak boleh nak imagine
cemanenye nak tampal²tu? Nampak sgt saya tak se kreatif awak
Tape ni self-adhesive, Ietams. Mudah koyak begitu je,..so koyak ikut panjang kita mahu,...susun dan lekat atas kad :)
Padamsuka! suka! nanti kite nak buat gak la. hehe
BalasPadamJom buat sama-sama! :)
Padammemang kreatif.. nak pinjam kerajinan Farrah laa nak buat macam nih..
BalasPadamHihihi rugi pinjam rajin saya,..sebab rajin saya sekejap je ;)
Padamcantik sangat ni.... kak farah memey kreatif sangat
BalasPadamsaya suka nom 6 dengan no.3.
BalasPadamsenang juga sebenarnya nak buat.. ASALKAN rajin dan ada bahan2,insyaaAllah semua jalaaaannnnnnnnnn.. hehhee
washi tape? mudah kan tampal2 jek siap..heheh..cakap mmg lah mudah..ce try buat..habis comot..tangan lak KERAs!
BalasPadam