Memaparkan catatan dengan label Washi Tapes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Washi Tapes. Papar semua catatan

Twilight Practical TimeLine Washi Tapes untuk Planner

Isnin, Jun 12, 2017

Bagi siapa-siapa yang gemar kumpul washi tapes atau geng planner addicts, pasti akan berkenan dengan TimeLine washi tapes ni. Twilight Practical TimeLine Washi Tapes datang sepasang dalam satu set. (Set of 2).  Satu gulung untuk hari-hari dalam seminggu manakala segulung lagi garis timeline untuk aktiviti harian kita. Bermula seawal pukul 8 pagi sehinggalah pukul 8 malam. Menarik kan? Sesuai sangat untuk tepek dalam planner atau bullet journal.


DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 2)

Isnin, Jun 05, 2017

Sebelum ini di Bahagian 1, saya tunjukkan cara buat kad hari raya menggunakan decorative tape. Kali ini saya ingin kongsi beberapa kad yang dihias dengan potongan craft punches. Craft punch/punches yang saya maksudkan ini jenis yang murah dan mudah didapati. Harga untuk satu craft punch sekitar RM3 - RM5 jika dibeli di Mr. DIY, dan RM5.90/punch di DAISO.

Kad yang pertama ini, base putih. Saya punched pattern bunga atas kertas merah dan hitam. Boleh pilih kombinasi warna yang kalian suka:- merah + biru, ungu + kuning atau ungu + biru muda.

Susun bunga secara rawak dan tampal menggunakan glue tape. Kemudian, hias dengan adhesive diamentes. Saya lekatkan gold foil alphabet stickers untuk perkataan AIDILFITRI.

DIY Kad Hari Raya Mudah (Bahagian 1)

Khamis, Jun 01, 2017

Jika sebelum ini saya dah kongsi beberapa cara buat kad hari raya diy mudah, untuk tahun ini kita nak buat kad raya guna decorative tape dan craft punches. Barang-barang ini mudah didapati dan murah harganya. Boleh beli di Mr. DIY atau DAISO. Dapatlah kita hasilkan kad raya bajet yang istimewa.

Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:



Beli Barang Kraf dari Peppermintzakka

Rabu, Mei 31, 2017

Baru-baru ini saya mencari clear stamps Calendar. Tidak kisahlah design yang macam mana. Janji ada kalendar sebab nak guna buat kad + untuk buku reminder saya. Cari punya cari, survey punya survey, jumpalah apa yang dihajati di satu kedai online ni - Peppermintzakka.

Niat di hati nak beli clear stamp itu je. Tetapi, banyak pula benda comel-comel yang ada kat Peppermintzakka. Tergoda + rambang mata = 5 item!

Purchased  on late night of 20th May, items received on the 24th. Punyalah berbunga-bunga hati, barang yang dibeli selamat sampai ke tangan.  Cara pembungkusan memang tiptop! Pakai kotak, plastic wrap,..so barang yang kita dapat memang dalam keadaan baik. Tanpa cela. 👍


Sejuk hati tengok packaging barang cantik dan sweet begini 😆

Tutorial Kraf Kertas - Inspirational Magnetic Bookmark

Khamis, Mei 04, 2017

Hari ini entri tutorial. Sesuai untuk yang gemar baca buku. Kita nak buat penanda buku. Bukan penanda buku biasa tau. Ini penanda buku bermagnet dengan kata-kata motivasi. Di bawah ini, cara-cara mudah membuatnya. 😃

Bahan-bahan yang diperlukan:


DIY Kad Hari Guru

Isnin, Mei 01, 2017

Intai search keywords minggu ni, dah mula ada yang cari diy kad hari guru. Jika diikutkan perancangan asal. saya ingin buat beberapa tutorial mudah untuk diy kad hari guru. Tetapi, masa nak membuatnya terhad. Jadi, buat sementara ini, tengok entri lama dahulu ye. Moga dapat jadi idea dan inspirasi.

Insya-Allah, by the end of this week saya cuba kongsi tutorial/idea baru untuk buat kad hari guru mudah dan yang penting jimat kos! 

Kad Hari Guru - Tema Bunga


Buat Kad Lipat-lipat

Isnin, April 10, 2017

Ini percubaan pertama saya buat kad lipat - lipat begini. Birthday card. Temanya biru dan polka dots. Kad lipat-lipat begini sesuai untuk letak banyak gambar sebab sisi depan sisi belakang semuanya kita hias.


Baru 70% siap! Tiba-tiba abandoned begitu sahaja sebab sekarang saya suka buat card in a box pula. Hehehe. Nantilah, apabila berjaya disiapkan, saya kongsi hasilnya. Insya-Allah, kalau ada masa, saya sertakan dengan tutorialnya sekali. Dah lama dah tak buat entri tutorial kraf kertas.

Fridge Magnet Penutup Botol

Jumaat, Ogos 12, 2016

Assalamu'alaikum. First and foremost, nak minta maaf banyak-banyak sebab lately memang tak sempat nak blogwalking dan balas-balas komen. Insya-Allah, ada kelapangan saya datang berkunjung ke blog kalian ye.

OK. Kali ini saya nak tunjukkan cara buat fridge magnet menggunakan penutup botol pula. Penutup botol ni tak kisahlah yang kita peroleh dari botol-botol di dapur atau beli di kedai kraf.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Penutup botol 
  • Gambar/Kertas bercorak (Saya gunakan printed scrabble tiles dan kertas kraf wood design sebab ini merupakan souvenir untuk sambutan birthyda Dhila yang bertemakan Scrabble bulan Mei yang lalu). Boleh baca mengenainya di sini dan di sini
  • Epoxy sticker (baca lanjut Apa itu Epoxy Sticker?) Dapatkan yang saiznya boleh muat pada permukaan penutup botol.
  • Magnet (Boleh dapatkan di kedai kraf /Mr. DIY/DAISO)
  • Gam kuat (strong bond glue)

Birthday Muffin

Jumaat, Julai 01, 2016

Assalamu'alaikum, 

Ini Birthday Muffin Gift Pack yang saya sediakan untuk Kak Nani, anak angkat Cekebon yang dah jadi family friend kami. Selalunya kalau saya tiada, Kak Nani banyak bantu Cekebon belikan barang-barang, hantar lauk, manja-manjakan Cekebon hehehe

Masalahnya, masa dah suntuk baru Cekebon sengih-sengih informed saya yang birthday Kak Nani keesokan harinya. Mujurlah hari tu saya buat mufin coklat untuk moreh dan makan dengan students. So, usahakan juga supaya jadi satu gift pack. Nak buat kek, saya malas nak korek buku resepi.

Hasilnya,..

Lagi Idea untuk Kad Raya DIY

Jumaat, Jun 24, 2016

Assalamu'alaikum,

Sekarang ni, setiap hari keywords di tower penuh dengan carian diy kad dan sampul raya. Makin ramai yang suka buat kad diy sekarang. Lagi bermakna kan,...

Boleh rujuk tutorial kad hari raya DIY di bawah:
Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:

Sempat lagi nak buat untuk diberi kepada kenalan dan saudara-mara. Tapi, kalau nak pos tu, tak pastilah dapat sampai sebelum raya atau tidak. Well, sampai lepas raya pun OK apa...raya kan sebulan :)

Di bawah ini ada beberapa lagi contoh kad raya mudah yang saya ingin kongsikan. Kali ini, base card saya gunakan kad bercorak. Jadi, tak perlu susah payah nak hias sangat.

Yang di atas ni hanya pakai reben, doily dan cebisan kertas.

Tutorial Kraf Kertas - DIY Mudah Kad Hari Raya (Bubble Talk)

Isnin, Jun 13, 2016

[Scheduled Post - Will be back on Tuesday, the 14th.]

Assalamu'alaikum,

Tutorial DIY Kad Hari Raya terdahulu:

Tutorial yang seterusnya ini bertemakan bubble talk. Secara peribadi, saya kalau buat kad hari raya memang jarang guna imej masjid, ketupat atau pelita. Saya prefer kad yang simple, tak ada elemen raya sangat. Saja nak kelainan. Apa yang penting, titipan ucapan hari raya dan ingatan tu :)

DIY Kad Raya Bubble Talk ini pun konsepnya sama. Ringkas. Mudah dibuat. Bahan-bahan yang diperlukan lebih kurang sama seperti tutorial-tutorial kad sebelum ini.  Di bawah, ada beberapa template yang boleh digunakan. [Save image dan cetak mengikut saiz yang diingini.]

Tutorial Kraf Kertas - DIY Kad Hari Raya Mudah

Jumaat, Jun 10, 2016

[Scheduled Post: Tuan tower tak ada sampai minggu depan.]

Assalamu'alaikum,
Hari ini entri tutorial kraf kertas. Kita buat kad raya ye. Hihihi walaupun baru masuk hari ke-4 berpuasa, kena up tutorial awal-awal. Bagi sesiapa yang berminat nak buat kad raya DIY, adalah ruang masa untuk kalian. Tidaklah nanti tergopoh-gapah nak sediakan barang,..nak siapkan kad,... nak kejar tarikh akhir Pos Malaysia lagi.

Kad raya DIY kali ini kita akan gunakan template di bawah dan bahan-bahan mudah. Save imej 'Salam Lebaran' di bawah, cetak di atas kad/kertas keras mengikut saiz pilihan. Hendak besar, cetak besar. Kalau suka yang kecil, cetaklah kecil.

Kayu Sakti Betulkan Alignment Tulisan Si Cilik

Khamis, Jun 02, 2016

Pernah tengok tulisan si cilik begini?

It's actually four yellow buttons. S dia dah tertelan ;)

Sakit mata kan? Sesak nafas dibuatnya. Ini antara senario biasa dalam Kelas Membaca dan Menulis saya. Belum campur yang tulis senget, tulisan naik ke langit, cangkuk naik atas baris,...Masalah tulisan di atas ialah tiada jarak yang betul antara perkataan-perkataan yang ditulis. Dia main lajak sampai habis. Rasanya kalau letak pencungkil gigi antara perkataan pun tak lepas tu sebab rapat sangat! [Jeling SS kat sini jap!] Berbuih dah mulut cikgu pesan, jarak guna jari...jarak guna jari...tapi dia main redah jugak!

DIY Kad Hari Guru - Tema Bunga

Sabtu, Mei 14, 2016

[Scheduled Post] Tuan Tower belum balik lagi.
Minggu lepas, saya sempat membantu beberapa pelajar Tingkatan 3 untuk buat kad hari guru dengan bajet yang mereka ada. Memandangkan setiap seorang ada beberapa orang guru yang hendak diberi kad ucapan hari guru, jadi kalau nak beli memang a bit costly.

Sebelum ini, saya sudah tunjuk tutorial DIY Kad Hari Guru menggunakan Scrabble tiles. Boleh lihat di sini. Kali ini saya nak kongsi DIY Kad Hari Guru dengan tema bunga. Saya pastikan steps untuk buat kad hari guru tema bunga ini semudah yang boleh, so the kids can do the cards easily. Tak perlulah nak terbalik tercampak gunting terpotong itu ini bagai.

First and foremost, kita perlu ada kertas/kad dengan corak bunga. Then, kena ada base card. Kad kosong terpulanglah nak guna warna apa. Macam dalam gambar di bawah, saya guna kad warna putih dan cream. Selebihnya, kita perlukan a few other things like gel pen, gam atau glue tape, double-sided tape atau dimensional tape dan hiasan untuk kad. Bergantung pada apa yang ada - washi tapes, adhesive diamentes, reben dan butang.

DIY Kad Ucapan Menggunakan Washi Tapes

Selasa, April 05, 2016

Assalamu'alaikum.
Hari ini saya nak tunjuk beberapa idea membuat kad ucapan menggunakan washi tapes. Tutorial ini bukan step-by-step ye. Mudah sangat nak buat! Jadi, saya rasa,...daripada saya tunjukkan satu demi satu cara untuk menghasilkan sekeping kad, lebih baik saya kongsi beberapa keping kad yang dihasilkan menggunakan washi tapes/masking tapes dan jelaskan sedikit sebanyak bagaimana cara nak membuatnya. Dah bersedia?

Oh, sebelum itu, saya harap jangan ada yang salah sangka. Tutorial kraf kertas yang saya kongsi di blog ini kebanyakannya melibatkan kos yang rendah. Maknanya, saya cuba tunjukkan cara untuk hasilkan sesuatu dengan kos minima supaya lebih ramai yang boleh enjoy crafting and treasure the act of giving for keepsake. Ada ibu-ibu yang nak buat kad ucapan supaya anak-anak boleh beri kad hari guru pada setiap guru yang mendidik mereka. Ada teman-teman blogger yang bermurah hati nak kirim sesuatu pada rakan-rakan dan pembaca blognya. So, yes. My crafts are affordable.

Housekeeping - Tutorial Kraf Kertas yang Bakal Menyusul

Isnin, Mac 28, 2016

Assalamu'alaikum,

Tidak tahulah kenapa, saya rasa macam extra sibuk sekarang ni. Sibuk dengan kelas, sibuk buat party planning (ada beberapa events yang perlu disediakan props-nya),...sibuk bobok hehehe Blog update selang dua tiga hari. Komen dan blogwalking lagilah,..dapat sentuh usik sikit-sikit sana sini je. 

Entri ini sekadar nak release teaser beberapa tutorial kraf yang akan diterbitkan di tower sekitar hujung Mac dan April. Saya terima beberapa e-mel daripada newbie yang berminat nak buat projek kraf kertas yang simple. Ada juga yang bertanyakan saya tentang kraf/diy mudah yang boleh dijadikan hadiah hari guru (bakal disambut Mei nanti). Dengan keadaan ekonomi sekarang, memang  lebih jimat buat sendiri. Dapat beri kepada lebih ramai guru.

Cara Kemas Clear Stamps Cling Stamps

Khamis, Mac 17, 2016

Antara barang-barang kraf yang selalu bersepah sana sini di bilik kraf saya ialah crafts stamps. Both clear stamps and cling stamps. Di bawah ini antara contoh stamps yang saya maksudkan. Didatangkan dalam pek kecil lebih kurang saiz A5, apabila dah banyak-banyak tu, saya sendiri susah nak locate di mana. Ada yang saya simpan dalam almari,..ada yang dalam laci meja kraf. Waktu nak guna, barulah menggelabah tercari-cari. 


Tutorial Kraf Kertas - Sampul Surat Paling Mudah untuk Kad Anda

Jumaat, Februari 12, 2016

Ini memang sampul surat paling mudah! Paling simple. Tidak perlu guna gam, corner rounder punch atau scoring board. Kita lipat-lipat sahaja. Untuk tutorial membuat sampul surat easy-peasy-pejam-sebelah-mata-pun-boleh-buat ni, saya gunakan kad mini bersaiz 7 cm X 7 cm sebagai contoh. Sebelum itu, boleh intai tutorial-tutorial membuat kad mini di pautan di bawah:

Sebenarnya, idea buat sampul surat sebegini terinspirasi melalui perkongsian di Pinterest. Teknik lipat-lipat selit yang saya kongsi di bawah pada asalnya digunakan untuk balut/simpan CD. Tak perlulah kita susah-susah nak beli sampul surat khas atau plastic casing. Bila tengok, terus terfikir,..betapa cool dan awesome-nya kalau kita buat sampul surat lipat untuk kad! Hanya dapatkan ukuran yang sesuai, tak perlu gam, tak perlu potong sana potong sini. Dapat pula time tengah nak cepat,..masa tulah nak potong kertas, terkial-kial nak buat sampul surat untuk kad ucapan,..thus, this is the best solution.

DIY Mudah - Bekas Tisu daripada Cawan Kopi

Isnin, Februari 08, 2016

Assalamu'alaikum,
Selamat bercuti dan bersantai.

Siapa di sini coffee lover? Peminat tegar kopi? Haaa...bagi yang selalu minum kopi ke teh ke...paper cups tu jangan dibuang begitu sahaja. Marilah kita amalkan 'gaya hidup hijau'. Kita guna semula cawan kertas untuk dijadikan kotak/bekas tisu. Cawan kopi jadi kotak tisu? Easy peasy. Cuba lihat gambar di bawah ni.

Bekas tisu daripada paper cups.

Ini antara DIY paling mudah yang kalian boleh cuba. Pada masa yang sama, kita didik diri kita untuk guna semula bahan-bahan terpakai. As easy as ABC. Semudah 123! Apa yang diperlukan? Hanya paper cup terpakai dan tisu! Then, of course kita perlu alat seperti gunting atau circle cutter (Baca mengenainya di sini).

Siapa Nak Washi Tape Fridge Magnet DIY Kit?

Jumaat, Januari 08, 2016

Assalamu'alaikum.
Ini bukan entry GA atau segmen.
Ini juga bukan entri Jom Cuba Nasib.
Hanya entri suka-suka.

Saya ada dua pek Washi Tape Fridge Magnet DIY Kit untuk diberi sebagai hadiah. No idea what it is?
Pelekat Peti Sejuk yang dibuat menggunakan washi tapes seperti dalam gambar di bawah.

...dan ini pek DIY Kit nya.