Paper Scoring, Scorer & Scoring Board

Sabtu, Mac 30, 2013

Paper scoring merupakan salah satu teknik asas dalam kraf kertas terutama sekali pembuatan kad. Apa yang dimaksudkan dengan paper scoring adalah membuat tanda pada kertas atau kad sebelum melipat supaya hasil lipatan kelihatan lebih kemas. Contohnya, apabila kita hendak membuat kad ucapan, teknik ini digunakan sebelum kita melipat kad kepada dua bahagian.


Lipatan pada kad yang tidak menggunakan teknik scoring.


Hasil lipatan yang menggunakan teknik scoring.
Berbeza, bukan? Tentunya hasil lipatan menggunakan teknik scoring lebih kemas dan rapi. Alat yang digunakan untuk membuat scoring dipanggil paper scorer. Ada pelbagai paper scorer di pasaran.

Antaranya:

(1) Bone Paper Scorer

Bone Paper Scorer



Cara menggunakan bone paper scorer.


(2) Multipurpose Trimmer (Scorer & Cutter)

Paper trimmer

Trimmer sebegini mempunyai dua fungsi - memotong (trim) kertas dan membuat tanda lipatan (score) pada kertas. Mata 'trimmer' perlu ditukar mengikut fungsi yang dikehendaki.


(3) Scoring Board


Membuat tanda untuk lipatan lebih mudah dengan scoring board kerana mempunyai landasan berlekuk dan pembaris pengukur.


Kredit




Kredit



Pilihan terbaik tentunya scoring board. Senang untuk lipat kad dan sampul surat, nak buat kotak kertas dan hiasan kraf (craft embelishments) pun ideal sangat. Tetapi, bergantung pada bajet kita jugalah. Sekiranya tidak mampu untuk beli scoring board, bone paper scorer sudah memadai untuk hasilkan lipatan yang cantik. Pandai-pandailah gunakan kreativiti masing-masing. 





9 ulasan

  1. Ohh baru tahu lah ade benda ni, lol

    Harge nye macam mane kak? mahal dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung pada jenis & brand. Kalau yang Martha Stewart tu makan ratus juga. Kalau paper scorer sekali ngan cutter bawah RM60 leh dapat.

      Padam
  2. sis JM un tengah cari barang kraft ni...jadi nya baru tahu mcm mana rupa scorer tu..sbb skrg ni tgh belajar nk buat ole2 sendiri...baru jimat sbb ramai penerima nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yessss selamat berkraf, Sis! Keep spreading the love!

      Padam
  3. ada rupanya alat sebegini.. baru tau.. nice sharing..

    BalasPadam
  4. Sis guna yg mana? Saya teringin nk beli board n scorer tu tp mahal sgt! Seratus lebih! By any chance u using bone scorer sahaja? If yes, myb thats good enough for me

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nurin, saya guna yang no. 2. Tapi bukan seperti dalam gambar. Jenis yang murah je. Range harga around RM30 - 60. Paper cutter sekali dengan scorer dan matanya boleh tukar. Memang, kalau scoring board tu memang mahal. Berbaloi beli kalau kita betul2 into papercrafts :)

      Jika tiada bone scorer, boleh beli pembaris plastik yang jenis boleh lentur (tak mudah patah compared to pembaris plastik biasa). Khususkan pembaris itu untuk lipat kad je.

      Padam
  5. owh, patutlah lipatan cantik jer..ada alat eh..noob sgt..hihi

    BalasPadam
  6. kalau kat Malaysia, mana boleh dapat scoring board ni ye. I pun tengah cari hougie board

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.