'Circle cutter' atau pemotong bentuk bulat membolehkan kita menghasilkan bulatan yang cantik, kemas dan lebih sempurna berbanding dengan menggunakan gunting biasa. Terdapat beberapa jenis 'circle cutter' di pasaran. Salah satu daripadanya adalah seperti yang saya miliki ini.
Mempunyai satu jarum tajam boleh laras untuk menentukan saiz bulatan manakala satu mata pisau untuk memotong lilitan bulatan. Konsep penggunaan 'circle cutter' ini sama seperti jangka lukis. |
Tetapi, 'circle cutter' yang lebih baik adalah jenis yang tidak akan mempunyai kesan lubang jarum di tengah-tengah kertas kerana tiada jarum yang perlu diletakkan di pusat bulatan. Letakkan mata pisau pada saiz bulatan yang dikehendaki. Kemudian, pusingkan 'cutter' sehingga mendapat keratan bulatan yang sempurna.
Selain daripada menggunakan 'circle cutter', kita juga boleh menggunakan 'circle punch'. Namun, penggunaan 'circle cutter' lebih praktikal kerana dengan satu alat ini kita boleh dapatkan pelbagai saiz bulatan.
Ok saya tak ada lagi circle cutter ni..kalau nak buat bekas tisu guna cup kena beli ni baru cantik dan kemas..beli kat mana tu Farrah?
BalasPadamhaah yana pon tak ada lagi benda ni!
BalasPadam