Jumaat, Julai 11, 2014

Corner Rounder Punch


'Corner rounder punch' sangat penting dalam seni kraf kertas terutama sekali dalam pembuatan kad. Fungsi 'punch' ini adalah untuk membuat kemasan melengkung pada hujung kertas/kad/projek kraf. Jadi, akan ada kelainan pada bahagian hujung kertas. Nampak lebih cantik dan tak tipikal :)

Sebenarnya 'corner rounder punch' didatangkan dalam pelbagai saiz. Apa yang saya maksudkan dengan saiz di sini bukanlah saiz alat 'punch' tersebut, sebaliknya saiz potongan/lengkungan yang dibuat. Saya hanya mempunyai dua jenis 'corner punch', satu bersaiz kecil (S) dan satu lagi bersaiz (L). Nampak tak perbezaan saiz kedua-dua lengkungan pada jalur kertas di atas?

Sekiranya kalian baru nak berjinak-jinak dengan pembuatan kad ucapan, scrap book atau seni kraf kertas yang lain, saya cadangkan beli satu dahulu yang saiznya tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Pada peringkat awal, tidak perlu beli sampai dua tiga jenis 'corner rounder punch' kerana kita boleh peruntukkan bajet untuk beli peralatan kraf yang lain. 

Harga sebuah 'punch' seperti dalam gambar di atas sekitar RM15 - RM20.


24 ulasan:

  1. Oooo.. itu tujuannya.. nampak tadi macam stepler...

    BalasPadam
  2. Tak penah tau yang ni..
    Yelah, cantik je lengkungan kad tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm, kira kalau buat kad tu nampaklah nilai komersialnya :)

      Padam
    2. Saya singgah sini lagi sebab nama nye macam dapat imagine dengan barangnye...but need to confirm.
      X familiar sangat :)

      Padam
    3. No problemo :) tapi mcm yg kita bincang dululah, kalau Shikin tak guna sangat, tak berbaloi beli.

      Padam
  3. Balasan
    1. Kat kedai stationeries besar. Kat POPULAR pun ada :)

      Padam
  4. ishhh xnmpk lagi cara guna mcm mna punch ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oohhh. Masukkan kertas dekat bahagian berbucu tu and punch. Jadilah melengkung tepi kertas tu. Kalau tak, kita kena guna gunting. Dapat tangan macam akak ni, macam2 ghupe lengkungnya :)

      Padam
  5. ohhhh..! *ternganga mulut* selalu pakai gunting ja.. tu pun tak berapa kemas..

    ada special tool rupanya.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang akak ada ni basic je, Firah. Kalau pergi dekat kedai jual barangan kraf yang betul2 tu,..ada macam2 saiz. Harga boleh mencecah hingga 80 - 100 ringgit.

      Padam
  6. mula2 tak perasan beza curvenya,tenung lama2 baru nampak... tak tahu ada benda ni,sya lukis n gunting ja,guna cr lama..hasil pun tak cantik.. T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm ada alat ni lebih cantik dan kemaslah lengkungan yang kita buat tu.
      Akak dulu2 buat pakao duit syiling je...

      Padam
  7. Alaaaaa... Mana nak beli Coner rounder punch tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana2 kedai buku & stationeries. Kat POPULAR pun ada :)

      Padam
  8. ooo. mcm ni rupanya coner rounder punch.. boleh beli dah pasni.. hehehe .:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ni bolehlah Ros cari. Makin senang nak buat kerja :)

      Padam
  9. ada tanya SS kat mana nk beli benda ni..pastu dia ckp..dia tahu pun dari blog Farrah lah..so sis JM dah tahu nak beli kat mana..sbb ada nk buat 'projek' utk beri kepada rakan reader blog sis tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhhh, besar bunyinya projek sis JM! Nanti cuba cari tau. Kalau kat popular tak jumpa, kat mr. diy pun ada :)

      Padam
  10. akak beli dekat popular mana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana2 Popular yg cawangannya agak besar. Cari di bahagian stationeries atau bahagian art & craft. Jika tak jumpa, boleh juga cari di Mr. DIY. Tapi bergantung pada availability of the stock.

      Padam
  11. thanks sudi share.. tak pernah jumpa.. nak kena beli satu nih.. baru nih buat sampul surat tak berapa kemas lengkungan yang potong dengan gunting jer..

    BalasPadam
  12. beli kt mane ni kak farrah?..
    xpernah tgk pon

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.