Dulu saya suka sangat buat tart keju. Tak kiralah tart keju yang plain atau yang ada blueberry filling. Sekarang ni dah tua ...malas nak buat semua tu. Tetapi, hari ini saya hendak kongsi resepi kelongsong tart (tart shells) yang biasa saya gunakan. Bagi saya, kelongsong tart pun mainkan peranan utama dalam memastikan kuih tart enak dimakan. Kalau inti atau filling keju sedap berlemak, tetapi kelongsongnya macam so so sahaja ... hilang kenikmatan makan tart keju heheheh.
Saya suka kelongsong tart yang rangup. Barulah kunyahan kita tu lebih enak... ada elemen lembut, ada crunchy.... baru puas hati! Okey, jom tengok resepi!
Resepi Kelongsong Tart (Tart Shells)
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A
Bahan B
Bahan C
Selamat mencuba! Nanti jangan lupa kongsi pandangan kalian mengenai hasil kelongsong tart ini dengan saya ya. Haa ... bagi yang sudah mahir buat kelongsong tart, marilah cuba buat salah satu resepi tart kegemaran saya - Tart Badam Rasberi.
- 200gm butter
- 100gm gula aising
- 1/4 sudu teh esen vanilla
Bahan B
- 1 biji telur
Bahan C
- 420gm tepung gandum
- 1 sudu besar susu tepung
Cara - cara penyediaan:
- Putar Bahan A sehingga lembut. Masukkan Bahan B dan putar lagi sehingga gebu. Kemudian, masukkan C dan gaul sebati hingga menjadi doh. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama 2 jam.
- Ambil sedikit adunan. Tekan adunan ke dalam acuan tart. Buang lebihan adunan supaya kelongsong terbentuk lebih kemas. Cucuk dasar kelongsong dengan garfu agar tidak menggelembung ketika dibakar.
- Bakar pada 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit atau hingga keperang-perangan.
Setelah siap dibakar, bolehlah diisi dengan 'filling' keju atau krim. Tetapi, pastikan kelongsong tat sudah betul-betul sejuk. Kelongsong tat ini boleh disediakan terlebih dahulu dan disimpan di dalam bekas kedap udara. Untuk tahan lebih lama, simpan di dalam peti sejuk.
Fevret saya ni, especially tat nenas gulung.
BalasPadamCitarasa kita samalah, Shikin. Saya pantang jumpa tat nenas! Tapi saya suka yang bentuk bunga. Jem dia terbakar sikit kat bahagian atas.
Padam