Tutorial Kraf Kertas - DIY Kad Hari Raya Mudah

Jumaat, Jun 10, 2016

[Scheduled Post: Tuan tower tak ada sampai minggu depan.]

Assalamu'alaikum,
Hari ini entri tutorial kraf kertas. Kita buat kad raya ye. Hihihi walaupun baru masuk hari ke-4 berpuasa, kena up tutorial awal-awal. Bagi sesiapa yang berminat nak buat kad raya DIY, adalah ruang masa untuk kalian. Tidaklah nanti tergopoh-gapah nak sediakan barang,..nak siapkan kad,... nak kejar tarikh akhir Pos Malaysia lagi.

Kad raya DIY kali ini kita akan gunakan template di bawah dan bahan-bahan mudah. Save imej 'Salam Lebaran' di bawah, cetak di atas kad/kertas keras mengikut saiz pilihan. Hendak besar, cetak besar. Kalau suka yang kecil, cetaklah kecil.

Dah ada template, kita akan perlukan bahan asas untuk buat kad seperti:
  • Kad/kertas keras (dipotong dan dilipat supaya menjadi kad dasar/base card)
  • Kertas warna, kertas bercorak.
  • Glue tape
  • Dimensional tape
  • Hiasan kraf lain seperti benang, reben, butang,  washi tapes, adhesive diamentes dan gel pen.

Kad di bawah yang dihasilkan melalui dua bahan terpakai:- kotak bahulu dan page borders untuk organiser.




Untuk kad ini, base card saya guna page border organiser lama. Saya potong kotak bahulu yang berwarna pelangi menjadi satu jalur yang sesuai dengan saiz kad. Saya gunakan border punch pada kertas berwarna kuning dan buat lining di tepi jalur kertas tersebut. Seterusnya, saya gunakan hiasan bunga berwarna ungu dan secured the positon using a yellow button brad. Akhir sekali, tampal sentimen 'Salam Lebaran' menggunakan dimensional tape.


Masih dengan page border dan kotak baulu, saya gunakan gel pen berwarna kuning untuk lukis faux stitch dan rama-rama felt berwarna biru.

Base card berwarna hijau. Saya gunakan kertas bercorak berjalur dengan tema warna yang sama. Tampalkan jalur kertas kuning (yang sisinya dikoyakkan untuk hasilkan efek yang comel) di belakang kertas berjalur. Sebelum tampal kertas jalur pada base card, lilitkan benang hijau dan kuning dan simpul jadi reben. Gunakan dimensional tape untuk tampal kertas berjalur yang kita dah hias tadi ke atas base card. Akhir sekali, tampal sentimen 'Salam Lebaran' juga menggunakan dimensional tape.


Antara yang paling mudah. Hanya tampalkan kertas bercorak dan satu jalur kertas kuning (to complement the stripes) di atas base card, diikuti dengan sentimen 'Salam Lebaran'. Siappppp!

Kad di atas, saya gunakan kertas coklat bercorak retro yang digabungkan dengan kad wood design. Cuma kali ini ditambah dengan butang dan baker's twine.

Kad terakhir ini pula hanya guna washi tapes. Potong-potong, tampal dan jangan lupa sentimen 'Salam Lebaran'. Oh, untuk dapatkan idea kad menggunakan washi tapes, boleh intai di sini.

Mudah kan? Selamat Mencuba!


Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)

51 ulasan

  1. Salam kak Farrah :)

    Rindunya nak bertukar-tukar kad raya macam zaman sekolah dulu. Sekarang nih, kawan-kawan cuma wish dekat Whatsapp dengan message je, haha. Dulu, kad raya buat sendiri lepas tu tampal la duit seposen ke seringgit kalau best friend. Ya Allah..how I miss that moment :')

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam, Nini. Best kan zaman meriah kad raya dulu2. Inilah yang akak nak cuba buat...hidupkan kembali kegembiraan hantar dan terima kad raya :)

      Padam
    2. Jom Nini, buat kad raya jom!

      Padam
  2. kreatif...dan sangat tempting..mcm nak makan kecomelannya itu...hehehe...mujur pose..uhukk...uhukk..Salam Ramadhan ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamakkk,...sampai nak makan?! Heheheh jangan erny...kertas tuh! :)

      Padam
  3. Kretifnya Farrah, tula nak kena ada juga peralatanya kan.. salam ramadan, mohon kemaafan jika ada salah dan silap, selamat berpuasa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe tapi yang saya buat ni, peralatan basicnya kita ada. Cuma kena pandai godek2. Salam ramadan buat BP juga. Moga ramadan kali ini lebih bererti buat kita semua :)

      Padam
  4. salam kak farrah ! cantik ... kalau akak buat la

    BalasPadam
  5. kalau yana buat ke laut rasa nak buang selalu ;O

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum cuba belum tahu, dik. Senang je,...potong2 tampal2 :)

      Padam
  6. cantiknya.. sayang nak gantung... nak simpan dalam hati je.. ehhh ! heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam mana nak kasi masuk simpan dalam hati tu ye? ;)

      Padam
  7. Balasan
    1. Ada urusan penting nak kena selesaikan. Thanks, Yana. Will do.

      Padam
  8. Cantiknyaaaaa!!! Saya ni selalu pemalaih, kerja beli je terus. Tak terfikir nak guna kotak apa semua. Takpe lepas ni boleh cuba hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihihi cuba cuba jangan tak cuba. Mesti Dylla lagi banyak idea. Nway, kalau busy memang berbaloi beli jelah adik sayang...mana nak study untuk final lagi,..nak buat kad lagi...

      Padam
  9. cantik2 kad raya handmade Farah nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa2 je, Eyda. Kertas dan kad tu dah sedia cantik. Saya tukang potong dan tampal je :)

      Padam
    2. ishh kalau tak reti nak potong dan tampal bagi cantik, tak jadi jugak..

      Padam
  10. Serius memang rajin gilos buat card DIY ni.. kena gunting, potong tampal.. Oh ! mummy memang takde kesabaran nak buat ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mummy ajaklah hero2 buat sekali. Si hero kecik tu kan mewarisi bakat dan kreativiti mummy :)

      Padam
  11. berapa lama masa yg diambil tuk siapkan satu card ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau banyak congceng, gosip2 dengan Bott atau tengok TV, dalam 6-8 minit. Kalau tak 4 minit dah siap dah Mummy. Saya punya kad ni simple je.

      Padam
  12. Ish ulang.. kreatifnya.. jeles mummy!

    BalasPadam
  13. cantiknya... nk sekeping hahahaha

    BalasPadam
  14. harap - harap ada lah setiap design satu utk saya...

    #demand
    #macambiasatakbiasakannnn

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. Ada barang ekin boleh buat akak.. Ni sebab xde hihihihihi tengok saja jer la

      Padam
  16. wahhh, cantiknyaaa kak fara..")

    BalasPadam
  17. kad raya ala2 moden gitu.. Cantik..

    BalasPadam
  18. Dulu selalujgk buat homemade kad raya ni.. Potong kartun dalam ujang tu kak Farrah.. hihihihhii...

    BalasPadam
  19. tuan tower pegi beli baju raya ke...

    BalasPadam
  20. akak klau saje2 nk guna # tu dapat hadiah x??? hihihihihihhi

    BalasPadam
  21. wahhh rajinnya.. hehhee. semua lawa2
    tunggu kad raya nina

    BalasPadam
  22. ohh tidak mampu tgk je..nak buat? mmg tak lah huhuh

    BalasPadam
  23. SS dapat yg retro tu... he he he...

    BalasPadam
  24. Kaco laa robot ni.. Nak balik dulu laa.. ha ha ha...

    BalasPadam
  25. comelnyaaaa lahai.. ketas polka2 dot.. i is kenot laa..

    BalasPadam
  26. Mane nak dpt brg2 nak buat kad ni dgn hrge yg murah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kertas keras/kad boleh dapatkan di POPULAR. Barang2 hiasan cuba cari di Mr. DIY. Ada banyak pilihan dan harga memang murah-murah. Tetapi bergantung kepada stok kedai tu lah. Jika sukar dapatkan di Mr. DIY, di POPULAR pun ada, tapi bit pricey.

      Padam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.