Mufin Coklat Tanpa Telur

Jumaat, Jun 10, 2016

[Scheduled Post: Masih tiada di tower.]


Ini resepi mufin coklat paling mudah, less messy dan yang penting super yummy! Resepi mufin coklat ini saya dapat dari blog Wana. Dah lama save, tapi tak terbuat-buat. Apa yang betul-betul pancing minat saya, resepi mufin ini tidak menggunakan telur.



Sumber Resepi: Sweet Red Cherry

Bahan A
  • 3/4 cwn gula perang
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2 sk baking powder
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1/2 cwn serbuk koko

Bahan B
  • 1 cwn susu segar/cair (Saya guna susu cair. Nak habiskan stok dalam peti sejuk. Pada pendapat saya, jika nak rasa yang lebih enak berlemak, gunakan susu full cream.)
  • 1/2 cwn minyak masak (Saya pakai minyak canola.)
  • 1 cwn air panas
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Coklat cip secukupnya (Saya hanya guna 1/4 cawan. Digaul terus ke dalam adunan just untuk enrich rasa coklat. Tak tabur pun kat atas sebelum dibakar)
  • Badam cincang-jika suka (Saya tak letak kacang sebab nak keep it simple so Cekebon leh tumpang makan sesuap dua).

Langkah-langkah:
  1. Satukan semua bahan A. Gaul rata. Masukkan pula Bahan B. Saya hanya guna whisk untuk pukul semua bahan sehingga sekata. 
  2. Masukkan coklat cip dan kacang, scoop adunan ke dalam loyang mufin/ muffin cups
  3. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 18 - 20 minit.

Thanks so much, Wana untuk resepi ni. This one is really a keeper. Cuma adunan yang saya buat tercair sedikit. Rasanya terlebih susu. Bila bakar tak naik dan merekah. Anyway, Saya suka tekstur mufinnya yang lembut, tak terlalu dense. Laku laris mufin ni! Cekengah yang konon tengah diet pun angkat bendera putih. I opted for a not too sweet batch of muffins. Jadi, saya kurangkan sedikit gula perang dan penggunaan coklat cip. Just nak something sweet to indulge lepas buka puasa/masa moreh. Jika nak mufin coklat yang betul-betul mewah rasanya, lebihkan sedikit coklat cip, guna susu full cream dan mentega/marjerin yang dicairkan instead of minyak masak.

Selamat Mencuba!

88 ulasan

  1. Balasan
    1. Ni memang bukan untuk raya :)

      Padam
    2. Sayang akk sbb bg resipi.
      Doakan tulang saya ringan ye..hehe..

      Padam
    3. Kalau k.Farah dah cuba menjadi tu insyaallah ok resepi ni:)
      Berani sket nk try.

      Padam
    4. Insya Allah, this is a fail-proof recipe, Shikin. Akak suka teksturnya. Cuma level kemanisan tulah yang bergantung pada kita :)

      Padam
    5. blom raya katanya... Kalu dah raya baru nak buat kuih... Bilanya nak makan? ha ha ha...

      Padam
  2. nak sikit untuk berbuka... kih kih kih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah abislah,....sila buat sendiri :)

      Padam
    2. suruh Kakanda SS buat lah...

      Y_Y

      Padam
    3. suruh Kakanda SS buat lah...

      Y_Y

      Padam
    4. Amboi, kemain lagi demand minta orang buatkan! Siapa yg tengah cuti 3 bulan tulah yang kena buat!

      Padam
  3. dah lama tak bermuffin
    tanpa telur mmg terbaik farah
    save telur dan rasa pun hebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, Kak Noor. Jimat telur,..then orang yang alah makan telur pun boleh makan :)

      Padam
    2. haah jimat sanagt sebab selalu je habis stock telur kat rumah ni

      Padam
    3. Bab jimat telur tulah yg buat recipe ni winnnn :)

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. sy ambil resipi... hehehe tq sharing

    BalasPadam
  6. kalau ada telur selalu ahnyir ja kalau ain buat hahaha! Boleh try yg ni pulak. Tapi tak suka coklat :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. haaaa,..cuba resepi ni. Confirm tak hanyir!

      Padam
    2. blh jugak tuka dgn perisa tu.. Letak pandan.. :D

      Padam
    3. Wahh, bukan main lagi chef Ikhwan kita ni... Betul2. Nak buat flavour pandan atau flavour lain pun boleh. Gantikan portion serbuk koko dengan tepung biasa. Then letaklah flavour yang diingini :)

      Padam
  7. nampak cantik kat mata.. kat tekak apatah lagi.. hehehe

    BalasPadam
  8. Sedapnyaa. Baru ni Nani buat kurang gula. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus tu,..kita ni kena biasa2 kan kurangkan gula :)

      Padam
    2. rasanya klau muffin manis baru best kak..

      Padam
    3. kalau saya, kurangkan gula, lebihkan chocolate chip

      Padam
    4. Setuju ngan Sal. Biar keknya kurang manis, dapat manis drpd coklat cip je.

      Padam
    5. Mufin manis memang best, Ikhwan...tapi jangan dibiasakan sangat/jangan makan banyak sangat. :)

      Padam
  9. Aipp pose.. Tgk jelah.. hahahaha

    *SS buat ler ye.. 6ti meh hntr sini ciket. ****

    BalasPadam
  10. sedapnyaaa... tanpa telur pun jadi ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadi, Nina. Lembut mufinnya. Itu yang akak suka dengan resepi si Wana ni :)

      Padam
  11. sedap tu.. sesuai untuk yang tak makan telur..

    BalasPadam
  12. Tula nak berbuka ni nampak tersangat lazat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak! Maaf ye, BP. Takpe nanti boleh bake dengan budak berdua tu :)

      Padam
  13. Sedaaapnyaaa :) nanti buat sekali lagi, hantar hantarlah dekat org sini . hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takut tak sempat. Mentara nak hantar, masuk mulut,..masuk mulut habis ;)

      Padam
  14. suka mkn mufin...nampak lembut jek..tak guna telur?

    BalasPadam
  15. Wawa? ..sis Wawa tu mmg pandai buat kek n pastri

    BalasPadam
  16. kalau sukatan guna cawan or sudu ni mmg senang...kalau guna gram tu agak leceh sbb kena beli penimbang kecik tu

    BalasPadam
  17. tapikan..cawan yg di maksudkan ni cawan kopi tu kan

    BalasPadam
  18. sudu kecil tu sudu teh kan..bukan sudu untuk ceduk kuah tu kan

    BalasPadam
  19. aduhai!! rajin dak sorang ni..haruslan hari raya nanti mcm2 kuih home made ni ni..nk g beraya kat umah boleh?

    BalasPadam
  20. dah lama simpan impian nak beli Oven dan Mocrowave..nak BAKING katanya..tgk resipi2 mudah dlm blog Farrah ni mmg teringin nak cuba..in shaa Allahsimpan duit sikit2 nanti nk beli microwave dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha dari tahun lepas nak beli , mohon cepat sikit ! sebab banyak resepi menanti

      Padam
    2. nak baking tak guna 'mocrowave'... he he he...

      Padam
  21. Nanti nak try buat lah guna resipi yang Kak Farrah share ni :D Hopefully jadiii

    BalasPadam
  22. jay emm dah beriya tanya kat atas tu... tak buat siap dia! ha ha ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang nak serbu rumah dia.. uhuk2.. tah bila dia nak jempot..

      Padam
  23. lepas tu tebuk tengah2 isi dengan custard.. feeling2 bavarian ehehe..

    BalasPadam
  24. senang gak tengok resepi nanti kena cuba la

    BalasPadam
  25. satu-satu nyer muffin yg aida buat / suka buat ialah muffin coklat.
    sebab tu kalu buat, memang abis licin anak2 makan.
    kalau lain-lain memang akan tersadai atas meja makan sampai keras !

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.