Tutorial Kraf Kertas - Sampul Surat Paling Mudah untuk Kad Anda

Jumaat, Februari 12, 2016

Ini memang sampul surat paling mudah! Paling simple. Tidak perlu guna gam, corner rounder punch atau scoring board. Kita lipat-lipat sahaja. Untuk tutorial membuat sampul surat easy-peasy-pejam-sebelah-mata-pun-boleh-buat ni, saya gunakan kad mini bersaiz 7 cm X 7 cm sebagai contoh. Sebelum itu, boleh intai tutorial-tutorial membuat kad mini di pautan di bawah:

Sebenarnya, idea buat sampul surat sebegini terinspirasi melalui perkongsian di Pinterest. Teknik lipat-lipat selit yang saya kongsi di bawah pada asalnya digunakan untuk balut/simpan CD. Tak perlulah kita susah-susah nak beli sampul surat khas atau plastic casing. Bila tengok, terus terfikir,..betapa cool dan awesome-nya kalau kita buat sampul surat lipat untuk kad! Hanya dapatkan ukuran yang sesuai, tak perlu gam, tak perlu potong sana potong sini. Dapat pula time tengah nak cepat,..masa tulah nak potong kertas, terkial-kial nak buat sampul surat untuk kad ucapan,..thus, this is the best solution.

Baiklah, untuk buat sampul surat bagi kad mini seperti dalam gambar no. 1 di bawah, kita hanya perlukan kertas berukuran 12 cm X 18 cm. Tidak kira kertas apapun. Terpulang pada kalian. Boleh guna kertas A4 biasa, kertas pembalut hadiah, lembaran buku/majalah lama dan suratkhabar. Saya gunakan kertas recycled berwarna coklat yang teksturnya seperti kulit buku tulis, cuma agak nipis. Mana nak dapat? Boleh cari di kedai buku POPULAR.

Cuba perhatikan betul-betul langkah 1 - 6.


Siapppp! Nampak tak,.. cantik kemas berbalut je kad mini kita. Si penerima pun akan teruja untuk buka kadnya. Oh, once dah siap lipat dan selitkan kemas-kemas seperti pada rajah no. 6, bolehlah kita tulis/hias bahagian hadapannya. Seperti di bawah ini,..



Alternatively, kalau dah sampai step no. 4 dan tak mahu selitkan bucu berlipat tu pun tidak mengapa. Gunakanlah washi tape atau printed tape untuk lekatkan sampul surat. Kali ini bahagian belakang (yang sepatutnya diselit kemas) kita jadikan bahagian depan sampul.


Macam mana? Senang je kan? =)
Selamat Mencuba!
Happy Crafting!

Psstt! Boleh juga jika nak buat sampul surat daripada bentuk love (hati). Tutorialnya di sini.



Muat naik hasil kreativiti anda di Instagram. Gunakan hashtag #famftowercrafts  di Instagram (dan boleh juga tag saya @faidamf) untuk sebarang hasil kreativiti yang anda buat berdasarkan tutorial-tutorial di blog ini.  Anda berpeluang memenangi hadiah istimewa daripada saya :)


65 ulasan

  1. 14 february 2016 thats my birthday .. huhuhu . drop here again

    BalasPadam
    Balasan
    1. Happy birthday, Shahril. Wishing you another great and majestic year :)

      Padam
  2. comel je sampul surat.. lepas ni boleh buat sendiri.. =)

    BalasPadam
  3. Alahai, comelnya. Mudah jea rupanya. Mekja pernah buat yg ni kalo tak silap. Hihi

    BalasPadam
  4. saya suka ni!kat opis selalu buat balut CD macam ni..jimat!

    BalasPadam
  5. Ni masa zaman sekolah dulu selalu la buat macam ni. Buat kad raya sendiri, lepas tu masukkan dalam sampul yang dibuat sendiri jugak. Cuma nak tampal penutup tu, letak nasi sikit kat hujung dia untuk ganti gam dan tenyeh! Dah siap. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Letak nasi tu first time saya dengar. Kira macam gam kanjilah tu kan,.. ;)

      Padam
  6. Walawehhh, senangnya. Saya selalu kalau buat sampul, memang buat yang panjang punya je. Yang ni saya bookmarked sebab senang nak buat nanti :D

    BalasPadam
  7. Wahhh.. Memang kemas dan cantik! Serius. Simple aje, tapi menarik. Thanks for the sharing, sis. =)

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Kadang yg simple tu yang malas... yang susah tu yang gigih... SS lah tuhh... ha ha ha...

      Padam
  9. Farrah, dah dapat belum "hadiah" dari saya? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Intan!! sis JM dah terima hadiah tu...ya Allah...CANTIK dan MAHAL...terima kasih!!!!

      Padam
  10. Fuhyoooo! Serious cantik and kemas Kak Farrah!

    BalasPadam
  11. SS pening memusing nengok lipat2 kertas tu... Takut terpusing jadi sampan...keh keh keh..

    BalasPadam
  12. Off topic:

    Akak, saya Nak!!! \[^__^]/. Excited sungguh saya. Tak apa kak, akak tolonglah betulkan sistem grammar saya daripada saya 'hanyut syok sendiri'. Haha. I prefer just post it in the comment. At least, everyone can learn it together. =)

    Alhamdulillah, thanks Kak Farrah MF. =)

    BalasPadam
  13. Terharu sungguh saya malam ini. Rasa macam tengah belajar dengan Cikgu BI secara personal face to face. Thanks a lot kak Farrah MF. Saya sangat-sangat menghargainya. =)

    Semoga Allah s.w.t memberkatimu Kak Farrah. Aminn. =)

    p/s: Kena cari bahan nak siapkan homework ni. =D

    BalasPadam
  14. adeh memangla kalo scroll Pinterest tu macam2 benda jumpa.. nak buat pun macam2 alasan jugak.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SS tak pernah scroll Pinterest.. Ke mende tu?

      Padam
    2. ada ke yana scroll pinterest tu nak cari resepi je kehkeh

      Padam
  15. iols datang singgah weekend ni kak.. menjalankan rutin mingguan nak bom.. supaya x terkeluar carta.. huhu..

    BalasPadam
  16. Assalam Farrah....sorry dear lama x singgah sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau blog kak farrah lama tak singgah blog yana lagi lama la jawabnya

      Padam
  17. nama sis JM pun dah kluar dari list tu huhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. yana pasti nama kak JM akan masuk balik carta

      Padam
    2. Ini dah jangkit dengan Ekin ke? Mengukuhkan kedudukan... kah kah kah...

      Padam
  18. farrah! sis JM dah terima 'hadiah' tu...cantik..seperti biasa..i like!!! terima kasih

    BalasPadam
  19. yes!!! mmg sgt mudah ni..just lipat2 gitew je x perlu gam bagai

    BalasPadam
  20. kalau lah kad tu besar sikit so ukuran kertas tu mesti ukuran besar dari kad

    BalasPadam
  21. mudah sangat ni kak farah bzb kreatif terbaik hihihi

    BalasPadam
  22. Comelnya..tak payah potong plak.. lipat2 je lagi ringkas ni..tapi hasil memang menarik.

    BalasPadam
  23. wah... senang ni... comel pulak tu... thanks sharing... :D

    BalasPadam
  24. tantiknyer.. hehhe dulu sukalah lipat2 nih. haha

    BalasPadam
  25. Saya suka saya suka.
    Kak farah ngan sss ... mmg hebat... memang kreatif... jeles sy tau ;-)

    BalasPadam
  26. geram ja tgk hasil kerja tangan akak.. nampak mudah, tapi klu I buat tak secomel tu.. HAHAHA

    BalasPadam
  27. bila yana tak tahu nak buat apa yanag selalu buka blog akak cari idea nak buat apa dengan segala benda terbuang kat bilik yana tu

    BalasPadam
  28. Saya dah terima kiriman minggu lepas...
    Ya Allah..suka sangat2..comel2 hasil kerja Farrah..Terima Kasih tau..muahciked sikit..hehehehe

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.