728 x 90

Jumaat, 5 Disember 2014

Tutorial Kraf Kertas: Kad Mini Menggunakan Lebihan Kertas

Hari ini saya nak tunjukkan cara buat kad mini dengan mudah. Ya, hanya menggunakan lebihan kertas skrap/kertas warna yang kita ada. Lihat gambar di bawah. Semua tu, baki kertas-kertas projek kraf saya. Walaupun tinggal sedikit, keratan-keratan kertas tu saya tak buang terus. Saya simpan dalam satu bekas khas supaya tak berselerak.

Lebihan kertas warna/skrap
Menggunakan lebihan/cebisan kertas-kertas ini, kita boleh hasilkan kad mini. Kad kecil comel untuk beri pada seseorang atau sebagai tag untuk hadiah. Jom tengok!
Di bawah ni beberapa contoh kad mini yang saya maksudkan.


Kad mini daripada lebihan kertas.

1. Lots of Love
  1. Sediakan base card. (Potong kad kosong mengikut saiz yang dikehendaki dan lipat kepada dua bahagian)
  2. Gunakan craft punch berbentuk love pada mana-mana kertas bercorak. Apa itu craft punch? Boleh lihat di sini :)
  3. Susun dan tampal bentuk love tersebut di muka hadapan base card dengan glue tape.
  4. Kemaskan bahagian tepi kad dengan corner rounder. Baca mengenainya di sini.

2. I {heart} U
  1. Sediakan base card. (Potong kad kosong mengikut saiz yang dikehendaki dan lipat kepada dua bahagian) 
  2. Sediakan dua jalur kertas bercorak. Satu bersaiz besar manakala satu lagi lebih kecil. 
  3. Susun ikut kreativiti. Gunakan glue tape untuk tampal pada base card.
  4. Kemaskan kad dengan tag 'I Love U' dan reben kecil.
  5. Gunakan corner rounder untuk buat lengkungan pada bahagian tepi kad. 
  6. Buat garis-garis halus menggunakan gel pen supaya nampak seperti stitch di keliling kertas.

3. Always in My Mind
  1. Sediakan base card. (Potong kad kosong mengikut saiz yang dikehendaki dan lipat kepada dua bahagian) 
  2. Potong beberapa keping lebihan kertas menjadi jaluran yang sama panjang. Susun dan tampal secara melintang. Kemaskan dengan ucapan  'always in my mind'. Untuk hasil yang lebih menarik, tampal guna dimentional tape. Info mengenainya di sini.

4. CELEBRATE
  1. Sediakan base card. (Potong kad kosong mengikut saiz yang dikehendaki dan lipat kepada dua bahagian) 
  2. Ambil beberapa keratan kertas dengan saiz yang berbeza. Susun dan tampal secara rawak mengikut kreativiti.
  3. Tampalkan tag CELEBRATE yang telah dihias dengan reben kecil.


Tag/Ucapan 'I Love You', 'Always in My Mind' dan 'CELEBRATE' dibuat menggunakan cap getah. Sila lihat di sini :)


Senang je kan?! Buat sendiri lebih baik. Nak buat tak ambil masa yang lama. Jimat pun jimat. Kalau nak beli, paling kurang harganya dalam RM0.80 - RM1. Selamat Mencuba!


48 ulasan:

  1. betul...buat sendiri lebih jimat..hari tu sis beli kad sekeping RM1 walhal cantik lagi yg Farrah buat sendiri. Malas punya pasal dan x de kertas or lebihan scrap..pejam mata..beli je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis, lepas ni boleh buat kad-kad kecil ni dgn adik sis! Guna wrapping paper lebih/kertas warna...mesti dia suka ;)

      Padam
  2. the best part..tak membazir kan.mesti orang yang dapat tu appreciate sangat.tetibe minat craft lepas follow blog Farrah walaupun tahu tangan tu tak berapa berseni..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sal pun boleh buat. Yg best ttg kraf kertas ni, kita tak perlu tangan berseni sangat,...ada bahan2 yg cukup + idea dah boleh buat dah :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Thanks, myja. Myja pun boleh buat. Senang je :)

      Padam
  4. ishhh xleh jadi ni.. kena try gak la.. dh last sem nie.. boleh buat bgi mmbr2 rapat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Zarul. Ada masa lapang, boleh buat slow2. Lagi bermakna utk beri pd kawan2.

      Padam
    2. papon kena rujuk blog kak farah gak...

      Padam
    3. Rajin2 lah datang sini. Kalau tak paham apa2 tanya eh..

      Padam
  5. wahh.. baru tahu. thanks kak.. nt bole try ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah buat jgn lupa share kat blog ye... :)

      Padam
  6. comey2... nampak kat adik sha... penuh la bende alah ni kat rumah... origami & kraf memang feveret sangat !

    BalasPadam
    Balasan
    1. bolehlah sha buat ngan adik. Sha pun dulu suka buat mende2 ni kan... :)

      Padam
  7. Selalu buang je.. maybe lepas ni, boleh jadi rajin macam nie.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Simpan je lebihan kertas yg ada dlm kotak/folder spy tak menyakitkan mata. Then, bila ada masa lapang boleh cuba buat :)

      Padam
  8. Comelnya...boleh ajar anak buat ni. Isi masa lapang time cuti sekolah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, mama. Budak2 mesti suka buat! Boleh tambah stickers, reben...

      Padam
  9. comel gilaa..wana suka dengan idea akak yang sangat kreatif ni..x membazir kertas..sukaaa.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wana leh cuba buat macam tag utk packaging kek dan kuih Wana :)

      Padam
  10. haiyo cantik2nye! geram betol tgk craft card kak farah buat haaaa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks, Ana. Tak nak cuba buat ke...senang je,...

      Padam
  11. tak terkejut sebab memang cantik!hehe bagus gak kan camni, tak membazir. dah la kertas2 ni elok2. nak buang pun mesti sayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang penting 'tak membazir'. duit beli kad boleh simpan utk shopping benda lain hehehe

      Padam
  12. "always in my mind" tu akak farrah tulis sendiri ka?

    lawa tulisan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh tidak,...tidak sama sekali. Tulisan akak tidak selawa itu huhuhu akak pakai cop, aRz.

      Padam
  13. Ohsemlah k.Farrah ni.
    Lebihan kertas boleh jadi small greeting card.
    Never thought of this.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa sekarang ni lebihan kertas dah boleh kumpul. Leh ajak Abe & Ajik buat. Letak gambar kartun favourite diorang ke...

      Padam
  14. Lupa tanya, bucu yang bulat tu macamana k.Farrah buat? Ada cutter special ke?

    BalasPadam
  15. Mane nak carik craft punch yg murah erk kak?

    Teringin pi bilik craft akak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat DAISO ada yang murah. Yang a bit pricey, tapi masih boleh consider murah berbanding kedai jual barang2 kraf import - cari kat POPULAR.

      Padam
  16. betul tu daripada membazir walaupun hanya rm0.80 kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes,..10 keping dah lapan hengget! Baik simpan buat beli mende lain kan :)

      Padam
  17. Saya ada banyak kertas warna. Tapi saya simpan. Haha. Nampak x betapa "rajin" nya saya :)

    Nanti kalo rajin boleh la skodeng blog akak ^.^

    BalasPadam
  18. dah bookmarked. kalau teringin nak buat sendiri, boleh refer kak farrah. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm kalau ada yg tak paham, tanya ye :)

      Padam
  19. Suka betul dengan hasil kreatif Farrah.. ni yang membuatkan diri nak kembali kreatif.. kena cari barang untuk mula kreatifkan diri balik.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jomlah sama-sama buat, eyda. Buat isi masa lapang. Lepas tu leh tukar2 idea :)

      Padam
  20. bookmark! hahaha.... nak jadi kreatif macam akak juga!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah akak tak kreatif mana pun huhuhu

      Padam
  21. Sis Farah,
    Kita mmg hampeh lah bab gunting dan gam ni.
    apsal saya tgk orang tempek macam cantik je..macam ngam dan sesuai je lokasi duduk letak tampalan tu.

    tapi bila saya yang letak ... eh... tak sesuai pun.
    tak cantik pun...
    tu tak campur lagi "gam yang mengelembung"

    hahahahaha...

    BalasPadam
  22. Menariknya Farah....buat Diana tertarik dengannya....hihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...