Projek Kad Raya 2019

Sabtu, Jun 01, 2019

Assalamu'alaikum. Dah sampai ke hujung-hujung Ramadan dah kita. Syawal pun dah mula melambai-lambai. Ada yang dah sampai ke kampung? Atau ada yang masih bertugas awal minggu hadapan? Apapun, semoga setiap urusan kalian berjalan lancar ye.

Tidak seperti tahun-tahun lepas, Ramadan kali ini saya punyalah sibuk sehingga tidak sempat untuk buat entri tutorial kad hari raya DIY. Jika tengok stats, banyak carian untuk DIY kad raya. Harap entri-entri terdahulu dapatlah membantu kalian, beri idea mana yang patut.

Dalam berkejar ke sana ke mari, saya tetap juga sediakan kad hari raya untuk dikirim pada kenalan dan saudara-mara. Maklumlah, makcik, pakcik, datuk saudara, nenek saudara duduk merata. Jadi, waktu-waktu beginilah titip kad ucapan hari raya sebagai tanda ingatan.

Untuk Syawal 1440, tema kad hari raya saya ialah 'Nutrisi Lebaran'. Dapat idea masa tengah seronok mengunyah snek di hadapan komputer. Syok-syok kunyah, saya tergerak hati nak baca label makanan. Hihihi konon-konon health conscious lah. Tiba-tiba terfikir...eh, buat kad raya menarik juga! 

Kebetulan, saya memang ada template jar/balang kosong. Cetak atas kertas kraf tebal dan potong ikut bentuk balang. Bahagian penutup jar tu saya warnakan sedikit supaya nampak lebih hidup. Tak adalah dull sangat.

Setelah diwarnakan, saya buat pula 'Fakta Nutrisi Lebaran'. Berapa peratus kesyukuran, kegembiraan, kemesraan dan lain-lain. Macam dekat label pemakanan tu. Buat pakai Word je, print atas kertas sticker.


Label pemakanan dah siap! Bersedia untuk ditampal. 


Sesudah itu, saya sediakan tag untuk diikat pada balang. Atas setiap tag, ada nama penerima. Sebab masa saya agak terhad dan tidak sempat nak buat tulisan kaligrafi, nama-nama penerima semua saya cetak siap-siap. Tag cuma dihiasi dengan dua jalur washi tapes sebelum ditepek dengan nama. Ada dua design, yang ALL CAPS tu untuk penerima lelaki. Yang cursive writing untuk cewek, gadis, anak dara, mak orang dan yang seangkatan dengannya.



Akhir sekali, ikat bakers twine warna hitam putih pada kad (bahagian penutup) sekali dengan tag. Siap! Inilah rupa akhir kad hari raya saya tahun ini.


Kad edisi ini semua dah selamat dipos. Moga-moga selamat sampailah kepada tuan empunya diri. Sekarang, tengah sibuk balas kad-kad raya pemberian anak-anak didik saya. Tetapi, kena buat version lain sebab kertas kraf tebal saya dah habis. 

OKlah, itu sahaja. Jika saya tidak berkesempatan buat entri baharu, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA siap-siap. Maaf Zahir dan Batin!

Baca artikel saya di Zalora: How to Keep The Traditional Raya Spirit Alive. Kirim kad raya pun salah satu daripada cara untuk kita kekalkan tradisi lama raya :)


8 ulasan

  1. Memang menarik sangat idea kad raya Farrah tahun ni. Sure berbunga2 hati yang menerimanya. Same to you Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Aiedah! Selamat Hari Raya. Enjoy your Eid celebration k :)

      Padam
  2. Suka betul tengok kreativiti kak Farah.. Ada je yang menawan dan memukau mata..

    BalasPadam
  3. Eh! Cantiknyaaa. kreatif sungguh ♥

    BalasPadam
  4. Wah. Cantik nya kad akk buat ni. Keratif sgt kannn ^^

    BalasPadam

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.