Spicy Tempura Lava Roll

Khamis, Oktober 17, 2024

Susyi AEON | Ada tak penggemar susyi AEON di sini? Kita geng! Saya, setiap kali berkunjung ke Aeon, mesti akan singgah di medan selera untuk beli susyi. Susyinya beraneka, sedap-sedap dan yang penting harganya mesra poket. 😊

Dalam banyak-banyak, antara yang wajib saya beli selain Inari (yang nasinya dalam kelongsong kulit tauhu) ialah Tempura Lava Roll. Ini memang favourite saya! Tempoh hari, sebaik sahaja sampai di food court, inilah yang saya cari dahulu.

Tadaaaa! Beginilah rupanya tempura lava roll yang saya maksudkan. 😊


Spicy Tempura Lava Roll

Tempura Lava Roll ada dua jenis. Spicy dan SweetDua-dua sedap tetapi saya lebih suka yang spicy

Susyi yang digulung, dicelup ke dalam bater tempura lalu digoreng jeluk (deep fried). Kemudian, diletakkan mayones Jepun dan sos kimchi pedas. Memang terangkat! 

Sekejap sahaja saya boleh habiskan keempat-empat potongan susyi tersebut. Gabungan kuah kimchi yang pedas-pedas manis masam dengan mayones yang menyelaputi tempura roll goreng, sedap sangat!

Bagi saya, tempura lava roll ini is a must-try andai kalian berniat untuk menikmati seleksi susyi di Aeon.


Saya turut beli satu set assorted susyi pek kecil. Boleh rambang mata nak ambil pek yang mana satu kerana terdapat macam-macam pilihan. Saya ambil yang ada inari, telur, crabstick, udang… yang simple-simple. Tak terlalu fancy

Cukuplah untuk 1-2 orang makan.

Alhamdulillah. Craving satisfied


Catat Ulasan

PERHATIAN: Setiap komen yang tersiar di From FAMF TOWER adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri malah tidak mewakili pandangan pemilik blog. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlaku sebarang permasalahan yang timbul berkait komen tersebut.

Pemilik blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.