di kota indah dan menawan
tapi hati rindu pada kampung halaman
desaku yang telah ditinggalkan.
Ku memohon maaf serta ampun
salamkan kukirim pengganti diri
doa restu ayah serta ibu
menjadi penawar
rindu syahdu di hari raya.
Petang semalam masa mata tengah berat buat kerja depan komputer, tiba-tiba kedengaran suara jiran sebelah laung-laung nama saya. Baru pukul 3.30 petang, tak kan Nenek P dah nak beri hidangan berbuka?
Teringatkan yang mungkin Nenek P hendak beri parcel saya, meloncat saya pergi siap dan buka pintu. Kebetulan dari semalam, saya sudah dimaklumkan yang ada sesuatu ‘on the way’ untuk saya.
Benar jangkaan saya, buat sekelian kalinya parcel saya sesat di rumah Nenek P. Memang kalau guna J&T, alamat rumah saya seolah-olah tak diiktiraf. 😅 Adik kurier tu tetap akan hantar barang ke rumah sebelah.
Setelah sembang-sembang sekejap dengan Nek P, saya bergegas masuk. Bungkusan ini saya terima daripada seseorang yang istimewa 😊 Nak tahu siapa?
Assalamualaikum. Salam Ramadan ke-15. Mudah-mudahan segala amal ibadat yang telah kita lakukan sepanjang tempoh setengah purnama ini diterima oleh Allah. S.W.T.
Dah lama tak makan keropok belinjau. Entah mengapa, tiba-tiba boleh rindu nak makan keropok belinjau cecah sambal macam dekat Dancing Fish. Apa lagi, mulalah aktiviti menjelajah Lazada dan Shopee dilakukan. Cari keropok belinjau. 😂
Kalian biasa makan atau tidak? Sesetengah tempat panggil keropok ini emping belinjo/belinjau atau kerepek belinjau. Ada orang kurang gemar makan keropok belinjau sebab rasanya pahit-pahit. Saya suka hehehe. Pahit-pahit tu yang buat asyik mengulang tak berhenti mengunyah.
Di Lazada, ada jual yang kering (belum goreng), siap bergoreng dan bersira dengan lada. Saya pilih untuk beli dekat satu penjual ni sebab harganya berpatutan dan banyak ulasan baik terutamanya berkenaan pembungkusan. Kalau hendak beli benda fragile seperti keropok ni, kena gigihlah sedikit baca reviews. Tak mahulah kecewa nangis dekat bucu katil apabila keropok yang dibeli sampai ke tangan kita dalam bentuk serpihan kecil pula.
Alhamdulillah, keropok sampai dalam keadaan selamat. Pembungkusan memang tiptop. Pakai bubble wrap dan kadbod keras untuk lindungi keropok. Tapi, saya lupa pula hendak capture gambar. Sudah dapat, kita gorenglah!
Saya tak tengok drama Tak Sempurna Mencintaimu. Tetapi, saya gemar lagu Sakitnya Hati dendangan kumpulan Venus ini. Venus mengingatkan saya pada Sakura band. Style muzik mereka .... vokalis pun vokalis wanita. Dah banyak kali dengar, baru saya tahu salah seorang anggota Venus ini merupakan Adi daripada kumpulan 6ixth Sense.
Di bawah ini kord gitar mudah Sakitnya Hati. Maaf kalau placement chords kurang tepat pada lirik. Hari ni penat sedikit nak edit betul-betul. Jika hendak tahu cara strumming, cari persembahan live mereka untuk #AkustikaSuria di saluran Youtube SuriaTV.
Kord Gitar From FAMF Tower |
OST Tak Sempurna Mencintaimu
[Intro]
Em Em
Em Am
Di sudut hatiku yang terdalam
Am B7 Em
terus memanggilmu tanpa jenuh
E Am
dan seiring waktu yang memudar
Am
bunga-bunga pun layu
Am B7
tapi tidak cintamu.
Terliur tak tengok ketulan ayam cajun air fryer saya?Belakangan ni kan ... rasa macam malas sangat nak masak! Saya bilamana penyakit malas tu datang bertandang, sampai ke tahap nak bakar roti pun tak larat! Jadi, otak ni akan laju berfikir untuk masak satu hidangan sahaja tetapi yang lengkap ada protein, karbohidrat dan serat. Malas-malas pun, misi saya untuk makan diet yang seimbang tidak boleh pandang remeh.
Makanya, menu pilihan saya untuk bersahur baru-baru ini - nasi lembik ayam cajun. Masak nasi lembik dalam periuk nasi. Satu pot beras, tiga ke empat pot air (bergantung kepada hendak lembik macam mana). Kemudian, ayam cajunnya saya sediakan menggunakan air fryer. Senang. Boleh tinggal begitu sahaja.
Nota: Semua ini saya sediakan sebelah malam ya. Bukannya masa nak bangun sahur tu. Ada yang sampai azan tak sahur sebab nasi lembik belum siap. 😂
Ayam Cajun Buncis dengan Nasi Lembik |
Satu Hari di Hari Raya ini merupakan antara lagu raya yang legend bagi saya. Kalau dengar je lagu ni, semangat raya tu memang membuak-buaklah dibuatnya. Kord lagu di bawah versi mudah. Selamat berdendang!
Kord Gitar From FAMF Tower |
[Intro]
Am Dm G C-E Am
Am
Satu hari di hari raya
Am Dm
kulihat cahaya bersinar indah
G C
langit cemerlang tak terkira
Am Dm
tanda kuasa Yang Maha Esa
E Am
memberi nikmat pada manusia
Am
Satu hari di hari raya
Am Dm
kudengar irama yang sungguh indah
G C
kucuba mendekati padanya
Am Dm
kira irama itu adalah
E Am
suara pujian pada yang Esa
Assalamualaikum. Hari ini saya hendak bercerita tentang sambal uleg. Cerita kira-kira pertengahan Mac, tetapi baru nak tulis entri. 😅 Seorang teman lama menghubungi saya. Macam-macamlah yang kami bualkan memandangkan hampir dua tahun tidak bertukar cerita. Dalam pada sembang itu sembang ini, tertimbullah cerita saya dengan Sambal Uleg Finna saya. Suatu masa dahulu, saya memang tidak berenggang dengan sambal ini.
Dah berborak tentang Sambal Uleg Finna, terus kecur air liur dibuatnya. Lama dah saya tidak makan sambal uleg.
Beberapa hari kemudian, saya dapat kiriman tidak dijangka yang berisi berpaket-paket Sambal Uleg Finna dengan ucapan berbaur usikan - ‘Sekarang semua bisa beli online!’
Alhamdulillah, rezeki! Gembira betul saya dibuatnya. Yalah, dalam pada rindu nak makan Sambal Uleg Finna, saya tak terfikir langsung untuk cari sambal Indonesia ni kat sini.
Okey, jom tengok dulu sambal uleg saya. Uleg atau ulek ni sebenarnya sejenis alat di Indonesia macam alu dan lesung batu kitalah cuma permukaannya lebih lebar. Pernah nampak, kan? Selalu kalau nak buat sambal, memang syok kalau cili dan ramuan lain dilumatkan guna ulekan.
Sambal Uleg Finna Dari kiri: Sambal Terasi, Sambal Bawang, Sambal Ijo dan Sambal Pedas. |
Sudah dengar lagu terbaharu kumpulan Simfoni? Sebelum ini, lagu kumpulan Simfoni yang saya suka dengar ialah Talbiah yang dikeluarkan penghujung Julai tahun lalu. Lembut mendayu je menerjah indera dengar. Penyertaan mereka dalam Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI 2020) bersama Afad melalui lagu Rahsia Dari Langit pun best! Apabila tengok ada kolaborasi terbaharu Simfoni dengan Ezad Lazim, terus saya klik pautannya. Bertambah berminat untuk dengar lagu ini memandangkan lirik Terus ditulis oleh Ito Lara.
Apa yang cuba disampaikan melalui Terus sangat dekat dengan situasi semasa yang kita alami sekarang ini. Dengan pandemik yang melanda, banyak pihak yang terkesan. Ada yang hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan tidak dinafikan ramai yang kehidupan mereka berubah dan terpaksa bermula dari titik kosong demi meneruskan kelangsungan hidup. Perit mana pun, kita kena terus kuat tempuh kehidupan.
Antara bait lirik yang menjentik perasaan saya ialah:
Andai kepenatan kuasai diri
berehatlah tetapi bukan berhenti.
Assalamualaikum w.b.t.
Menulis entri ini dengan senyuman lebar hingga ke telinga. Gembira sebab dapat hadiah. Hadiah apa? Haa ... baru-baru ini saya ada sertai Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog. Alhamdulillah, apabila Shida umumkan pemenang giveaway, saya merupakan salah seorang daripada 7 pemenang hadiah cabutan bertuah.
Rezeki Ramadan kali ini, saya dapat sebiji bantal kusyen Leyna dan sekeping kad raya SRB. ♪♩ Riang hatiku badan bertuah! ♪ ♪ Eh, ternyanyi pula!
Semur Ayam |
Semasa Hari Raya Cina Februari yang lalu, saya dapat angpow. Dapat angpow, terus leka membelek sampul angpow yang cantik dan berseni perincian coraknya.
Tengok ni ...
Setelah puas belek angpow, terus saya simpan dalam laci. Lupa langsung isi di dalamnya.
Berminggu-minggu selepas itu, semasa mengemas laci jumpa balik angpow ini. Baru je nak excited feeling-feeling kaya sebab jumpa duit terselit, tiba-tiba Bott datang sambil kocak balang makanan Yuri yang tinggal suku.
Banyak juga keperluan dan barang-barang si Yuri ni habis. Makanan ... syampu ... vitamin dan ada beberapa produk grooming yang perlu dibeli.
Alhamdulillah, intai kandungan dalam sampul, cukup untuk cover beli barang-barang Yuri. Bakinya pula buat beli bekalan makanan untuk kucing luar rumah (Baca: kucing jantan liar tak bertuan yang nak tackle Yuri). Tak dapat Yuri, sekurang-kurangnya dapat makanan , jadilah. 😸
Assalamualaikum. Salam sejahtera. 😊
Sebenarnya kering idea hendak menulis apa. Tahun ni tak sempat buat tutorial kraf kertas kad raya DIY. Jadi, saya kongsikan progress kad hari raya saya jelah. Saya pernah cerita mengenai misi kad raya di sini.
Mungkin kerana tahun ini saya asyik 'bergelumang' dengan junk journal, saya teringin nak hasilkan kad raya bertema vintage. Kad ala-ala scrapbook dengan tema junk journal. Dalam kepala dah dapat bayang dah, tapi tak pasti apabila dah siap nanti jadi tak seperti yang dirancang.
Sewaktu suarakan pada Bott, Bott suruh fikir dua tiga kali sebab bimbang saya tak dapat siapkan kad-kad saya. Kad ni macam banyak proses sedikit. Kalau setakat sekeping dua tak mengapalah, tapi saya nak buat banyak. Dia sarankan buat something yang simple je sebab saya ada komitmen penting kena selesaikan bulan ni dan masa saya terhad.
Fikir-fikir ... campur tolak darab bahagi semua ... boleh kot. 🤔 Buat perlahan-lahan. Setiap hari curi masa untuk siapkan satu bahagian. Hari ini potong kad, esok tulis sentimen, lusa tampal hiasan-hiasan ... lama-lama siaplah. Beria-ia saya plan dalam kepala.
Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan seperti yang dirancang. Antara proses awal kad raya saya:
Salam Ramadan ke - 6.
Entah mengapa, pagi tadi liat sangat hendak bangun sahur. Mata ni ibarat ditampal dengan gam! Intai jam, cakap lima minit lagilah. Intai lagi, lima minit lagi. Adalah dalam dua puluh lima minit tangguh waktu bangun.
Dalam pada mata berat tak mahu buka tu, gagahkan diri juga masuk dapur. Saya memang jenis kena sahur makanan berat. Kalau tidak, belum setengah hari dah menggeletar lapar. Buka peti sejuk tengok apa yang ada untuk dimakan. Kebetulan ada nasi lebihan semalam. Ada kobis. Ada pula jagung manis pemberian orang yang saya sudah kikis, asingkan isi daripada tongkolnya dan disimpan dalam peti dingin beku. Jadi, kita buat nasi gorenglah senang.
Fresh dari dalam kuali - Nasi Goreng Jagung Manis.
Kebetulan ada gambar saya pegang hiasan jurnal 'perfect day' dalam galeri telefon. Rasanya, saya ambil gambar ni untuk sakat Cekengah 😄
Assalamualaikum. Selamat memulakan minggu baharu yang indah!
Beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut ketibaan Ramadan. Sudah bersedia? Alhamdulillah, semoga kita dapat memulakan Ramadan dengan sebaik-baik langkah dan niat untuk perbaiki diri dari segala aspek. Bulan inilah hendak didik sabar, ajak kita supaya mensyukuri nikmat Tuhan yang kita terima saban hari dan menggalakkan kita agar buat seribu satu kebaikan. Mudah-mudahan, setelah Ramadan pergi, apa yang telah kita praktikkan, lentur kebiasaan dalam diri akan diteruskan untuk bulan-bulan seterusnya.
Hari ini entri kord gitar lagi. Maklumlah, dua tiga hari lepas saya baru tukar tali gitar. Itu yang rajin lebih sedikit tu. 😊
Lagu bertajuk Perpisahan merupakan lagu bonus dalam album Khai Bahar - Damba Ketenangan (2021). Pertama kali dengar, terus telinga ni boleh terima. Lembut sahaja alunan suara Khai menyanyikan lagu ini, tetapi mesej yang disampaikan melalui Perpisahan amat dalam. Cubalah dengar sendiri ya.
Disebabkan dari malam tadi asyik humming lagu ni, selepas sarapan terus capai gitar tua saya. Tengok di Chordify dah ada yang chordified lagu ni. Saya pun teruslah transposed supaya jadi chords yang lebih mudah.
Kord Gitar From FAMF Tower |
Album Damba Ketenangan
Komposer : Rudy Nastia, Shamin Nazri & Adi Pawana
Penulis Lirik : Adi Pawana, Rudy Nastia & Shamin Nazri
[Intro]
Em C D G C
Am E B7
Aku Tanpa Cintamu 2021. Ya, kalian tidak salah baca. Sesudah beberapa lagu nasyid popular yang diberi nafas baharu seperti Sesungguhnya 2019, Setanggi Syurga 2020 dan Damba Cintamu, Aku Tanpa Cintamu nyanyian kumpulan Mirwana dan Jay Jay juga akan kembali dengan gubahan yang lebih segar.
Saya sedang tengok-tengok video di Youtube apabila terserempak dengan iklan acah (teaser) video muzik Aku Tanpa Cintamu 2021 yang dimuat naik di saluran Youtube Faizal Tahir sendiri. I like!
Tayangan perdana Aku Tanpa Cintamu 2021 akan diadakan pada 12 April nanti. Tak sabar hendak tengok klip video dan dengar versi penuh. Saya memang suka benar lagu Aku Tanpa Cintamu. Bagi saya ini antara karya Mujahid Abdul Wahab yang hebat selain Damai Yang Hilang dan Nabi Anak Yatim. Sampai sekarang ada dalam playlist saya.
Assalamualaikum. Kali ini cerita tentang balang bibir merah yang baru saya terima semalam. Bulan lepas saya ada sertai Mouthgasm Crunchy Giveaway by Atiqah. Alhamdulillah, saya memulakan April dengan senyum sengih kerang busuk apabila dapat tahu yang saya terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk giveaway ini.
Hadiah yang ditawarkan untuk pemenang ialah satu jar Mouthgasm Crunchy sama ada perasa Mocha atau Macchiato.
Sebenarnya hadiah telah sampai kelmarin lagi. Atiqah sudah beri siap-siap tracking numbernya tetapi dek kerana sibuk sedikit dua tiga hari ni, saya betul-betul terlupa tentang Mouthgasm Crunchy saya. Kebetulan pula petang semalam memang tiada di rumah. Semalam baru terdetik untuk periksa. Biru muka sekejap sebab status delivered tetapi tiada sebarang bungkusan pun yang ditinggalkan.
Baru sahaja hendak telefon J&T untuk tanya di mana kakitangan mereka tinggalkan parcel saya, jiran sebelah rumah dah laung laung nama saya ajak ngedate dekat tepi pagar. Itu tandanya ada surat atau bungkusan saya yang sesat sampai ke rumahnya.
Alhamdulillah. Si balang bibir merah selamat sampai ke pangkuan saya. 😍
Siapa di sini penggemar hot chocolate? Saya memang suka minum air coklat panas. Lagi mewah rasa coklat, lagi pekat teksturnya, lagilah saya suka. Sebelum ini, saya sudah kongsi beberapa resepi air susu coklat iaitu Air Coklat Panas | Air Koko Panas dan Air Koko Panas Bercili.
Hari ini saya ingin kongsi satu lagi resepi air coklat panas. Yang ini lebih istimewa sebab versi rendah kalori. Untuk yang sedang berdiet atau kawal pemakanan, bolehlah nikmati air coklat panas tanpa rasa bersalah.
Antara perkara yang sangat ditunggu-tunggu pada bulan Ramadan nanti ialah aktiviti solat sunat tarawih. Rindu betul suasana sebelum Covid-19 melanda, kita boleh ramai-ramai bersolat di surau dan masjid. Alhamdulillah, mujur tahun ini ada kelonggaran untuk menunaikan ibadah tarawih mengikut SOP yang ditetapkan.
Sebut pasal tarawih, jika dilihat terdapat kekeliruan dalam memastikan ejaan sebenar perkataan ini. Terawih ke tarawih? Maklum sahajalah perkataan ini merupakan perkataan bahasa Arab. Kita mungkin cenderung untuk mengeja ikut perkataan asal.
Ejaan yang betul ialah tarawih. 😊
Assalamu'alaikum w.b.t.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan didatangi tetamu yang saban tahun ditunggu, Ramadan.
Kredit |
Sebenarnya, sudah lama saya ingin kongsi mengenai Tidak Ada New York Hari Ini, cuma baru sekarang berkesempatan untuk tulis entri.
Ada siapa-siapa di sini peminat filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) terutama sekali sekuelnya, Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC2)? Jom layan puisi-puisi yang dideklamasikan oleh Rangga dengan pengalaman yang berbeza - puisi yang dipersembahkan dalam paparan video ilustrasi.
Bagi peminat filem ini, kalian pasti tahu yang Tidak Ada New York Hari Ini ialah kumpulan puisi (karya M. Aan Mansyur) yang ditulis oleh watak Rangga (Nicholas Saputra).
Assalamualaikum semua. Salam sejahtera.
Selamat melangkah ke bulan April. Bab 4 untuk kisah 2021. Moga yang baik-baik sahaja teruntuk buat kita. Lagi-lagi bulan ini kita akan sambut ketibaan Ramadan. Tak sabar rasanya.
Seperti biasa, ini entri penghargaan kepada teman-teman yang telah sudi berkunjung ke tower saya ini dan rajin meninggalkan komen. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan. Walaupun ada antara komen-komen kalian yang belum sempat saya balas dek kerana kekangan masa, saya baca satu per satu dan amat hargainya. Komen-komen kalianlah yang selalu buat saya senyum tersengih-sengih seorang diri sambil menatap telefon.